" To achieve SUCCESS, we need to work in a group...
Like the RAINBOW, they are so beautiful because those colours decided to stay together "
- Dr. Harlina Halizah Hj Siraj
Indah kan ciptaan Allah yang satu ni. Siapa yang benci pada pelangi? Atau dalam erti kata lain, siapa yang tak suka kepada kecantikan ataupun keharmonian perhiasaan itu?
Hurm, kalau ada lah golongan yang tak suka pelangi ni kan, tak tahu lah cek nak kata apa lagi. Korek bijik mata tu sikit. Bagi jelas dan nampak... :p
Berbalik kepada topik kita.
LET US BE LIKE A RAINBOW!!!
kenapa pelangi? Ada je benda lain. Kenapa tak hujan? Kenapa tak Matahari? Kenapa tak air?
Hurmmm, sebabnya simple je. Melalui warna-warna di pelangi tuh. Kita boleh lihat ada nya kesepakatan, ataupun kesatuan mereka dalam memastikan pelangi tu jadi pelangi.
Faham tak apa yang cuba dimaksudkan di sini? Hehe...
Yela, kita semua tahu pelangi ada 7 warna. Jadi, ketujuh-tujuh warna tu haruslah bersama-sama.. Dalam erti kata lain, mereka haruslah bersepakat untuk menyokong antara satu sama lain atau memastikan kehadiran lain-lain ahli dalam kelompok kumpulan mereka. Supaya menjadi pelangi!
Hebat kan! Bayangkan lah, kalau warna biru takde. Hurm, tak jadi pelangi kan? Begitulah metafora nya di sini.
Macam kita-kita juga!
Kalau nak buat sesuatu tu, lebih baik dan afdhal nya kalau bergerak dalam satu kumpulan. Baru lah ada variasi. Macam-macam idea lain yang boleh kita dapat. Dan pelbagai pendapat serta pandangan yang mungkin lebih bermanfaat. =)
Adoi.....
Panjang pulak berceloteh. Sebenarnya, tengah teruja nak pergi ni (esok-7 APRIL)....
Eksaited! Eksaited! Hehe.. Sesuka hati je tukar perkataan excited tu guna ejaan Melayu. :p
Maaflah, terasa mcm teruja sangat.
Hurm, kalau nak tahu. Dua-dua penceramah kt atas ni. Memang lah sangat hebat! Peramah, pemurah ilmu, sangat berpengalaman, dan yang paling best.... Sifat keibuan mereka sangat lah kuat. Selesa je sembang dengan mereka. ALhamdulillah, ada rezeki jumpa dengan mereka sebentar sebelum mereka gerak ke Cairo tempoh hari. Sempat jugak berbual itu ini.
Ya Allah, rasa jauh lagi je kalau nak jadi hebat seperti mereka ni. InsyaAllah, let's work towards it! =)
No comments:
Post a Comment