Monday, January 21, 2013

Not now. Bukan sekarang






Amboih~
Baru abes paper Anatomy. Rasa macam dah lega sangat. Padahal ada lagi satu paper terakhir iaitu Histology. Ada masa satu hari je nak prepare. Sebab ghamaah last minit anjak tarikh exam ke hadapan. Iaitu, hari Rabu ni (23hb) jam 2-3ptg. 
Hurm. Physio dah lepas tapi errrrrr... A bit killer. Biochem pulak. thumbs up. In shaa Allah.
Buat masa ni. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat sebab dapat jawab exam dengan jaya nya. Ewah~ Dapat full mark ke? Erkkk... Hurm. Tak jugak. Tapi, honestly... This time is better than last final exam 1st year yg teruk ntah apa-apa tu. Wallahu'alam. Walaupun, ada je soalan yang taktahu tapi Alhamdulillah kali ni aku rasa dah buat yang terbaik. 
Secara jujur nya lagi, exam sebelum-sebelum ni sangat lain suasana dia. Otak malas nak menghafal. Banyak mengelamun. Banyak main. Dan mungkin sebab alpa yang berpanjangan. Mungkin sebab tu, mungkin sebab ni..... Hurm. Banyak nya sebab-sebab dia. Grrrrr~ Teruk lah perangai dulu tu. Okeh, sedar diri. Belajar dari kesilapan lalu kan. There's no one but you! Adoyai.... 

Tetiba terkenangkan kalam Allah yang berbunyi seperti ni,

" Sesungguhnya Allah tidak menzalimi manusia sedikit pun,
tetapi manusia itulah yang menzalimi diri nya sendiri "
[Surah Yunus,10:44]

Betul lah kata-kata pujangga, manusia ni selagi tak jatuh kedebuk dari kesilapan lampau yang sangat-sangat perit. Tak kan nya nak berubah. Hurm. Ada ke pujangga tu berkata sedemikian? Apa-apa jela. Tapi, nak cakap nya kt sini ialah siapa lagi penyumbang utama atau penggerak sesuatu tu terjadi kalau tak diri kita sendiri. Maksudnya, kita yang sendiri pilih untuk pengakhiran nya yg macam mana. Yuppp, tak dinafikan Allah lah penentu segala-galanya. Tapi, sebelum tu refleksi diri dulu sebelum kembali menyoal tentang Qadak dan Qadar. Wallahu'alam.
Maaf andai ada kata-kata yang tidak dipersetujui atau lari konsep asal. Mohon tunjuk ajar dengan hati yg terbuka =)


Okeh, awak! Dah jom pergi study Histology. Jangan pandang sebelah mata walaupun MCQ sahaja ya. Ehem!
Kbai~




Tengok tuh. Eksaited dah abes Anatomy, terhasil nya sebijik kek kaler2. Resepi turun temurun keluarga. Eceh =p


Sudah cukup-cukup sudah.
Bukan sekarang masa nya
Study JOM!



2 comments:

Unknown said...

all the best untuk last paper!

NadiaSarwani said...

@nadzirah sofia

Jazakillah awak! =)