" Maka tunggu lah pada hari ketika langit
membawa kabut
yang tampak jelas,
Yang meliputi manusia.
Inilah azab yang pedih.
(Mereke berdoa),
'Ya Tuhan kami, Lenyapkanlah azab itu dari kami.
Sungguh, kami akan beriman "
Surah Ad-Dukhan, Ayat 10-12.
Debu di Mesir.
Jerebu di Malaysia. Ahah!
Pilih lah nak yang mana :p
Astaghfirullah. Ini bukan untuk dijadikan bahan gurauan ya. Tapi, ini adalah tanda peringatan dari Allah untuk semua. Jerebu di Malaysia. Jerebu, jerebu ouh jerebu. Yeah. Isu pencemaran alam sekitar yang menjadi isu hangat tika ini.
Nak cakap nya, lelah nya lah hai dunia ni haaa.. Kalau kt Mesir, sesak dengan debu yang berteraburan. Kalau kt Malaysia sekarang ni pulak, sesak dengan jerebu. Dua-dua merumitkan. Huhu. Dua-dua adalah dari Allah. Yela, kan apa yang ada di langit dan di bumi ni keseluruhannya milik Allah semata. Jadi, senyum. In shaaAllah, kheir lah tu.
Yang berada di Mesir, kalau dah tahu banyak debu. Kurangkan pergerakan luar rumah bila terjadi nya cuaca yang melibatkan pertebaran debu yang terlampau. Banyakkan minum air.
Yang berada di Malaysia pula, banyakkan doa kt Allah. Supaya diturunkan hujan dan cepatcepat lah IPU jerebu tu turun. Susah nak keluar rumah kot. Pergerakan luar akan menjadi terhad. Kesihatan pun akan terganggu. Aktiviti harian pula terjejas. Hurm. Banyak nya rentetan negatif yang berlaku dari jerebu ni.
Dari jauh, aku hanya mampu berdoa agar orang di sana tu semua nya dalam keadaan yang baik-baik sahaja. *Dah lupa lah macam mana jerebu tu. Tetiba nak balik Malaysia kejap, 'rasa' jerebu tu. Pastu balik Mesir semula. Ahah! Cari pasal*
Takpe, Allah tarik nikmat udara segar tu sekejap je tu. Sudah-sudahlah. Kembali lah kepada pangkal jalan. Allah sedang bagi peringatan tu.
Jerebu. Dikaitkan juga dengan tanda-tanda kiamat sudah hampir.
Yeah, tak salah pun kalau nak tahu semua tu.
Haaaa, dah sedar pun tentang tu. Pastu, dok taknak gerak pergi buat persediaan untuk hadapi hari kiamat tu kenapa? Tak siap sedia kumpulkan bekalan amalan ahli syurga tu, apehal pulak?
Hurm.
Muhasabah. Hasabah. Sabah. Bah. *Apakah?*
Hurm.
Namun, secara tak langsung dalam situasi macam ni. Akan wujud nya jenis-jenis manusia seperti yang berikut ;
(coffee&pasta)
1) Camwhore :
Pakai topeng jerebu kemudian up ke instagram,FB,Twitter.
Geng mulut itik mula berasa terancam.
2) Geng Ustaz Tahyul :
Asap jerebu ialah asap dari neraka. Kemudian semua Melayu angguk percaya dan share, Re Tweet sebanyak mungkin.
3) Geng Peramal Kiamat : Tanda2 awal kiamat,
asap keluar berkepul2 dari perut bumi.
4) Wartawan Wannabe :
Setiap masa akan update pasal jerebu, jerebu, dan jerebu.
5) Geng Lawak Hambar :
Cuba kaitkan jerebu dengan asap rokok.
6) Geng Meroyan :
Tengok jerebu, masuk dalam bilik, salin baju tebal2, snap pic. Caption "sedang bercuti di Kutub Utara"
7) Budak2 Kesihatan :
Jerebu semakin teruk. Jaga kesihatan wahai sahabat.
Banyakkan minum air dan jangan lupa penutup muka
8 ) Geng Romeo :
Cuba manipulasi isu jerebu untuk kelihatan romantik.
Setebal2 asap jerebu, tebal lagi cinta abang pada ayang.
9) Geng Takde Masa Depan :
Mengharapkan darurat dan sekolah ditutup.
10) Geng Jigsaw Puzzle Pemecah Code Rahsia :
10) Geng Jigsaw Puzzle Pemecah Code Rahsia :
*JDT - Jerebu Dah Teruk
Lawak? Hurm.
Sentap? Hurm.
Perli? Hurm.
Apa-apa jela yang korg nak rasa.
Yeah, secara tak sedar selalu nya memang akan wujud orang-orang kt atas tu. Semua cerita-fakta-berita akan tersebar berleluasa. Lahir nya pengulas berwibawa yang tak berapa nak rasmi. Masing-masing akan mengeluarkan pendapat tersendiri. Nak kaitkan dengan semua benda. Macam-macam. Itu ini.
*aku lah tu antara nya. Oucchhhh*
Bukan tak bagus. Banyak lah jugak dapat ilmu baru. Tambahan pula, dapat membina minda. Membuka hati. Tapi, tu lah. Haih.
Bagi aku, benda ni agak muhasabah jugak lah.
Banyak nya keinsafan dalam entry kali ni. Eheh.
Ouh dunia.
Rumit.
Sesak.
Lelah.
Huhhhh. Mengeluh panjang.
No comments:
Post a Comment