Saturday, November 7, 2015

Tersasul

Nak dijadikan cerita. Ada satu hari tu, assisstant doktor yang in-charge 'murur' (morning round ward), telah mengarahkan semua pelajar untuk ambil seorang pesakit dan buat 'history taking'.
Maka, dengan keadaan 'fresh' nya dan memasing yang masih lagi acah-acah buat-buat pandai nak bertanya dalam bahasa arab. 
Main redah je bahasa rojak semua tanya itu ini. Boleh lah sikit-sikit. Tapi, ada satu ketika tu, aku nak tanya kepada pesakit, berkenaan dengan mata nya, *dalam otak dah fikir nak tanya ni*

'bi---la operation tu?'

Dan, mungkin dah terbiasa kot selalu berurusan dengan masyarakat Arab untuk beli barang je, Maka, dengan rasa yakin nya, apa perkataan yang terkeluar daripada mulut ialah, 

'daa (sambil merujuk anggota badan yang sedang ditanya) bi--kam?'...
(Da bikam= berapa harga benda ini?)

Secara spontan...
....
....

Waktu tu aku terus gelak sendiri. Groupmate lain takde pun nak join gelak, sebab macam tak sampai hati sebab nak jaga hati pesakit rasa nya. Sebab ada sesetengah komuniti arab taksuka kalau waktu kita cakap dengan dia, pastu gelak-gelak sebab dia risau konon kita tengah mengumpat pasal dia guna bahasa yang dia takfaham. Huhu.
Maka, situasi yang agak memalukan tu terhenti begitu sahaja, Dan orang lain pun meneruskan sesi 'history taking' seperti biasa. LOL.

Bila balik rumah, dan teringat kisah tadi.
MasyaAllah segan nyaaaaaa... Taktahu nak letak muka kt mana. Urghhh. 
Malu tapi cerita jugak kt orang, Apakah?

Haha. Bukan sesukati nak buka pekung di dada. Atau sengaja nak cerita aib sendiri.

Cuma nya, nak jadikan tauladan kepada awak yang lain tuuuu... Dan teguran untuk diri sendiri jugak terutamanya.
Sila pertingkatkan lagi bahasa Arab ammiyah, sebab tak rasa rugi ke dah nak masuk tahun 5 berada di Mesir tapi bila orang tanya kita. 
- Fasih dah berbahasa Arab?
- Weh, faham tak apa makcik tu cakap?
- Kak, tolong translate kan apa pakcik tu nak?

Rasa lah sikit loser tu. Geram dengan diri sendiri.

Dan, doktor-doktor dalam kelas ada je yang kaitkan. Kan ke bahasa Arab tu bahasa Al-Quran. Dan Al-Quran tu, bukan ke kita baca tiap hari, malah daripada kecil, waktu tadika lagi. Pastu, kenapa macam kita ni blur semacam je, 

Deep kan?

Habis tu dah bertahun kau baca Al-Quran tu, apa je kau dapat? Sentap. 

Tepuk lah dada, tanya iman.

Jadi, memasing dah nampak apa masalah dan cabaran yang ada pada diri sendiri bukan?
Moga dipermudahkan untuk menggerakkan apa yang sebaiknya untuk menjadi yang lebih baik daripada sebelum ini. Elakkan untuk melakukan kesalahan yang sama berulang kali!

Yosh! 








Sunday, October 18, 2015

Ahlan to 5th Year



Alhamdulillah dalam sedar tak sedar, masa berlalu sangat pantas. Dan dah sebulan jugak lah rupanya semenjak pulang daripada Malaysia ke Mesir. Malah, perasaan homesick pun Alhamdulillah makin kebah dan terkawal tanpa disedari setelah sekian menyibukkan diri dengan hal-hal lain. Cewah. Hehe.

Masih lagi mencari mood sebagai pelajar Tahun 5 Perubatan.
*sebab dah lama mereput kot tak pergi kelas*



InshaAllah, untuk tahun ni akan 'cover' 2 mata pelajaran utama, iaitu;
→ Internal Medicine (Perubatan)
→ Paediatrics ( Kanak - kanak)

Kalau dulu,  Tahun 3 telah dikatakan antara tahun yang paling 'tough'.
Namun kini, kebanyakan senior menambah bahawa Tahun 5 ini jugak antara tahun yang panjang dan sukar selepas tahun 3. Wahhh. *cuak*

Tapi, bila fikir semula. 
Keseluruhan nya, malah hakikat nya, 
dan sememangnya, Medik ni bukanlah bidang yang senang. Gitu. Haha. 
Tapi, tak bermaksud kita tak mampu. Kita mesti cuba sebaiknya. Mesti! 

Suka nak petik kata-kata daripada senior,
' Medik ni bukanlah untuk orang yang pandai,
tapi untuk mereka yang rajin.
Once you are hardworking person, 
then you can do it inshaAllah '

Don't worry. Just do the best.
Then just let Allah do the rest. 

InshaaAllah lagi 2 tahun nak habiskan sesi pembelajaran Perubatan ni. 
*Sabar dan bertahanlah. Sikit je lagi*

Kalau dulu, dok bayang masyaAllah lama nya 6 tahun tu. Fikir itu ini, betul ke nak go on semua. Tup tup, tetiba dan jadi budak tahun 5. Phewww. Alhamdulillah.

Kalau batchmate 92's yang amik bidang selain medik, 
memasing yang degree, diploma semua dah convo, malah ada yang dah sambung buat master. Dah nampak flow kerjaya. 
Pergh, Tahniah! 

*Sorry, I stalk you all. 
Tengok perkembangan dan kejayaan kalian daripada jauh. Hehe *
Sambil jadikan pemangkin semangat untuk terus berusaha. Cewah.

Tapi, rasanya ada batchmate 92's yang buat Medik sedang berada di final year. So, all the best! Mereka akan bergraduasi dulu tu, inshaaAllah jumpa zaman HO nanti. Doakan. 
Tu lah, dulu bazir setahun dok banyak main entah apa-apa. Alhamdulillah, hikmah nya jadi lah gini. Hehe. Saje optimis =p


Maka, jom merancang sebaiknya untuk terus maju ke hadapan inshaaAllah. 
Moga Allah bagi KEKUATAN kepada kami untuk mengharungi tahun yang panjang ini XD

Doakan. Doakan. Doakan.

Jazakumullahu khairan wa katheera
Moga Allah membalas dengan kebaikan jua.


Monday, September 14, 2015

Pengalaman Elektif Posting


Alhamdulillah, diberi kesempatan dan peluang untuk melengkapkan sesi elektif posting di Hospital Teluk Intan selama 3 minggu. Oyeahhh. Kali ni rasa selamat sikit sebab Qila sudi menjadi kawan dan sama-sama melayan kerenah memasing sepanjang elektif posting ni. Gitu haha.

Kebanyakan doktor HO, MO, atau (Medical Assistant) MA sekalipun bila jumpa kami. Rata-rata akan tanya soalan yang sama;
- Dah tahun berapa? Daripada mana?

Normal lah tu, pastu soalan tu boleh lah dijawab dengan rasa yakin.

Tapi, kalau dapat soalan gini, kami pun err err jugak lah. Tak salah kan doktor tu pun, sebab biasa lah perasaan ingin tahu gitu. Eheh.
- Datang sini, nak belajar/ tahu pasal apa je?
- Ada assignment daripada universiti ke untuk datang buat attachment?
- Buat attachment ni wajib ke, atau pilihan sukati sendiri?

Untuk pencerahan, pelajar Perubatan di Mesir buat masa ni TIADA lagi sistem di mana keperluan untuk buat elektif posting di hospital sewaktu cuti, seperti sesetengah pelajar kolej perubatan swasta mahupun awam dalam negara atau luar negara (hari tu pernah terserempak dengan pelajar daripada Jordan), yang sememangnya diwajibkan untuk membuat sesi elektif posting ini bagi memenuhi kriteria tambahan silibus pembelajaran seiring dengan kehendak pihak universiti.
Maka, dengan inisiatif yang diberikan oleh pihak KKM ini, kami memilih untuk mengambil inisiatif dan risiko sendiri untuk ber'attachment' di hospital yang berkenaan.

Taksemua orang tahu fakta ni rasa nya.

Sebab tu kadang, semua pun jangka yang kami sekurangnya tahu 'semua' atau sikit. Hakikatnya, kami memang takberapa nak tahu semua. Dan disebabkan itu lah, kami terkadang menanyakan soalan yang agak kureng dan tak sepatutnya ditanya.

Maka, sepatutnya elektif posting ini adalah salah satu wadah yang kami pilih untuk menambah sesuatu yang sememangnya kami kurang iaitu daripada aspek prosedur atau praktikal. Itu lah kelemahan kami dan sangat mengharapkan 'attachment' lah waktu nya untuk sesi pembelajaran tambahan, walaupun jujurnya taktahu sangat nak belajar apa.
Tapi kami terima je semua ilmu yang diberikan. InshaAllah. Sekurangnya bila dengan adanya pendedahan awal ni, waktu houseman nanti takdelah terkial sangat.

Rasanya, ada je sharing kt FB atau blog tentang apa je antara kemahiran asas seorang HO tu perlu ada. Jadi, kalau kau 1st time nak buat attachment dan taktahu nak mintak doktor ajarkan apa, ambil lah benda tu sebagai 'guideline'. Rajinkan sikit buat 'research'. Asyik nak kena suap je. Bila nak 'improve' ?

Lain-lain perkara yang rasa nak tahu tu, tanya je ke doktor. Terus tanya! Jangan simpan. Walaupun rasa macam *bodohnya lah soalan aku tu*. Sekurangnya kalau kena marah, atau jelingmati ke, atau tak dilayan ke, kau masih lagi student. No harm apa pun. Nak kena sekarang, atau nanti bila dah HO. Jadi, kau pilih?

Eheh. Belum masuk sangat lagi ni cerita aku, dah separuh page haha.

Okay, sekadar pencerahan.
Kami telah memilih Jabatan Trauma dan Kecemasan (A&E department) dan Jabatan Perubatan Awam (Internal Medicine).
Jadi, unit Latihan dan Sumber Manusia HTI telah susun separuh minggu pertama di A&E, kemudian separuh minggu kedua kami ikut morning round di wad 3B. Tapi, walaupun dah masuk minggu yg ward round tu, kami masih je lagi sukati bertandang ke A&E. Sampaikan doktor-doktor situ yang nampak ktorg dok tanya, 'lamanya korg attachment?', 'Eh, tak habis lagi ke?'...
Hmm, taksabar lettew nak halau ktorg eh haha.

Best jugak lah bila kau dapat buat 2 posting ni sekali bila attachment.
Sebab nya, contoh lah petang tu korg dok jumpa pesakit ni kt yellow zone. Clerk history dia semua. Pastu esok nya jumpa dia lagi kt dalam wad. Pastu, tengok pulak intensive management pesakit tu cemana.
InshaaAllah dari situ lah kau akan belajar macam mana doktor sebenar, rawat pesakit ikut keadaan. Sebab cara kt kecemasan, lain dengan medical.

Kalau korg bebetul join A&E ni kan, sepatutnya kena datang awal pagi pukul 7 gitu pastu join jela meeting kakitangan perubatan bersama 'Boss besar'. Haha. Ktorg main redah je join pagi-pagi punya meeting tu, padahal bukan nya tahu apa sangat pun. Bukan nya terlibat sangat pun. Menjadi pendengar setia je.
Tebal muka tu, takyah cakap sangatlah. Bajet je muka tu ada tulis, 'kami baru student ni, banyak lagi perlu belajar', dan jangan tanya apa-apa kepada kami lol. Cuak pun ada lah jugak, kalau kena soal apa2 dgn (Head of Department) HOD dan kami hanya akan blur.
Namun, kami berjaya juga 'melepasi' detik-detik itu dengan jayanya haha. So, thats why I told you, no harm inshaaAllah =p

Ouh ya, seperti yang semua sedia maklum, waktu HO akan ada 4 posting wajib dan 2 posting pilihan, menjadikan keseluruhan 6 posting. Dan semua nya bergantung dengan hospital tu jugak cemana.
Dan, HOD ada menyarankan supaya sebelum buat posting A&E, paling tidak pun kena settle posting ortho, dan medical. *ada lagi rasanya, apa entah. Tak ingat dah* Dan kalau boleh Emergency ni adalah last posting HO tu. Sebab dia cakap kau akan banyak belajar dalam medical posting, jadi takde masalah dah kt emergency. Gitu.

Dan jugak untuk setiap hari Rabu tu, HO kt A&E akan buat presentation or CME depan semua MA dan HO yang lain, sambil disemak dan diperhati oleh HOD.

Pastu, untuk tiap hari jumaat akan ada jugak ceramah ilmiah kesihatan dan terbuka kepada semua kakitangan hospital daripada pelbagai jabatan. Eheh. Waktu ni pun kami sukati je redah. Acah-acah feeling like one of the hospital staffs. Ceh.

Gigih si Qila ni study. Aku je yang dok mengada, mengantuk lah. Manja sangat eheh


Sepanjang 'attachment' dengan jabatan kecemasan ni, kena lah tahu serba sedikit cemana sistem dia.

→Contoh: Tentang bunyi siren.
Satu kali= Ada orang panggil nak guna khidmat Ambulans
Dua kali= Ada pesakit datang untuk masuk ke Zon Kuning
Tiga kali= Ada pesakit akan dibawa ke Zon Merah
Empat kali= Kecemasan berlaku dalam hospital

Kalau berkaitan dengan kad pesakit pulak, setakat ni di HTI ada 2 kaler. Merah/pink dan hijau.
Kad merah/pink merujuk kepada kes trauma, seperti kemalangan, atau jatuh, dsb.
Kad hijau pulak merujuk kepada kes selain trauma. Seperti demam denggi, atau asthma, atau sakit kronik macam darah tinggi ke, dsb.


Kenapa pelajar disyorkan untuk buat elektif posting di 2 jabatan ini?
Saya boleh bagi jawapan, ya memang sangat digalakkan sebab nya sangat banyak benda praktikal yang kita boleh belajar. Kami sempat diberi peluang untuk belajar baca ECG, praktikal pasang mesin ECG, kira Respiratory rate (RR), basic suture, dan lain-lain.
Kalau doktor yang baik hati sikit tu, dia tahu kita nak belajar sesuatu. Dia akan pandai ambil peluang untuk bertanya soalan kepada kita. Dan waktu tu lah otak ligat berfikir korek ilmu entah mana tersembunyi. Paling tak pun, waktu tu lah baru tersedar kena tambah lagi usaha untuk penuhkan ilmu di dada, malah boleh tahu nak gunapakai ilmu cemana. Sebab selalu hafal fakta medik tu untuk lulus exam je. Eheh.

Hmm, tu je kot eh benda nak kongsi. Nak tahu lebih lanjut. Sila rajinkan diri guna pakcik gugel. Mana lah tahu terjumpa pengalaman yang dikongsi oleh orang lain pula.

Alah bisa tegal biasa. Moga dengan pendedahan awal gini, dapat lah serba sedikit membantu mana-mana pihak.
InshaaAllah masa dan usaha kita akan menentukan segala nya. Allah dah ada perancangan terbaik untuk kita.
Apa pun, jangan pernah putus asa dan bersabarlah dalam menimba ilmu Tuhan :')


Wallahu'alam.

Wednesday, September 9, 2015

Dah dapat apa je?

' Kau dapat apa je hari ni?'

Pergh, ayat dalam menusuk hati rasa nak lari 100 meter. Ahah, over pulak reaksi haha. Ni kalau aku lah.

Minggu pertama elektif posting tu, akan ada seorang MO ni dia akan tanya ktorg soalan ni.
Sebelum tu lagi dia ada perkenalkan diri, tanya itu ini kt ktorg dan opsss, dia graduate daripada Alex, Mesir. Sempat jugak lah belajar cemana nak 'interpret' bacaan ECG, amik darah patient, dll. Jadi, apa lagi ktorg ni pun dok lah cuba nak melekat dengan dia. Sebab nampak okay, cool je nak layan ktorg. Haha.

Ada sekali tu, ada lah satu kes tu.
Taktahu lah kalau soalan aku tu macam entah apa-apa sangat kot.
Dia tak terus jawab soalan aku tu, malah apa respons dia adalah,
'Okay, balik ni pi baca hypertensive emergencies. Baca, jangan tak baca. Nanti cerita kt aku'
Dan keesokan hari nya, terserempak dengan dia lagi, 'Dah baca hypertensive emergency?'
Dengan muka blur *dalam hati cakap, ingatkan dia dah lupa*, takut-takut nak jawab ya sebab nanti kena bentang kt dia, atau nak jawab tidak, macam serba salah pulak. Eheh.
Pastu, tetiba dia terus je balas, 'Haa, tak baca lah tu.'
Gulp. Haha teruslah kantoi. Jujurnya, baca dan selak gitu je. Tapi taktahu nak apply cemana dan kaitan dengan patient tempoh hari.
Dan, lepas tu dah terus tak nampak-nampak dah MO ni ke mana.

'Apa je kau dah dapat hari ni?'

Jadi nya, sepanjang buat elektif posting ni. Ktorg pun guna lah ayat keramat ni untuk terus kental dalam menghadapi hari-hari attachment kami. Supaya setiap hari, ktorg kena usaha jugak untuk belajar benda baru.

Sekurang-kurang nya, dalam keadaan kita sendiri pun macam takde target kukuh nak belajar apa je sepanjang attachment ni. Mungkin salah diri sendiri jugak kot tak letak apa-apa target. Cuma nya, kami hanya 'random' lah dengan harapan dapat belajar sesuatu.
Jadi, pengajaran nya kt sini ialah kena pandai merancang. Its easy to plan, but the reality is also hard to face.
Sebab nya, orang berjaya akan bina jalan, tapi orang gagal akan sentiasa mencipta ribuan alasan.

Bila kau buat elektif posting dan alami sendiri, baru kau tahu cemana rasa dia. Ahah.
Tak seindah rupa seperti yang dikhabarkan. Dengan nak redah mintak doktor ajar sesuatu dalam keadaan dia tengah sibuk attend patient. Kang asyik layan kau je. Pesakit terabai kang, susah pulak. Tapi, bergantung jugak pada situasi dan doktor tu cemana. Kena pandai selit dan beranimati. Sebab ada pengalaman tu, nampak sendiri ada pelajar dok tanya, pastu doktor tu pi herdik ke dia. Kesian dan scary pulak.

Ouh ya, kenapa dalam cerita kali ni kadang ada membahasakan 'ktorg'. Ekcelli, sebab sesi kali ni saya ditemani oleh kawan sekelas daripada Mesir jugak yeay.

Hmm, dah macam taktahu nak cerita cemana sebab ketandusan idea nak susun ayat cemana urghhh haha.

Anyway, bila ktorg ada tanya ke salah seorang HO kt ED tu mana MO 'hypertensive emergencies' tu 'hilang'. Rupanya, posting dia dah habis kt situ. Sekarang dia posting kt bahagian 'Quality' (?) Alamak, tak tanya pulak tu part apa hehe. Ingatkan sengaja tak datang kerja dah. Pelik ktorg. Kbai.

Okay maaf ya, rasa nak teruskan cerita kt post baru lepas ni.













Sunday, August 16, 2015

Serba sedikit sebelum elektif posting

Hmm, punya lah pening fikir nak cari tajuk atau topik menarik *konon* untuk hapdet blog. Lama weh tak menulis. Karat dah bakat menulis. Haha.

Maklum lah, blogspot ni dah banyak saingan lain. Banyak dah laman sosial lain yang up-to-date, yang lebih cepat dan pantas serta tangkas untuk digunakan. 
Blogspot gini dah 'lame' sangat dah. Orang macam Nadia yang dok suka taip bebel panjang-panjang je, yang masih guna blog ni. Eheh.

Okay, let's back to the main topic.

Alhamdulillah, berpeluang lagi untuk buat elektif posting kali kedua. Menggunakan cuti yang berbaki sebulan je lagi ni, dengan menimba ilmu dan pengalaman inisiatif tambahan sebagai bekalan sesi 'persekolahan' Tahun 5 akan datang. Cewah.


Kalau 2 tahun lepas, mohon untuk buat di Ipoh. Namun, kali ni tukar angin lah pulak. Kita pilih kt Teluk intan pulak. Amboi, kuat jodoh nya dengan negeri Perak haaa. Macam kt Selangor takde hospital (?) Haha.

Bukan sengaja atau sesuka hati pilih tempat ni. Pertama nya, ofkos sebab penginapan dan keduanya adalah pengangkutan. Teluk intan ni kira dekat lah jugak dengan rumah. InshaaAllah, akan ulang-alik je. Kalau 'fast n furious' dan jalan tak sesak, inshaaAllah setengah jam dah sampai ke destinasi. Tapi, kalau kt jalan tu lalala makan angin ke, 50 minit jugak lah baru nak sampai. Hehe.

Ouh ya, kepada adik-adik yang baru nak cuba-cuba mohon attachment/ elektif posting ni. Boleh lah singgah kt blog akak Zida ni, bagaimana cara nak mohon. 

Alaa, cuti paling minimum pun dapat lah dalam 2 bulan. Apalah salahnya, susun masa cari alternatif extravaganza untuk tambah skil praktikal yang memang serba kekurangan kt ejip tu. Paling minimum hari kena buat elektif posting ni pun, 3 minggu je. Eheh.

Mengikut pengalaman sebelum-sebelum ni lah *bajet banyak nya lah hai pengalaman dia lol*
Ni nak cerita sikit lah beberapa soalan femes orang selalu tanya.

Q1: Eh, takpe ke kalau last minit baru nak apply? Kan kalau ikut procedure asal, mesti kena mohon 3 bulan sebelum daripada tarikh yang kita nak tu?

A: InshaaAllah, takpe je. Hospital tu akan terima je ikut tarikh yang kita mohon. 
Tapi, sangatlah bergantung kepada hospital yang dimohon tu cemana, sebab ada hospital yang bagi alasan dah penuh. Jadi, beranikan je diri, tebalkan muka, maniskan senyuman untuk hantar permohonan.
Tapi, tulah. Sepatutnya kita kena lah ikut syarat yang telah digariskan supaya memudahkan urusan memasing. Elakkan lah urusan last minit ni.


Q2: Dokumen dah siap sedia ni, pastu nak mohon cemana? Email, atau pos?

A: Hmm, kalian kena bawak dokumen2 tu ke pejabat pentadbiran hospital. Ringankan mulut untuk bertanya. Malu bertanya, sesat jalan dik. Eheh. Kt pejabat tu, ramai je yang baik, berbudi bahasa dan semua nya tak makan orang, dorg makan nasi lah. InshaaAllah kheir XD
Tapi, tak pasti lah kalau dah ada hospital yang canggih memang gunapakai email untuk berurusan.


Q3: Betul ke boleh mohon satu department je dalam satu sesi elektif posting tu?

A: Eh, rasa nya macam tak. Setakat yang saya tahu, boleh je sesuka hati nak buat kt department mana. Tapi, seminggu tu satu department lah. Kalau kalian buat 3 minggu untuk sesi elektif posting tu, maka boleh je mohon 3 department yang berbeza.
Tapi, pelajar selalu digalakkan untuk pilih department Emergency dan Internal Medicine. Pulun habis-habisan timba ilmu kt 2 department ni pun inshaaAllah cukup dah. 

InshaaAllah rasanya ni je kot dulu. 
Moga baik-baik aje lah esok dan hari-hari seterusnya. Hoho. Doakan ya. 

Nanti dah ada cerita lain, saya kongsi lagi. Hiks. Salam bye :')





Tuesday, April 28, 2015

Cita-cita. Tidak seperti yang diharapkan. Hmm?

" Minah, dah besar nanti nak jadi apa?" tanya si ibu kepada anak nya yang baru mencecah umur 7 tahun.

" Hmm, Minah nak jadi cikgu lah. Macam ibu. Dapat banyak hadiah bila hari guru " jawab minah sambil tersenyum sipu berangan.

" Eh. Ke situ pulak dia. Haha. Tukarlah cita-cita kamu tu. Up kan sikit. Haaa, apa kata jadi doktor. Boleh rawat orang. Nanti bila ibu sakit ke, Minah boleh rawat. Minah boleh tengok-tengokkan bila ayah kamu sakit ke, Rawatan percuma. Cewah~ "

" Betul jugak kan. Okay, Minah tukar lah. Sekarang Minah bercita-cita nak jadi doktor lah. Nak tolong orang sakit. " mata anak kecil itu bersinar-sinar.

" Bagus anak ibu ni " sambil mengusap kepala si anak dan menyimpan harapan yang besar.


************************

Di kampung, potpetpotpet sembang pasar bersama ahli keluarga.

" Eh Minah, cemana keputusan PMR kamu? "

" Hmm, Alhamdulillah tok. Dapat semua A. Ni pun hasil berkat doa semua orang jugak" senyum lebar si Minah puas hati dengan rezeki yang Allah kurniakan setimpal dengan usaha yang dilakukan.

" Haaa, ada buat permohonan gi sekolah asrama penuh? Kata mak kamu, kamu nak jadi doktor kan? Nanti cerah peluang nak sambung luar negara"

" Hmm", Minah bergumam sambil menjeling ibu dan ayah nya.

" Jadi lah doktor. Nanti kalau atok sakit, boleh tumpang dapat rawatan percuma. Eheh"

Minah hanya mampu tersenyum. Dalam hati hanya mampu menjawab, 'InshaaAllah Minah cuba'.


*************************

Tahun berlalu dengan pelbagai cereka dan cerita kehidupan. Penuh ranjau dan cabaran.
Ditakdirkan Minah kini sedang menyambung pelajarannya di luar negara dalam bidang perubatan seperti yang diharapkan ibu, ayah terutamanya dan harapan orang sekeliling. Minah sedar bahawa dia sedang membawa harapan besar daripada ramai orang.
Untuk berada jauh daripada keluarga di tempat asing, bukanlah suatu benda yang senang. Banyak pengorbanan yang Minah terpaksa lakukan.
Ya, dan Minah tahu ibu dan ayah turut merasakan benda yang sama. Menghantar jauh anak yang ditatang bagai minyak yang penuh ini, juga bukan lah suatu perkara yang mudah. 
Jua, banyak hak-hak Minah sebagai anak terhadap ibu dan ayah nya yang tak mampu Minah tunaikan di kejauhan itu. Terutamanya pabila memerlukan keberadaan Minah di sisi apabila diperlukan.
Tapi, Minah cuba sebaiknya untuk aplikasi kan perkara kebaikan yang boleh dilakukan di kejauhan itu seperti belajar bersungguh-sungguh dan mendapat keputusan yang cemerlang. Selain selalu mendoakan yang terbaik untuk mereka.

Suatu ketika, waktu tu Minah di tahun 2 dan pulang ke Malaysia sempena cuti semester musim panas. Maksudnya, cuti lama lah jugak. 
Hmm, waktu tu Minah dikejutkan dengan berita yang ibu Minah telah menghidap suatu penyakit ni. Apa yang Minah mampu buat adalah, 'Ibuuuu, hmm ibu okay ke? Ibu ada jumpa doktor dah ke? Doktor cakap apa?' 
Jujurnya, Minah sebagai pelajar perubatan waktu tu taktahu nak bagi respons apa je. 

Dulu rasa nya bukan ke dah janji, kalau ibu sakit, Minah yang akan rawat?
Tapi sekarang? Minah tak mampu buat apa-apa.
......

Namun, sepanjang berada di Malaysia, Minah lah orang yang akan menemani ibu ulang-alik ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Minah cuba untuk menunaikan hak nya sebagai anak.

Kemudian, hari berganti hari.

Waktu ibu nak masuk bilik pembedahan, Minah pi tanya ibu.
" Ibu rasa takut tak?"

" Mestilah. Apa lah Minah ni"

Opsss, tu je yang mampu Minah sembang dengan ibu. Sebab ibu sangat kuat menghadapi dugaan penyakit yang dialami. Ibu tak sanggup nak cerita semua nya. Ke mungkin Minah tak sampai hati nak tanya banyak-banyak sebab Ibu macam taksudi nak cerita sebab takut nanti anak-anak dia sedih.
Mungkin.

**************************

Dua tahun kemudian, 

Tetiba ayah bagi whatsapp *dunia makin maju huhu*. Mengejut jugaklah.

" Ayah mintak maaf sebab tak beritahu awal-awal. Takut anak-anak ayah terganggu emosi.
Alhamdulillah, ibu dah selamat menjalani pembedahan. Doakan ibu cepat sembuh...."

Minah jadi 'speechless'... 

Bermakna, ibu telah melakukan dua kali pembedahan dalam masa 3 tahun ni.

Beza nya kali ni.
Minah tiada di sisi. 
Minah baru dimaklumkan. 
Minah jadi terkedu.
Minah hanya mampu bagi kata semangat kepada ayah dan ibu terutamanya untuk terus kuat.
Dua, tiga hari jugak lah Minah terganggu emosi. 



Tapi, bila tengok ibu sendiri yang mengalami ujian seberat itu lagi kuat untuk meneruskan hidup. Umpama tiada benda besar berlaku. Maka, untuk terus bersedih hati, Minah rasa semua tu takde manfaat nya pun. Minah banyak ambil banyak pengajaran daripada ketenangan dan kekuatan yang ibu tunjukkan.

Kemudian, Minah tertanya kepada diri sendiri. Dulu rasanya, ada janji kalau ibu atau ayah sakit atau sesiapa lah keluarga terdekat, Minah yang akan rawat. Tapi, sekarang? Minah tak habis belajar lagi kot. Ibu dah sakit. Doktor lain yang rawat. Bukan Minah. Sobbbsss.

Astaghfirullah. Minah beristighfar sendirian.

Minah teringat kata-kata seorang sahabat nya yang berbunyi,
' Kita ni hanya hamba biasa yang tak pernah tahu apa yang terbaik untuk diri memasing. 
Kita hanya mampu merancang dengan cita-cita, tapi sedarlah dan ketahuilah bahawa Allah juga sedang merancang dengan CHENTA.
Allah bagi kita ujian itu ini bukan sia-sia. Apatah lagi, sengaja sesuka hati. 
Allah lebih mengetahui yang terbaik untuk hamba-Nya. Mungkin Dia sedang mempersiapkan diri kita untuk sesuatu lain yang lebih besar '

Minah monolog dalaman lagi,
'...Tak mengapa lah kalau tak dapat nak rawat ibu sekarang. Tapi, sekurang nya boleh bantu ibu untuk beritahu apa yang terbaik dan perlu dielakkan sepanjang pemeliharaan kesihatan dia hingga betul-betul stabil nanti.
Mungkin jasa Minah diperlukan untuk orang lain. Nanti. Lain kali...'

Minah berfikiran matang dan berlapang dada dengan ketentuan Allah.

Apa pun, Minah bersyukur sebab masih lagi ada ibu di sisi untuk Minah berjasa dan berkhidmat. Mungkin bukan untuk merawat seperti yang disembangkan atau diharapkan suatu masa dahulu.
Namun, Minah akan terus berjuang bagi menamatkan pengajian sebagai seorang doktor muslimah yang profesional.
Dengan harapan untuk merawat ibu ke (?)
Atau sekadar untuk memenuhi harapan besar masyarakat (?)

Ouh tidak.
Minah yang dulu bukan lagi yang sekarang.
Sebab nya, Minah sedar bahawa matlamat utama yang berpaksikan duniawi takkan pernah kekal. Pabila salah satu matlamat itu terganggu haluan nya, boleh jadi Minah akan gugur di jalan perjuangan ini. 
Sebab nya, belajar Medik bukan benda ringan. Belajar Medik bukanlah perkara main-main. 
Belajar Medik bukan nak rawat orang semata.
Kerjaya medik ini adalah salah satu amanah Allah. Minah kena pelihara amanah ini sebaiknya.
Ia melibatkan juga bagaimana kepercayaan kita sebagai hamba dan kuasa Tuhan yang menentukan segalanya. 

Di kejauhan, Minah mampu doa yang terbaik untuk ibu.
Moga Allah pelihara.






****************************


Cerita di atas tiada kaitan dengan mana-mana pihak. Sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.

Ouh ya, memasing ada cerita memasing. Memasing daripada kita, dulu nya ada cita-cita yang disimpan secara kemas dalam kotak hati sendiri. Dan memasing punya matlamat yang pelbagai untuk apa cita-cita kita itu. Ke arah mana, kita nak gunakan cita-cita kita ini.
Percayalah bahawa, Allah lebih kenal hamba-Nya.

Untuk masa yang kini, tetap teruslah berusaha yang sebaiknya. 
Apa yang bakal berlaku di masa hadapan itu, usahlah difikirkan terlalu mendalam. 
Apa yang telah berlaku di masa silam, usahlah diungkit berulang kali lagi.
Jadilah hamba Allah yang bersyukur dengan apa yang ada,
dan bersabar dengan segala ujian yang menimpa.
Moga Allah bantu.




Senyum 
:)