Alhamdulillah >.<
Jadi 'budak 2nd year' dah sekarang. Senior kepada adik-adik 1st year. Eceh, konon :p
Bajet senior lah sangat kan? Pengalaman tak banyak mana pun. Cakap arab pun berterabur lagi. hukhuk~ Sila sedar kekurangan diri. Hehe.
Sedar tak sedar dah sebulan lebih jugak lah duk bermastautin di Mesir ni. Dan dalam tempoh tu jugak, ke hulur ke hilir, ke sana ke mari... Dah sebulan rupanya ulang alik ke ghamaah (sila baca: universiti), untuk ke kelas. Dan perasan ataupun tidak, dah banyak subjek kena study dan ulang kaji. Hoho. Perasan ke tidak kak oi? Oucchhhh~
Nak promote jadual kelas.
Hurm, banyak sungguh cabaran jadual kelas tahun ni. Semua benda nak clash lah, itu lah, ini lah. Haihhh, bukan nak mengeluh tapi inilah realiti sistem pengurusan di Mesir. Kurang sistematik. (Ehem2, bukan nak kutuk ke apa. Tapi, itulah realiti) Hehe. Kena banyak bersabar. Takpe, waktu macam ni lah kita dapat belajar pelbagai perkara. Kan?! Lari ke sana, lari ke sini. Jumpa dokter tu, jumpa professor ni. Kalau kena marah dengan dokter tu, dah jadi 'alah bisa, tegal biasa'... Hehe. Sebab, kalau bukan kita sendiri yang gerak kan. Memang tak jalan lah. Kalau dok melangut tunggu jadual tu bertukar sendiri. Huh?! Berterabur semua orang dalam kelas tu.
Kuliah ntah ke mana, lecturer pun lagi lah.. >.< alih-alih, kena marah balik sebab tak dtg kelas. Padahal?!! Hehe. Apa-apa jela...
Tapi, Alhamdulillah. Setelah mengharungi ribut taufan badai dan bermacam lagi lah... (Hiperbola sungguh...) Semua nya dah selesai. Setakat ni, itulah jadual yang kekal untuk group kitorg. Yg terdiri daripada 38 akhawat dan 2 ikhwah. Hoho. Ktorg dah mcm dlm kelas sekolah perempuan. Seronok. yeayy, girls power. Hehe...
Hurm, pasal buku. Kalau ikutkan, kena bayar yuran dulu baru boleh amik buku. Tapi, ada department yang dah terlepas bagi. Hehe. Sebab coordinator Malaysian Student tu lambat bagi notis kt setiap department. Jadi setakat ni 2 subjek yang tough tu, dah dapat. Lagi dua subjek yang tak kurang tough nya jugak tu, lepas bayar yuran baru boleh amik. Jadi, setakat ni guna buku senior dulu.
Hendak seribu daya, taknak seribu dalih~ Huhu...
Awal tahun ni, sebenarnya takdelah sibuk mana pun. Tapi, yang dok kejar masa ke sana ke mari tu sebenarnya banyak masa MENYIBUK je. Haihhh~ Hehe.
Wallahu'alam.
InsyaAllah, masa yang aku guna untuk aktiviti selain akademik tu. Moga ada nilai nya di sisi Allah. Banyak tanggungjawab dan amanah yang aku pegang tahun ni. Kalau boleh nak tolak, tapi entah lah. Allah gerak kan hati untuk terima je. Tapi, sebenarnya pada masa yang sama. Aku tahu dan risau kalau-kalau tak dapat nak laksanakan semua nya. Setakat ni, ada je tugas yang tak terlaksana dengan baik nya. Mungkin dari segi pengurusan sendiri ataupun pihak yang satu lagi. Yang tu mungkin akan di perbaiki dari masa ke semasa.
Moga aku dapat mencari sepenuh kekuatan untuk menempuh kehidupan Tahun 2 ni.
Dengan meletakkan sepenuh pengharapan kepada Allah.
ALLAH kan ada ^___^
Aku akui,
cabaran sebagai pelajar tahun 2 ni adalah berbeza ketika bergelar sebagai pelajar tahun 1. (Ouh, awat ayat skema sgt ni. Ewahhh.... )
Tapi, masih menuju matlamat dan cita-cita yang sama. Untuk mendapat result MUMTAZ=excellent student!
Jap, nak amik balik status yang di update lepas Dismed malam tadi~
-2nd year is not for honeymoon year.
-Jangan terus berada dlm zon yg selesa, kerana tiap tahun pengajian tu. Mempunyai cabaran yg berbeza.
-Tak pernah dlm dunia ni, bila mana kita makin melangkah ke atas... Cabaran kehidupan tu makin senang.
- Subjek tahun 1, membantu tahun 2.. Tahun 1+2 bantu ketika tahun 3. Dan seterusnya... Jadi, jangan cepat futur kalau tersungkur di tangga2 tuh. Allah nak bg peluang kpd kita untuk betul2 bersedia. Setiap yg menimpa diri kita mungkin ada hikmahnya.
Nmpk tak Allah syg kt kita.
-Akhir kata, moga kita diberi kan kekuatan hingga ke akhirnya... Ameeennn~
Tu je yang aku dapat dan terus nukilkan di muka buku. Hehe... InsyaAllah akan terus terpahat di minda dan hati sampai bila-bila. Amboi~ :)
Oucchhh.. Jadi, tekadkan matlamat. Mantapkan usaha dan tawakal.
Belajar dari kesilapan lalu.
Okeh, yang tu semua orang tau. Tapi, tak ramai yang nak istiqamah. Hurm, muhasabah diri!
Okay, cukup lah tu. Tulis panjang-panjang macam ada orang nak baca. Ish3x...
Perjalanan masih jauh lagi tu~
Kekalkan momentum.
Jangan terus pecut di permulaan garisan, takut nanti pancit bila dah nak sampai ke garisan penamat. Tapi, maintain dan cool je okeh!
ALL THE BEST. Muaahhh~
Tutup cerita. JOm lah kiter bukak muka buku yang sebenar-benarnya pula ya.
No comments:
Post a Comment