Alhamdulillah3x! Dah masuk minggu kedua pun, bulan Januari tahun baru Masihi ni. Uit, lama sangat dah kan tak update blog ni. Krikkk,krikkk,krikkk, penuh bunyi cengkerik je kt blog ni.. Hehe...
Seperti biasa lah, selain dari sibuk yang sangat-sangat tu kan (konon)... Juga dengan malas(plus)takde idea(plus)internet lembap(plus)blablabla. Tak perlu nak hurai panjang-panjang kot.
Errr, aku bukan nak kongsi pasal azam tahun baru ke apa kt sini. Cuma perkongsian sedikit tentang antara amalan yang boleh kita semua laksanakan dalam usaha untuk mendekatkan diri kepada Allah. Dalam erti kata lain, aku bukan nya nak bagi cara untuk jadi ustaz/ustaZah, tapi aku rasa ini adalah antara amalan yang ringan yang kita semua boleh cuba untuk buat.
Maklumlah, setiap tahun baru tuh.... Yang paling pasti, ialah umur yang makin meningkat. Macam aku ni, dah ganti angka depan dari 1 kpd 2. There is no more 'teen' after this. Hehe.. Okay, abaikan....
Jadi, takkan lah nak selamanya berada di takuk yang lama dan biasa-biasa je kan. Kena lah jugak luar biasa. Sebab usia yang meningkat, mati pun dah dekat.
InsyaAllah, ikhlaskan hati agar segala yang dilakukan rasa senang dan bukannya bebanan. =)
- Solat pada awal waktu
- Baca Qur'an sekurang-kurangnya 50-100 ayat setiap hari
- Tadabbur Qur'an (tahu, faham, hayati dan amalkan maksud ayat, bukan sekadar baca je)
- Qiamullail (paling kurang seminggu sekali)
- Datang ke majlis Ilmu
- Dengar tazkirah/ ikuti usrah dan sebolehnya juga beri perkongsian ilmu agama
- Tolong orang lain walaupun seremeh mana perkara tersebut
- Sentiasa berfikiran positif dan berprasangka baik
- Baca Ma'thurat, pagi dan petang
- Selalu ingat MATI! Setiap masa dan sentiasa
Haaaa, amacam? InsyaAllah boleh je kan! Tepuk dada, tanya iman. Kalau nak, buat. Kalau rasa taknak, errrrrrr...... Sila lembutkan hati tu dulu kot.
Sedangkan Allah dah 'cakap' dalam Qur'an bahawa;
“Dan manusia tidak akan mendapat kecuali apa yang telah dia usahakan.
Dan segala yang diusahakan akan diperlihatkan dan kemudian dia mendapat keputusan dan balasan yang setimpal dengan apa yang telah dikerjakan”Surah An-Najm; 39-41
Jadi, tak rugi pun kalau kita guna masa 24 jam yang Allah kurniakan tu. Dengan meluangkan masa yang khas untuk Allah kan.. Lagi-lagi yang Qiamullail tu. Tak suruh pun buat setiap malam tapi seminggu sekali je. Lagi afdhal, buat hari Khamis malam Jumaat. Heeee... =)
Jom! Aku nak ajak diri aku sendiri dan rakan-rakan yang baca entry sederhana aku ni. Aku pun masih dalam proses mendidik rohani untuk buat semua tuh. InsyaAllah, istiqamah!
Haaa, aku ada teringat pasal 'hikayat' ni ketika Kelas Sirah yang lepas,
sengaja nak kongsi dengan semua. Sebagai pedoman untuk kawan-kawan...
Jika Allah
hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang, ia tidak boleh ditahan oleh
apa-apa tangan sekalipun...
Jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang,
Jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang,
ia tidak boleh dihulur oleh apa-apa
tangan sekalipun...
Pada Hari Akhirat, Allah ambil manusia yang paling derita dalam dunia ini...
lalu dia dicelupkan masuk ke dalam Syurga, kemudian dia dikeluarkan
kemudian dia ditanya...
Pada Hari Akhirat, Allah ambil manusia yang paling derita dalam dunia ini...
lalu dia dicelupkan masuk ke dalam Syurga, kemudian dia dikeluarkan
kemudian dia ditanya...
"Wahai fulan adakah kau
pernah rasa derita dalam hidup?"
lalu dia berkata ...
lalu dia berkata ...
"Tak! aku tak pernah
derita pun dalam hidup ini."
Hanya kerana masuk sekelip mata di dalam Syurga, manusia lupa segala cerita derita dalam hidupnya...
Allah ambil manusia yang paling nikmat dalam dunia ini..
lalu dia dicelupkan masuk ke dalam Neraka, kemudian dia dikeluarkan
kemudian dia ditanya...
Hanya kerana masuk sekelip mata di dalam Syurga, manusia lupa segala cerita derita dalam hidupnya...
Allah ambil manusia yang paling nikmat dalam dunia ini..
lalu dia dicelupkan masuk ke dalam Neraka, kemudian dia dikeluarkan
kemudian dia ditanya...
"Pernahkah kau merasai
nikmat dalam hidup ini?"
lalu dia berkata ...
lalu dia berkata ...
"Tak! aku tak pernah ada
nikmat pun dalam hidup ini."
Hanya dengan satu celupan sahaja ke dalam Neraka, manusia lupa segala kisah nikmat dalam hidupnya...
Hanya dengan satu celupan sahaja ke dalam Neraka, manusia lupa segala kisah nikmat dalam hidupnya...
Wallahu'alam.....
No comments:
Post a Comment