Thursday, February 14, 2013

Keropok lekor dan AKU(?)


Riak muka terperanjat -_-
Seriyesly? Keropok lekor di bumi Tanta ni? Ouh ho! Percayalah. Segala nya mampu dilakukan di Mesir ni. Kalau kt Malaysia, memang tak dan lah nak uli bagai. Tapi, ini lah waktu nya nak berdikari dan terima apa sahaja yang ada di depan mata. Hehe. 
Macam biasa, kalau dah sorang berjaya buat. Khabar bau dan resipi sesuatu makanan tu akan sampai ke mana sahaja. Haha. Inilah realiti kehidupan budak-budak luar negara yang setiap masa merindui makanan Malaysia. EH??? Ke aku je? Tipu! Aku tahu semua orang pun terliur bila sebut pasal makanan Malaysia. Eceh-eceh :p

keropok lekor lepas direbus

Kronologi resipi makanan-yang-biasanya-korg-akan-beli-je dan tak sangka serta tak terfikir pun nak buat sendiri.
Mula-mula akan ada orang offer makanan tu. Kemudian, dengan reaksi teruja sambil makan dan bertanya 'Sedap! Weh, pandai gler. Macam mana buat jadi macam ni?'. Resipi sudah berada di tangan. Dengan tekad, okeh! aku pun nak buat jugak. Lagi sedap dari dia punya ni. Haha. Pastu, hulurkan makanan buatan air tangan sendiri kepada orang lain dan resipi sudahpun bertukar tangan. Begitulah seterusnya. Sampai resipi ni dah membosankan dan munculnya resipi luar biasa yang lain >.<



Hasil selepas di goreng
Kurang masin-Kurang rasa ikan- lembik


EH? nak tahu ke cemana nak buat. 
Senang je. Sediakan satu tin mackerel/sardin, garam secukup rasa, tepung ubi dan tepung gandum. Tapi, tepung gandum guna sikit je. 
Lepas tu, uli je ikut suka hati yang korg nak. 
Lepas tu rebus dengan air yang berminyak. Pastikan betul-betul mendidih baru masukkan ulian tu. 
Lepas tu, tunggu sampai timbul baru angkat. 
Lepas tu, goreng. 
Siap!
Haha. Faham ke tak ni? Kalau tak pun, tak yah lah buat. Tunggu balik malaysia, pergi beli kt pasar jela.

Fakta atau auta, korg masak lah apa sahaja resipi makanan kt Mesir ni. In shaa Allah menjadi dan sedap serta mampu diterima tekak. Itulah hakikat dan erti bersyukur =)








Hurm, tu je setakat ni. Nak hapdet pasal aktiviti sepanjang winter break. Dah tergendala sebab takde internet dalam jangka masa yang lama tu. Maka nya, tergendala lah ia.





Aku(?)
Hati lemah tak bermaya. Kadang kala berada di puncak. Kadang-kala juga jatuh tergolek dan bergolek-golek di pertengahan jalan. Amboi, hiperbola yang melampau.
Huh! Sungguh. Hamba hina ini masih mencari jalan pulang.
Ouh, keropok lekor >.<
(apa kena mengena? mengarut! Tchhh~)



1 comment:

Unknown said...

biasa dok perantauan..mana ada depan mata sauk jek,tandas ada..merah blog eh