" Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. "
(94: 5-6)
Suka tafsiran ayat Allah yang tu. Sedang kita rasa macam susahnya atau sulitnya sesuatu keadaan tu, Allah dah pujuk kita dalam kalam-Nya tu. Dua kali pulak tu Dia cakap kt kita. Tika mana kita terbelenggu dengan masalah yang dihadapi, Allah pujuk kita 'Bersabarlah'.... Sebab tiap kesusahan tu PASTI akan ada kesenangan =)
Dalam konteks study pun kan. Ada kalanya pasti rasa macam susah nya subjek ni atau pun, kenapa bila baru je baca lepas tu dah lupa. EH? Hurm, maka nya kt sini... Ini lah waktu nya nak husnuzon dengan Allah. Allah suruh usaha lagi dan lagi tu. Lepas tu, tika rasa sulitnya waktu study ni, Allah pujuk bersabarlah~ In shaa Allah pasti akan dipermudahkan.
Wallahu'alam.
You know what? We are beautiful. Allah loves us so much. Ewah~ hehe
EH??? Entry baru setelah sekian lama menyepi. Hurm.
Assalamu'alaikum (^_^)Y
Alhamdulillah, setakat ni masih lagi bertenaga dan mendapat nikmat paling terbesar oleh Allah, iaitu nikmat hidup, iman dan jugak ilmu. Masih lagi dapat bernafas serta menghirup udara segar Allah ni. Hehe. Sedar tak sedar dah separuh tahun pun. Tuptup, dah nak midterm. Dan, dah masuk tahun baru 2013 pun. Cepat je masa berlalu. Cabaran kehidupan makin hari makin hebat. Ecewah~ Gaya percakapan orang yang dah masuk umur matang lah konon :p
Okay macam biasa. Bila study, ada exam. Tanpa exam, takde lah study kan~ Maksudnya, memang study untuk exam ke? Eh, bukan macam tu. Tajdid niat. Sentiasa perbaharui niat ya adik2, kakak2 dan abang2 sekalian. STUDY tu kerana dua-dua tau. Study kerana ALLAH dan jugak secara automatik kita akan Study untuk exam jugak sebab melalui pencapaian yg cemerlang dlm exam membolehkan kita teruskan matlamat dunia tu tercapai. Tapi, seiring dengan matlamat ukhrawi kita juga. In shaa Allah.
|
Serba sedikit tentang Jadual MidTerm. Wish we for the best! |
“ Barangsiapa memberi pinjaman kepada Allah dengan pinjaman yang baik, maka Allah akan melipatgandakan balasan pinjaman itu untuknya dan dia akan memperoleh pahala yang banyak ”
(Al Hadid: 11)
Suka jugak ayat yang ni. Allah~ Sangat pemurah lah Allah ni. Sweet sangat. Hehe. In shaa Allah, lepas ni kalau nak buat sesuatu perkara tu kena sentiasa niat IKHLAS hanya kerana Allah. Sebab Dia dah cakap kt kita kalau bagi pinjaman yg baik kerana Allah, dia akan balas berlipat kali ganda dari apa yang kita beri tu. Lepas tu, dapat pahala lagi. Ish3x, baik sangat Allah ni kt kita. Tapi, apa contoh pinjaman yang boleh kita bagi tuh? Contoh lah, kita pinjamkan masa yang kita ada ni untuk tolong orang. Apa-apa pekerjaan je yang memudahkan orang lah. Kita niatkan kerana Allah. In shaa Allah, Allah akan ganti balik masa kita tu dengan yg sepatutnya. Hurm. Lagipun, masa yg ada ni pun Allah yang punya. Semua benda dalam dunia ni kepunyaan Allah. Jadi, segala pinjaman atau perlakuan kita di dunia ni, Allah dah aturkan pun.
Hurm. Maka, begitulah serba sedikit bebelan atau perkongsian dari orang yang dah lama tak update blog. Andai ada ayat yang tak sedap dibaca atau ada susunan kata-kata yang kurang dipersetujui, MAAFLAH.
Masih banyak kelemahan serta kekurangan diri yang perlu diperbaiki >.<
Dengan ini, kami exco Medicmesir Tanta ingin mengucapkan. EH??? Ehem2. Acah je. Hehe.
Sampai di sini dulu daripada saya.
Doakan kami pelajar Perubatan University Tanta, Mesir khusus Pelajar Tahun Dua 2012/2013 agar dipermudahkan urusan dalam midterm kali ni.
Moga apa yang kami belajar hari ni, akan terus tersemat dalam hati dan fikiran. In shaa Allah, bila waktu diperlukan ilmu-ilmu tu tika exam. Allah akan ilhamkan kepada kami. Ameeeennnn~
Jumpa lagi kita di lain masa.