Tuesday, October 25, 2011

rumah.sakit :`)












Haha.. Malas betul nak tulis ayat sendiri ya! Sesuka hati je cilok dari Uncle Google kan~ 
Sebenarnya, takde idea nak update cmne lagi dah. Maklumlah, saya ni bukan orang yang kreatif dan kritis pemikirannya. Suka sangat nak main cilok itu ini. 
Lepas ni, kt blog ni akan penuh dengan segala benda yang aku rindu jela kan. Teringat itu ini lah. Nak makan itu lah. Teringin buat ini lah. Macam-macam lah Nadia ni. Gedik+Manja sangat plak! Haha. Amik kau sebijik!




HOMESICK!!!
Haihhh... Nak nangis lah tu kan? Gedik+Manja untuk kali kedua! Haha. Aku ni memang ntah pa per kan. Sikit-sikit nak ngadu rindu lah. Sikit-sikit nak ngadu bosan lah. Boleh jadi tabah+kuat sikit tak? Tolong ya! :`)

Nak dijadikan cerita lah kan.
Apa yang menjadikan aku rindu sangat-sangat sampai camni ialah; Tak dapat nak sembang lama dengan Mak Abah, dan sangat-sangat rindu nak dengar celoteh adik-adik. Hampir 3 minggu aku di sini. Setakat ni, 2 kali je aku sembang secara live dengan dorg. Itu pun dgn Mak abah je. Sumpah rindu glerrrrrr kt dorg! Wawawaaaaa...
Nak balik umah!!! :p

Untunglah, kalau rumah tu boleh buat cenggini~




Apsal tak skype je? kan ke segalanya di hujung jari je sekarang ni? 
Errrrr.... Camne nak cerita eh? Hehe. Secara kasarnya, camni tau. Mak Abah saya kan, tak pandai IT sangat. Selalunya, anak-anak mereka je yang bijak pandai buat itu ini. 
Sebelum gerak ke Mesir ni, aku dah ajar cmne nak guna Skype dan buat akaun skype sama-sama lagi tuh. 
Tapi, tu lah... Mak saya tak ingat dah plak akaun dye apa. Lepas tu, Laptop ada masalah plak. Komputer plak, belum ada microfon apa ntah? Entah lah, aku dah tak pasti apa je yang tengah berlaku kt umah tu haaa.. Sedih kan? 
Yela, dalam seminggu tu pun susah nak ce cter itu ini. Ada orang tu tiap malam kot wt skype. Sayu je hati. Kadang-kadang tu dok join sekaki sembang sekali. Hehe. :P

Takpelah, perlahan-perlahan dulu kot. Mungkin dengan keadaan cmni nak ajar aku supaya terus tabah dan kuat untuk masa-masa yang mendatang. Okay! Saya sahut cabaran ini. 


Tapi, kan.. Tak bermaksud aku tak berhubungan langsung. Yang 2 kali aku sembang tu kan. 
Mula-mula sekali tu melalui telefon. Waktu yang mula-mula dapat simcard Mesir tuh. Kalau kt Malaysia, Celcom. Kalau kt Mesir ni, aku guna Etisalat.  Peh! Seronok tak terkata lah waktu tu. Nak calling dgn mak kan. Yelah, waktu tu tenet takde lagi. Gian kot nak dengar suara. Hehe. Aku pun pergi lah kol no Malaysia mak. Kredit panggilan ada 10LE... Tak sampai 5 minit cakap. Talian dah putus! Terus terkedu??? Haha... Nak topup takde? SUmpah lawak. Lepas tu, nasib lah mak ada kol balik tau. Sambung lah sembang balik~







Kali kedua pula, aku suruh mak guna YM voice call. Hurm, boleh tahan lah jugak. Tapi, nak cuba Video Call memang tak boleh lah. Sebab nya ialah lambat buffer dan tersekat-sekat. Susah lah cmni. Jadi, dapat dengar suara pun jadi lah kot~ Hehe.. Dapat plak dengar suara Abah! Alhamdulillah... Suka sangat-sangat! XD

Tapi, setakat ni, tak dengar lagi suara Adik-adik comel saya tuh :(


Alhamdulillah, sekurang-kurangnya. Ada lah juga jalan aku dapat berkomunikasi dengan mereka kan. Dan, sekurang-kurangnya... Mak saya ada FB. Jadi senang nak bergosip melalui tulisan sahaja~
Mak cakap, tunggu jela dulu... Nanti kalau ada rezeki, segala-galanya akan lengkap kt rumah tuh. Itu pun, kalau dah betul-betul setting apa yang patut kan. Kalau tak, mungkin keadaan sebegini akan berterusan.
Huuuuuu.... 



inilah adik-adik comel saya tuh! RINDUUUUU....
Opsss, adik gendut saya yang lagi sorg tu pun tak lupa jugak~



Begitulah Al-kisah Skype, YM dan Etisalat simcard~
Ada kena mengena ke??? 
Layan jela..................






No comments: