Saturday, May 25, 2013

Kemeriahan menjelang Imtihan. Oyeah!


Bismillah.
Ya Allah, Kurniakan lah mumtaz kepada kami! 


atau ringkasan nya;




Ehem.

Meriah nya musim exam ni. Bila mana,

Otak meraikan segala input serta segala benda maklumat 
Resah gelisah dan stress sebab banyak lagi subjek yang tak study
Makin banyak baca makin gundah gulana
Mula rasa murung dan nak berkurung dalam bilik sahaja
Berdebar dan terasa terseksa sepanjang masa.

AHAH! Symptom apakah semua ini? 

Angkat bahu. Geleng kepala. Tarik rambut. Haha.
Tenangkan diri dan terus baca blog ni

Exam mood
[It's On!]

Stres baca tak masuk?
Allah kan ada.

Susah nak ingat?
Allah kan ada.

Cuak tak habis baca lagi?
Allah kan ada.

Tak cukup masa?
Allah kan ada.
Risau tentang result?
Allah kan ada.

Semua ni Allah yang punya tau.
Kalau sombong sangat nak minta, mana Allah nak bagi.

Stress? Tenang tu kan Allah punya.
Susah nak ingat? Nak mudah ingat tu kan Allah yang punya.
Risau pasal result? Najah tu kan Allah yang bagi.
Tak habis baca lagi? Tak cukup masa?
Haaa semua tu kan Allah yang punya.

Duk sibuk baca buku, buat mcq bagai, jangan lupa Si Pemilik segala benda.

Gantungkan tali pengharapan anda sekarang juga! Ya, sekarang!
Bukan masa nak masuk dewan periksa, baru pasrah serah bulat-bulat kat Allah. Tak macho la gitu.

Biar pasang awal-awal tali pergantungan.
Supaya benar-benar kukuh dan teguh.

Hati pun jadi tenang.
Sebab kita ada Allah.
Kita ada Pemilik segala-galanya.


So, keep calm and study!

[AlFateh]

(credit)

***************************

Ohoi, apa sebenarnya yang Nadia nak cuba sampaikan ni? Otak pusing. Adoi~
Hurm, seperti yang semua sedia maklum. Lagi beberapa detik hari lagi, akan bermula nya perjuangan sebenar yang akan dimulai dgn paper written Physiology untuk sesi tahun Dua ni. Eceh! Ayat nak gah je. 
Namun, jari jemari ni masih lagi laju serta ada mood nak hapdet blog padahal banyak lagi topik tak baca tu. (*izinkan saya curi masa sikit untuk rehatkan minda daripada pelbagai fakta fisiologi yang bermacam tu >..<)
Apa-apa pun, mohon doa dari kalian agar kami dipermudahkan urusan imtihan ini. Sama ada sebelum, semasa, mahupun selepas exam. 



Study atau ZzZZZZzzz...


Oyeahhh! Menjelang exam ni lah selalunya pelbagai 'unxpected event' yang macam-macam tu berlaku dan tak terjangkau oleh masing-masing pun. Eheh! over pulak~
Antara peristiwa yang memeriahkan lagi musim exam ni ialah;

# 6 buah buku yang dipelajari selama 9 bulan tu. Mampu dihabiskan dalam masa 12 hari sahaja sebelum exam. Aneh bukan?

#Rajin nak menghafal semua bendaaaaa.
Kadang malas sikit.

#Tidur lambat. Bangun awal. 
Eh? Kadang-kadang terlajak tidur jugak. Dan kadang-kadang terlebih tidur pulak. Bab tidur yang ni jangan percaya. Heh~

#takde selera makan. Waktu macam ni lah paling sesuai untuk diet.

# Perasaan homesick yang membuak-buak. Serta rasa rindu kt semua orang. Orang itu ini.
Waktu exam lah selalunya perasaan ni over exaggerated. 

#tiap 5 minit nak log on smartfon. Bajet nak cek wasep atau mesej. Kalau ada notifikasi, pura-pura abaikan. Padahal dalam hati meronta-ronta nak bukak. Tchhhh, hipokrit >.<
Kalau tak pun, sibuk dok godek itu ini. Tengok galery gambar lah, main game lah.

# selesai baca buku 3,4 muka surat. Otak dah melayang. Fakta entah ke mana. EH? *dah sampai Malaysia? Haha :p

# Mudah terasa. Sikit-sikit nak tacing. Ada je yang serba tak kena di mata kita. Sengaja nak cari gaduh dengan orang. Waktu bukan exam takde pun.

# Dulu waktu belajar dalam kuliah, rasa macam dah faham semuaaaa. Tapi, bila start revise sendiri-sendiri ni. Terasa ada yang blur? Dan pelbagai persoalan menerpa. * Nak jumpa lecture plizzzzzzz~


Hebat tak penangan exam? Senyumsinis.
Serta banyak lagi peristiwa lain yang hanya terjadi dalam musim exam sahaja. 
Namun, masing-masing kenal diri sendiri kan? Dan tahu nak mujahadah bahagian yang mana. Cegah lah unsur-unsur negatif dalam diri yang menghalang kita untuk mencapai MUMTAZ yang diinginkan tu. Kalau rasa tetiba fokus dah hilang, cepat-cepat baca....
'Sesungguh nya Aku berlindung dengan Allah drpd syaitan yang direjam'
Dan pesanan untuk diri sendiri jugak, jangan lah jadi hamba EXAM semata. Tunduk dan patuh pada Allah hanya pada musim exam sahaja. Musim exam ni jela rajin bermunajat kt Allah. Waktu lain, terus alpa dan leka. Haipppp! Usah lerrr cenggitu...
Bergantung lah pengharapan hanya kepada Allah sepanjang masa. Wallahu'alam =)




Panjang pulak membebel. Ouh, masa. Kena berhenti ni.
Okayyyyyy, pendek kata, carilah jalan positif yang benar supaya tak jatuh terjelepok sebelum sempat bertempur pun di medan peperangan tu. Amatlah menjadi suatu kerugian T_T
Sebab. Kita dah hampir separuh jalan.





Berusahalah sehingga detik yang terakhir.



"dan bahawasanya seorang manusia tidak memperoleh selain apa yang telah diusahakannya.
Dan usahanya itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya)."
[An-Najm: 39-40]



Salam Imtihan
NADIA FIGHTING!!!




notakaki:
Ouh ya, bittaufiq Wannajah/ All the best kepada semuaaaa yang akan exam esok lusa tulat dan hari seterusnya. Setelah berusaha sungguh-sungguh tu kan, letak lah setinggi tawakal hanya pada Allah. Chaiyokkk! ^_^



Tuesday, May 14, 2013

Budak yang dah habis exam praktikal


#now playing Eliot Yamin - Wait For You

Tchhh, layan lah mood jiwang tu sangat. Berangan lah macam-macam. Macam-macam lah berangan nya tu. Haih...... Semenjak dua menjak dan bermenjak-menjak ni, aura perasaan sekeliling ni lain macam je. Seram sejuk. EH? Ngarut lah. Bukan yang tu. Maksudnya, rasa semangat yang sedikit lain untuk kali ini. Alhamdulillah lah. Sebab perasaan ni menyenangkan bukan yang menggundahkan. *Senyumlebar =)

Hurm! Alhamdulillah. Selesai untuk paper Practical Exam bagi subjek yang berbaki. Untuk kali ni, takde mood nak cerita panjang-panjang macam 1st year dulu tu. Ouh, nadia kenapa kau malas sangat? Grrrrr~ KetapGigi. Haha. Mungkin faktor lain yang menyebabkan aku tak membebel panjang untuk praktikal kali ni ialah sebab takde pengalaman menarik. Ahah! Lain lah waktu 1st year dulu tu, kepoh sepanjang masa nak cerita semua benda. *senyumsinis >.<


Oh Ho! simpan senyumlebar yg seterusnya lepas habis written exam okayyyy :p




Maka, bermulalah juga perjuangan kehidupan study sepanjang 14 hari. YEAH! Secara jujurnya, aku tahu tempoh yang panjang itu sangat lah mencabar iman dan nafsu serta mood semua orang termasuk aku yang sememang  bya mempunyai mood study yang ON,OFF. Haiyyyaaaa, hantuk kepala kt dinding biar sedar sikit. Kalau asyik buang masa tak tentu pasal je, mana nak dapat MUMTAZ yang dicanang-canang nya tuh? Mana? Mana? Ingat boleh jatuh gedebuk dari atas langit tu ke?
Hurm, risau dengan diri sendiri. Haihhh. Haihhh. Dan haihhh lagi.

Sabda Rasulullah SAW : 
"Ada dua nikmat yang kebanyakan manusia tertipu kerananya iaitu nikmat kesihatan dan MASA LAPANG." [Al-Bukhari]



Ouchhh. Jom sibukkan diri dengan benda yang sepatutnya sebelum masa kita dibazirkan dengan benda yang tak sepatutnya. Haih, ayat tunggang terbalik. Tak boleh jadi sasterawati lah kau nadia oi. Kbai.








Sebelum tu, hurm nak kongsi tentang post popular kt fb ^_^




Top 9 reasons why you wanna be a DOCTOR







1. You hate to sleep
2. You failed in maths
3. You like to stay in school forever
4. Nobody can read Your handwriting
5. Your dad has extra money lying
6. You've enjoyed life enough you think
7. You can't live life without tension
8. You look good in white coat.
9. Finally you don't want to marry before 30

Komen(?)
Semua tu salah. Dan takde kena mengena langsung dengan diri aku, kenapa aku nak jadi dokter. AHAH! Sebab~
1. Aku suka tidur dan kadang-kala rasa macam terlebih tidur. 
2. Aku suka subjek math sangat dan dapat A+ untuk Add Math & Math (SPM) <(ini bukan riak, tapi saje nak inform). 
3. Yang ni aku tak faham
4. Tulisan aku chantek kot. Penuh bergaya dan semua orang faham
5. Yang ni pun tipu. Mak abah aku takde 'extra money lying'. Alhamdulillah yang ada ni mencukupi.
6. Eh? I love this kind of life. Hikhik.
7. Really? doesn't mean i can live life without tension.
8. Aku sememangnya nampak chantek dengan semua benda, bukan setakat white coat je
9. Point yang ni paling aku bangkang! Siapa nak jadi anak dara tua? Okay, in shaaAllah tahun 4 medik nnti okay ^^, (ini bukan sebab gatal. Tapi, errrr.... You have the answer)




Kbai. Till we meet soon on the next post.









Tuesday, May 7, 2013

Syukur berganda





Alhamdulillah, Allah bagi rezeki. 
Teringat tika yang dulu itu. Waktu itu. Betapa terasa futur nya. 
Dan kini. Tika ini, betapa malunya dengan Allah. Sebab terkadang hati sering bersangka itu ini. MashaAllah. Tapi, bila dah dikurniakan rezeki bukan satu. Tapi, dua. Syukur yang tak terhingga. Takde kata lain yang meniti di bibir ni selain, Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah =)
*sapu muka. Tapi pada masa yg sama. Errrr.... Segan dgn Allah. Ketap gigi
Lagi-lagi bila aku dapat zakat+JPA pulak tuh. Berganda rezeki yang Allah bagi. Tak semua orang dapat macam yang aku dapat. Nampak tak perancangan Allah tu sangat chantek untuk aku. Senyumkelat. Segan lagi. 



Sekarang, makin kerap ingatkan diri yang.....
Rezeki Allah itu maha luas. Kalau bukan sekarang, mungkin lain kali. Kalau bukan yg itu, mungkin ada yang lain.
Dan, kesedaran bahawa dalam setiap rezeki kita tu terdapat nya hak orang lain.
Maka, berSABARlah. Serta, berWASPADAlah. 
Allah itu lah sebaik perancang. Pegang kuat konsep yang tu. Allah ada perancangan yang sangat HEBAT untuk hamba-hamba Nya.
Allah sedang menguji >.< 


********************

Tuhan sahaja yang tahu perasaan hati ni. Tapi, pada masa yang sama hati rasa takut. Ada lah sekelumit rasa tuuuuuuu. 
Sebab (?)
Takut dengan rezeki yang ada ni, diri mudah lari dengan matlamat asal. 
Risau kalau-kalau diri berada dalam zon selesa yang membawa diri jauuhhhhh dari jalan yg panjang itu.
Bimbang andai diri jadi leka serta alpa. Allah~ *kesat peluh di dahi.





*************
#Tukar gaya penulisan kepada informal mood.

Ouh, mak abah. Nadia harap dengan kurniaan rezeki Allah ni dapat mengurangkan sikit beban yuran pengajian nadia. Betapa lega dan gembira nya hati. Dan syukur tak terkata. Huwaaaaaaaaa~ Nadia tak akan berputus asa untuk terus memberikan yang terbaik untuk diri, keluarga dan jugak UMMAH.
In shaaAllah, I will improve myself day by day! Pray for me. Pray for me until the end. Forever and ever.
Dunia ini memang penuh cabaran. Yeahhh! Cabaran dan dugaan yang tiada penghujungnya. Tapi, Allah itu maha adil. Allah pasti dengan janji-Nya. Yoshhh!!!

*Tak pandai lah buat ayat. Tutup muka. Segan T_T


"Bersama kesusahan ada kesenangan, sesungguhnya bersama kesulitan ada kesenangan." 
[al-Insyirah: ayat 5 dan 6]


Keputusan dah tekad, In shaaAllah 




Aku faham perasaan mereka yang tak dapat mana-mana tajaan lagi. 
Aku pernah rasa perasaan itu.
Tapi, aku nak pesan kt korg. Bersabarlah. Aku tahu kata-kata tak semudah yang dibayangkan. Aku tahu semua tu. Aku hanya mampu berpesan, bersabarlah sebab Allah sedang menguji diri masing-masing. Yuppp, Dia pun sedang 'test' mereka-mereka yang dah ada tajaan ni.
Sebelum aku nak isi JPA yang ni dulu pun, aku diuji. 
Dan, bila waktu nak bukak keputusan JPA pun iman masih teruji. Adakah kali ni giliran aku?
Rasa macam tak yakin dengan Allah. Cek pun sebab rasa saje je nak bukak. Nampak tak permainan nya kt situ. Na'udzubillah.
Tapi, Alhamdulillah. Allah nak ajar aku sesuatu melalui situasi ini. Segan lagi dan lagi dengan Allah. Hurm. Rasa mcm mimpi. Allah~ 
Siyesly, rezeki Allah itu luas. Yakinlah!
Korg jangan futur eh. In shaaAllah usaha untuk ekselen=MUMTAZ second year ni. JOM!!
Aku pun kena usaha sama untuk Mumtaz. SEBAB(?) Sebab paling mudah ialah nk buktikan yang aku layak untuk terima tajaan ni dan seterusnya nak jadi qudwah utk org lain jugak. Wallahu'alam.
Kesat air mata tuh. Hilangkan segala gundah gulana anda itu. 
Jom kembali pada usaha masing-masing.
DAN serahkan segala urusan kepada ALLAH (^_^)