Showing posts with label kecewa. Show all posts
Showing posts with label kecewa. Show all posts

Tuesday, September 25, 2012

Tentang statistik final exam kami~

Naik bulu roma bila baca pasal statistik bawah ni~

*statistic exam first year batch 2011/2012

Out of 200+- first year student,
117 menduduki repeat exam

Result repeat exam:
14 org naik tahun tanpa carry.
29 org repeat first year.
71 org carry paper. 





Allah... Errrr, aku terkedu weh. Sedih. Terkilan. 
Aku tahu Allah sedang uji rakan-rakan yang terlibat. 
Namun, aku turut berasa syukur kepada mereka yang naik tahun, tanpa carry paper. Alhamdulillah, sangat-sangat bersyukur! 
You know what? Aku dah terasa... Macam mana weh, kalau yang naik tahun tapi ada carry paper tu. Allah~ Ni pun, kuliah 2nd year yang baru start dan tak sampai seminggu pun lagi. Dah terasa macam banyak nya nak kena belajar dan kena ingat dah ni. Memang dah takde masa nak main-main lagi. Kalau lah aku antara orang yang carry paper tuh. Aku tak tahu lah. Tak dapat bayangkan macam mana. Subjek 2nd year macam ni, subjek 1st year plak macam tu. Amboi, dugaan study. Mencabar kot. Aku doa supaya mereka kuat! Dan aku pun kena kuat, sebab subjek-subjek 2nd year ni makin mencabar. 
Awwwww~ Cuak nya....






Bukan niat nak perlekehkan diri sesiapa atau pun nak jadi orang yang berfikiran sempit. 
Tapi, kadang-kadang perasaan macam tu muncul dan tak salah biarkan ia keluar. 
TAPI! Jangan dan jangan (!!!) layan perkara-perkara negatif macam tu. 
Maka, dah jadi tugas kita untuk lawan balik dan cari semangat baru untuk bangun semula, 
serta bina kembali harapan+impian+azam kita supaya dapat berjuang ke medan ini dengan lagak yang macho serta bergaya T___T




Okeh! Fuhhh.. Tarik nafas dalam, hembus laju-laju.. Phewwww~
ulang sampai 3 kali.
Ucap syukur Alhamdulillah. 
Kerana masih diberi peluang untuk meneruskan perjuangan.
Tak kira lah korang tu kena repeat 1st year, atau naik tahun dengan carry paper, mahupun yang naik tahun tanpa paper. 
Apa-apa pun, BELAJAR LAH DARIPADA KESILAPAN LALU.
Pesan kt diri sendiri jugak ni.
Sering kali, terfikir-fikir>>>
apa yang kurang nya usaha aku?
apa yang aku terlepas pandang waktu urusan kehidupan seharian ku waktu lalu?
atau, apa pula kurang nya dengan hubungan sesama Allah mahupun manusia???
Banyak ke yang aku abaikan dulu?
Kena banyak muhasabah diri >.<

Allah tu sentiasa ada bersama kita. Cuma kita je yang sedar atau pun tidak, yang Allah tu sentiasa menanti kita datang kepada-Nya serta memohon pertolongan dan segala pengharapan daripada-Nya.
Baiknya Allah pada kita semua...

Lepas tu, jangan lupa banyakkan usaha! Dah usaha bersungguh-sungguh, DOA banyak-banyak plak.
Tapi, ini tidak. Mintak orang lain doakan itu ini. Tapi, taknak usaha. Hangat-hangat tahi ayam je. Setakat usaha yang bagai melepaskan batuk di tangga. Lepas tu, nak mintak ganjaran berdasarkan usaha yang ciput. Itu ke konsep tawakal yang sebenar? Ouh, tidak... Sila jangan kufur nikmat, okeh?! 
Sila muhasabah diri. Tingkatkan prestasi. 
Dah hidup setahun pun kt Mesir ni. Mana-mana 'amalan' yang tak patut diteruskan tu, sudah-sudah lah. Perlahan-lahan hentikan tabiat lagha tuh. 
Lepas tu, cari kawan yang agak-agak boleh booster kan semangat study korg setiap masa. Tapi, bukan bermaksud kau kena putus kawan dengan kawan lama yang takde semangat study tuh. Haha. Pandai-pandai lah kan nak oter macam mana kehidupan seharian sendiri. Pilihan di tangan masing-masing.

Apa-apa pun nanti, akhirnya... inilah kehidupan kita~
Whatever it is, back then it is YOUR LIFE!!!

Cakap pakai mulut memang lah mudah.
Taip guna jari jemari memanglah senang.
Tapi, yang akan hadapi semua tu. Adalah DIRI KITA sendiri juga. Fikir-fikirkan lah. 

Jangan cipta suasana yang membuatkan kita nak tuding jari kepada orang lain atas segala yang menimpa diri kita. 
Padahal semuanya berpunca daripada diri kita sendiri. Sebab kita ada hak untuk pilih, tolak, terima dan lain-lain lagi (~___~)


Tapi, kita sebagai hamba-Nya kena lah jugak yakin dengan Qadak & Qadar. 
Yakin dengan perancangan yang dah Allah susun untuk kita. 



Erk? entry ni tak berniat pun nak emosi. Hehe. Kasi panas sikit semangat tu. 
Yang lembik tak bermaya tu, sudah-sudah lah. Bayangkan kalau kita berputus asa sekarang, tapi dalam masa yang sama ada orang lain yang terus bangkit serta merta dan dia pula dapat kejayaan yang gemilang tapi kita masih lagi berada dalam suasana yang kelam. 

Sudah lah, jom tutup cerita! ^_^







Ayuh Study!!! 
Dengan semangat yang baru. Fisabilillah~


Ampun & maaf andai ada terkasar bahasa ataupun terguris hati mana-mana pihak. 
Saya tahu, saya pun harus belajar dari kesilapan lalu. Entry ni banyak dipengaruhi daripada kesilapan lama saya jugak. Saya bukan orang yang hebat berkata-kata dan cemerlang orang nya. 
SEKIAN, Wallahu'alam...


Tuesday, July 17, 2012

another Oyeahhh!




Pftttt... Post yang sepatutnya dibuat pada 5Julai yang lepas. 
Uhuk2. Lama jugak tinggal kan blog ni... Hehe. Nak kata sibuk sangat. Eh? Dah habis exam pun. 
Tapi, halangan paling besar adalah ketiadaan internet. Ecewah~ 


Jadi, entry kali ni untuk menceritakan tentang apa yang dah berlaku 14 hari yang lalu.. 
Agak-agak ada cerita yang tokok-tolak+tambah tu, biasa lah. Peristiwa dah lama. Tak berapa nak hengat sangat. Hehe :p


Alhamdulillah, final exam bagi sesi Tahun Pertama ni berakhir dengan paper Biochemistry.
Written+oral. 
Segalanya berjalan dengan lancar. Segala puji bagi Allah. Sungguh tak sangka begini lah pengakhiran nya.
Tetiba teringat kembali, detik-detik 'itu'-Sebelum tiba ke Mesir ni. Dan tak sangka, tiba jua di penghujung detik ini.
Hoho. Guna bahasa kiasan pulak lah kan :)
Whatever it is, I'm relieved.
Tapi, kemudian nya... Dalam hati seperti berkata sesuatu waktu itu, 'Exam dah abis, tapi apesal aku macam tak rasa apa2 sangat?'
Aiyokkkk... Perasaan apa kah itu?
Wallahu'alam... Tawakal banyak-banyak kt Allah~



Sayonara Biochemistry!
InsyaAllah, janganlah kita ketemu lagi lepas ni. Biarlah masa yang menentukan. Cewahhh~



Gambar ni penuh nostalgia~ Sobs3... 1st Year is gone. Gonna missing everything. 

Errr, tak banyak benda nak hurai. Sebab dah tercicir mana ntah idea nak merapu tu~
Jadi, tacap dengan letak gambar-gambar yang comel ni je :)



Habis je exam, selang satu hari tu. Gerak ke Cairo Airport untuk menghantar kak Nadea pulang ke pangkuan keluarga nya di Malaysia. Memandangkan suami dan anak nya sudah berada di sana, selama sebulan yang lalu atas urusan kerja. Jadi, kerinduan yang membuak-buak menguasai diri. Maka, kak Nadea pun mengambil keputusan untuk pulang lebih awal ke Malaysia untuk bertemu keluarga yang dirinduinya~
*apesal ayat dramatis yang mengarut ni? Haihhh~

ops, posing bdn bengkok.

Jeles! Sebab beliau dah sampai Malaysia! Huuuuu... Takpe, akan tiba jua masa untuk aku~


Lepas dah selesai segala urusan. Kami yang tertinggal ni pun, ambil kesempatan untuk pergi jalan-jalan cari makan. Hehe... 
Destinasi yang dipilih ialah City Star dan Asfur.
Cadang nak pergi Pasar Husin, tapi macam tak puas pergi sekejap je. Lagipun, waktu tu dah nak malam. Pergi mana yang sempat je dulu. Yang lain-lain tuh, pergi lain hari jela XD



Makan dan makan. 
Nothing much to find. Semua orang boleh bajet. *ke aku sorang je? Kalau pergi je shopping complex yang besar macam ni. Lagi-lagi shopping complex mesir plak tuh. Memang tak jumpa lah, Nasi Lemak ke, Mee Kari ke, Sate apatah lagi kan. 
Kalau air plak, memang takde lah Teh Ais? Fresh oren? Laici Kang? Memang tak lah.
Yang ada KFC, McD, Burger King, Pizza Hut, Air pepsi, Coca cola, blablabla.... Kebanyakan nya, fast food dan air bikarbonat lah kan. Ofkos lah.

Alang-alang tu, tak singgah shopping ke?
 Memang tak lah. Setakat pergi market dye tuh... Boleh lah kot. Kalau nak masuk butik ke, kedai kasut ke. Mak aiiihhhh, mahal nak mampus. Ops, terkesat bahasa di situ... Sekadar cuci mata je boleh lah. Heeee~



Kemudian, kami gerak pula ke Asfur. Iaitu suatu tempat yang menempatkan kristal-kristal asli tercantik di dunia. Eh? Betul ke hyperbola ni... Hentam saje lah labu. Labi dah malas nak google. Haha. Mengarut lagi! 

Suasana di dalam Asfur tu sendiri. Mengerlip-ngerlip~


Sebelum pulang, kami membeli sedikit buah tangan umtuk orang yang tersayang di kampung halaman. 
*Haha. Lagi ayat dramatis yang ntah apa-apa




Okaythanxbye!










Mengimbau kembali masa silam memang perit.
Dan mengharapkan peristiwa sebegitu tak kembali menyusul dalam hidup ni.
Sepertimana teka teki Imam Ghazali itu, masa lampau adalah perkara yang paling jauh dalam kehidupan manusia itu.
Mungkin Entry #1, #2, #3  boleh mengingat kan kembali nostalgia itu. dan memberitahu kpd mereka yang taktahu tentang sejarah itu. Ops, hyperbola lagi. 
Walau apa pun, Allah lah sebaik-baik perancang! Sungguh~
Mungkin dahulu aku jahil. Atau pun, Allah nak tunjukkan sesuatu yang lebih baik untuk aku. Adakah aku sedar ataupun tak? Wallahu'alam...
Yakinlah dengan takdir-Nya. Berpegang teguhlah pada-Nya :)
*sebak di dada. Kesat air mata
Bersangka baiklah dengan Allah







Tuesday, September 6, 2011

Selamat Mendaftar Kawan-kawan!!

Salam Aidilfitri!


Selamat Mendaftar di IPTA seluruh negara
khusus kepada rakan-rakan PASUM, SUA, KUSESS, SDAL dll...

Kalau ikutkan, macam nak ikut je hantar korg terus ke U tuh..
Yang dekat Kelantan, Perlis, Pahang, Sarawak lagi~ 
Peh, macam cuti-cuti Malaysia sudah.. Haha...

 Tahniah sebab mendapat tempat di Universiti tempatan..
Belajar elok-elok lah ya!!! 
Jangan sia-sia kan peluang yang ada!

Sesungguhnya..
Sememangnya..
Saya amat mencemburui anda semua!!!
Rasa macam nak nanges okeh...
Tapi, takpe lah kan... Mungkin dah rezeki masing-masing.
Dan juga mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku ni... 
Kita dah bersaing secara sihat pun..

>.<






Sumpah la cakap. Aku sangat lah jeles..
 Tahap PhD aku ni, dah level yang tertinggi
Tetiba rasa menyampah kt semua orang! Haha.. :p


Bila dah mula nak emosi tu kan
Ada suara akan berkata-kata,
" Sudah-sudahlah tu. Tak abis nak emosi je kau ni...
Rezeki dorg kan. Allah tu Maha Adil. Yakin je dengan kehidupan, Qadha n Qadar -Nya.
Perkara lepas tu, jadikan pengajaran! 
Daripada asyik nak ratap je.. Takde guna pun..."


Uhuk-uhuk.....
Ayat nak sedapkan hati je tuh.
Kehidupan aku lepas ni pun, aku tak tahu macam mana..
Hanya mampu berdoa yang segalanya berjalan dengan lancar!! 
Aja Aja Fighting!!!


Nak buat ucapan dedikasi untuk kawan-kawan tersayang....


Yanie
USM (Sains Math)
Maaf lah sebab raya ni tak sempat jumpa. Kte memang tak boleh nak lari dari jadual ziarah raya famili ni. Huhu.. Tapi, sekurang-kurangnya.. Ada jumpa kwn2 SUA lain kan?? Sori sangat-sangat!!!
Kte doakan agar Yanie berjaya kt mana-mana & apa sahaja yg Yanie buat!
You are the best by your own..
Belajar rajin-rajin tau kt USM tuh..
U bertaraf antarabangsa kot... 
InsyaAllah, kalau ada jodoh.. Kita akan berjumpa di lain masa~
PURPLE FOREVER!! Hehe..




Micak
UPM (Mathemathics)
Tahniah jugak ya... 
Inilah budak yang suka menggedik dengan saya kt PASUM dulu..Rindu kau. Taktahu ah dia rindu kt kte ke tak.. Maklumlah, ada 'mambang' kan.. Haha.
Untunglah muka cun. Saya pun tak kurang jugak.. 100 kali cun dari dia!! Haha.. Gurau je lah..
Jaga diri elok-elok tau.. Stay cool with ur 'MD' identity k! Hehe..
Adoi lah! Memang suka betul kacau budak keding ni kan.. :p
Jangan marah ya Micak. Huhu..
Belajar rajin-rajin eh.. I know, your style of study.. Study smart, not too hard.. Kan2?? eH, Salah ke?? hentam saje lah..
Woot.. Woot.. Muuaahhhh!




Faezah
UMK (Sains)
Fae!! Jom makan kuey teow goreng! Ahakzz, rindu kot detik-detik tu.. Sama-sama lapar n kenyang, membongkang atas katil, bersengkang mata sampai pagi utk study, sembang n gosip ntah apa-apa.. Haha..
Semoga dapat suaikan diri kt Kelantan tu dengan segera lah ya!
Harap-harap, tak dapat rum8 yang macam kte ni. Tido je memanjang! Hehe..
Belajar rajin-rajin juga.. Kalau ada peluang apa-apa ke, join lah! Best~ 
Bye2 Faezah!! Keep in touch K!!! 
Muuuahhhhhh juga~




Geng boria~
Anis- UM (Sains Kimia)
Khairi- UKM (sains nuklear)
Bobo- UMP (hacker???)
Nieta- China
Eja- Intec
Ijat- UKM (Science Computer)
Shamil- UM (farmasi)
Ilah- UTeM
Amirul- UM

Itu je antara yang aku tahu..
Aisyah, Emma, Chip, Myra, Madi, Izwan, Nidzhom, Fifi.. Maaflah tak sebut pasal korang.. Taktahu apa U n kos korang.. :)
Kepada geng boria sekalian!!! Selamat menjalani kehidupan ber'degree' lah ya!!
Korang memang selamanya yang terbaik.. Terbaik dari ladang tau! Hehe.
Ampun n maaf ku pohon, andai ada salah dan silap...
Sama-sama doakan kejayaan masing-masing di masa hadapan..
Belajar rajin-rajin.. Jangan lupa kte tau.... Sayang korg!
Ewah, Ewah~






Rakan-rakan PASUM khusus Z2, KUSESS

UM 
(Medic) - Syukran, Zul Luqman, Arep, Ira Haron, 
(Farmasi) - Shamil Arif, Farhana
( Dentistry) - Nabihah Bahari
(Alam Bina) - Afiq Nasir
Alif Mustaqim, Amalina

UKM 
(Medic) - Syafiqah, Nabila
Echah Kusess
Zetty Sofia

UPM
(Medic) - Syahira Najwa

UiTM
(Medic) - Fatima Jalil
Syafiq ChongWei
JIEY, Mahfuzah

UNiMAP
Izzah Azmi

UTem
Hasmaddy, Dolah

UNiMaS
Enan, Pika.
Sabrina Ishak


Itu je lah kot kata-kata ucapan dari aku..
Maaf andai ada universiti dan kos korang yang salah.. 
Andai ada yang tertinggal tu, maaf jugak ku pinta! Huhu...
Maklumlah, kawan nya merata-rata dah.. Ramai sangat.. Haha..
Okeh semua, bebudak 92 khususnya! Belajar rajin-rajin lah ya!! 
Jangan nak asyik sangat lah..
Asyik apa nya tuh?? Ah, pandai-pandai lah fikir sendiri! :p


SelamatBerjuang!!!





Thursday, July 28, 2011

Tak Kalah la, Seri Je



Dah berakhir sudah perlawanan bagi kelayakan Piala Dunia untuk pasukan Malaysia.
Agregat 6-4 dengan pasukan Singapura.

Huh! Begini lah pengakhiran nya kan.
Aku dah cakap sebelum ni, Menang atau Kalah. Dah tertulis pun. Jangan nak ratap sangat lah. Benda dah berlaku. Hehe.





Aku nak ulas panjang-panjang pasal game tadi pun, macam tak sampai hati je. Lagi-lagi, siapalah aku ni nak cakap lebih pasal bola kan.. Dah la pompuan. Sibuk je hal laki ni.
EH! siapa kata?? ah, aku tak kira nak ulas jugak sikit2.. Haha.. Mula-mula tadi rendah diri lah sgt kan..

Memang tak dinafikan kalau setakat nak sumbat 2 gol lagi tu, kedengaran sangat mustahil dan senang~ Tapi, bila dah berhadapan dengan keadaan sebenar. Jadi lain sudah. hehe..
Yela, Bukan kita je ada strategi nak menang. Pasukan lawan pun ada jugak!
Kalau tak caya, tengok jela game tadi tuh..
Memang dikatakan boleh lah bagi anugerah Pelakon Terbaik kt Pemain Singapura. Lagi-lagi Penjaga gol dia! Hampeh je. 
Aku tak tahu lah nape kau org lembik sgt kali ni kan. Asyik jatuh je. Padahal ada ketika tu, takde lah kena apa-apa pun. Pantang orang tu himpit sikit je, dah jatuh kan. Ntah apa-apa punya perangai lah. Tapi, takpelah. Keeper dia pun dah kena kad kuning kan. Haha.. Padan muka! Nak sangat lengahkan masa. Amik kau! :p

Huh! Malaysia pun sama je. 
Pemain kt bahagian pertahanan masih lagi teruk. Aku bukan nya faham sangat pun pasal bola sepak ni. Tapi, aku takdelah jahil sangat pasal sukan. Kebanyakan sukan yang berkaitan dengan bola memang sangat mementingkan kt bahagian pertahanan. Kalau teruk kt part tuh, tak guna jugak walaupun penyerang yg kita ada main gaya tahap dunia punya~ 
Sangat tak seimbang lah kalau macam tuh. Nasib lah ada Khairul Fahmi Che Mat tu, penjaga gol pujaan ramai. Dia banyak menyelamatkan gawang gol Malaysia daripada dibolosi. Sedih woo tgok dia bertungkus lumus. Betapa kental nya semangat beliau. Dengan pertahanan yang agak hampeh. Hehe..


Yeaayyy! Aku dah puas membebel.. 
Apa-apa pun, dari segi persembahan. Singapura memang layak menang. Yela, kalau macam tu lah Malaysia main untuk perlawanan seterusnya, tak payah lah.. 
Buat malu je. Bagi jela peluang kt Singapura-Pura tu. 
Lagipun, game malam ni. Sumpah aku cakap, corak permainan kita memang huduh dan buruk. Tak best langsung. Kecuali aksi gol Safee Sali jela. Hehe..

Okeh2, aku memang tak layak nak hurai lebih-lebih.
Serah pada mereka yang berkelayakan ya.





Sub-Hero Malaya malam ni.
Ok lah, sbb dpt pecahkan telur daripada takde apa-apa langsung~




TERIMA KEKALAHAN HARI INI UNTUK KEMENANGAN AKAN DATANG... 

Tahniah malaysia untuk perlawanan yg hebat dari anda semua





Keputusan Perlawanan Timbal Balik bagi Kelayakan Piala Dunia 2014
MALAYSIA 1-1 SINGAPURA







Friday, July 22, 2011

Penangan Mr. UPU

Pssttt, curi masa kejap nak update blog! Hehe.. 
Sekarang aku kt kedai tgh kerja kot. Tapi, dah memang macam ni keadaan hari sabtu kan.. Yang lengang, kosong dan hambar.. Jadi agak bosan dan banyak masa terluang. Nasib lah aku bawak lappy ni. Dan, untunglah jugak sebab bos kecik aku ni bagi bawa plak.. Hehe. Partner kerja aku, Fatin, mc plak hari ni.. Demam katanya. Keseorangan lah aku dan duduk melangut je. Dan, sekarang ni plak.. Aku betul2 keseorangan sebab bos kecik keluar sekejap, erkk, sejam kot katanya.. Dah bosan lagi.. Haha.. Takpe2, memang tkde orang masuk kedai pun! :p
senang kerja aku.. Hehe.
Apa-apa jelah kan. Yang penting dapat lah masa nk update blog ni.







Sedar tak sedar, dah seminggu jugak lah keputusan UPU berlalu
atau 
Keputusan Permohonan Kemasukan ke IPTA Sesi Akademik 2011/2012 Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf.

Dupp....Dappp.....
Berdebar lah jugak kan, aku dapat pergi mana plak pasni?????
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Aku dapat USSM
Universiti Surirumah Sepenuh Masa
Kos plak Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Rumah Tangga dengan Kepujian

Haha. Bengang je kan. Errr, maaflah aku takde mood nak share dengan lebih lanjut pasal upu, kos dan kt mana aku dapat. Antara aku terima ke tidak tawaran tu. Itu semua urusan aku~
Kepada kawan-kawan yg dah tahu tu, takpelah.. Dah terlepas kan.. Hehe..
Kepada lain-lain yang asyik tanya tuh, MAAF lah! Tau2x.. Janganlah berdendam & menyampah dengan aku plak sebab tak cerita dengan korg.. Huhu.. I'm sorry~ (style Amir RajaLawak)

Nanti lah, bila aku rasa masa tu sesuai dan segala-galanya mengizinkan. Aku post kt blog ni, Ok! hehe. 
Sekarang ni, aku dalam keadaan yang stabil lah jugak. Dah tak terumbang-ambing waktu dpt result asasi dan keputusan upu tu keluar macam dulu-dulu tuh. 
Tapi, macam terasa kesal dan rugi sedikit lah kot. Sebab apa? Ntah lah. Tapi, kan ke takdir kita dah tertulis. Allah dah tentukan kehidupan kita cmne kan. Tapi, tak bermaksud, kita hanya perlu duduk diam sahaja dan tunggu takdir tu jalan sendiri. Kena lah ikhtiar kan~ 

Alhamdulillah, Aku bersyukur.
InsyaAllah, aku dah ikhtiar.








Yang dah berlaku tu, jadikan pengajaran dan pedoman.
Ada peluang kedua, jangan sia-siakan.
Buang yang keruh, ambil yang jernih.

Di kesempatan ini, aku nak lah juga ucapkan 
TAHNIAH!!!
kepada rakan-rakan seperjuangan yang dapat kos terbaik n mencabar,
serta sambung belajar dan teruskan perjuangan di Universiti tempatan sama ada awam atau Swasta~
kepada yang dapat kos 'lelong' tu, terima lah seadanya. Mungkin ada hikmah atas segala apa yang terjadi kan.. InsyaAllah~
Allah kan Maha Adil dan Lebih Mengetahui..


Okeh, kawan-kawan!
Hidup ni kena lah 'ENJOY'!!! Haha..
Chill-lex sudah~   

http://www.emocutez.com








Tuesday, May 24, 2011

When I think, I`m useless..





Without Allah, we are nothing. 
Always ask for His forgiveness for all ur wrongdoings!
Don`t be too arrogant by ignore Allah. Especially, when you are happy..
0h my... My english is so suck beb! 
Just let myself to do this.. Otherwise, my english will be always suck and bad. So, i`ve to practice often.. Thanx to support me..




Right now!! I really need somebody to be here with me! 
And, HUG me tightly...
Lend her shoulder and let me cry... 
Ya Allah, Help me to be stronger. I just really can`t face this situation by myself! 
Please someone.. I can`t bear it any more..
Keliru, bimbang, Risau, Sedih..


Kata-kata semangat kau mana weh?!
Just stop  it, 0k!
Be strong girl! And, Stop crying.. 
Look forward n stop that negative thinking..
Pray harder to Allah
May Allah always bless us





Friday, April 30, 2010

.sUraT cInta uNtuK hAti.



SaLaM......

Surat ini kutujukan untuk hatiku dan
hati sahabat-sahabat tercintaku yang
kerap kali terisi oleh cinta selain
dariNya, yang mudah sekali terlena
oleh indahnya dunia, yang terkadang

melakukan segalanya bukan keranaNya,
lalu di ruang hatinya
yang kelam merasa senang jika dilihat
dan dipuji orang, entah di mana
keikhlasannya. Maka saat merasakan
kekecewaan dan kelelahan kerana

perkara yang dilakukan tidak
sepenuhnya berlandaskan keikhlasan,
padahal Allah tidak pernah menanyakan
hasil. Dia akan melihat kesungguhan
dalam berproses.

Surat ini kutujukan pula untuk jiwaku
serta jiwa sahabat-sahabat tercintaku
yang mulai lelah menapaki jalanNya
ketika seringkali mengeluh, merasa
dibebani bahkan terpaksa untuk

menjalankan tugas yang sangat mulia.
Padahal tiada kesakitan, kelelahan
serta kepayahan yang dirasakan oleh
seorang hamba melainkan Allah akan
mengampuni dosa-dosanya.

Surat ini kutujukan untuk ruh-ku dan
ruh sahabat-sahabat tercintaku yang
mulai terkikis oleh dunia yang menipu,
serta membiarkan fitrahnya tertutup
oleh maksiat yang dinikmati, lalu di
manakah kejujuran diletakkan? Dan kini
terabailah sudah nurani yang bersih,
saat ibadah hanyalah sebagai rutin
belaka, saat jasmani dan fikiran
disibukkan oleh dunia, saat wajah
menampakkan kebahagiaan yang penuh
kepalsuan. Cuba lihat disana! Hatimu
menangis dan meranakah?

Surat ini kutujukan untuk diriku dan
diri sahabat-sahabat tercintaku yang
sombong, yang terkadang bangga pada
dirinya sendiri. Sungguh tiada satupun
yang membuat kita lebih di hadapanNya

selain ketakwaan. Padahal kita
menyedari bahawa tiap-tiap jiwa akan
merasakan mati, namun kita masih
bergulat terus dengan kefanaan.

Surat ini kutujukan untuk hatiku dan
hati sahabat-sahabat tercintaku yang
mulai mati, saat tiada getar ketika
asma Allah disebut, saat tiada sesal
ketika kebaikan berlalu begitu sahaja,
saat tiada rasa takut padaNya ketika
maksiat dilakukan, dan tiada merasa
berdosa ketika menzalimi diri sendiri
dan orang lain.

Akhirnya surat ini kutujukan untuk
jiwa yang masih memiliki cahaya
meskipun sedikit, jangan biarkan
cahaya itu padam. Maka terus kumpulkan
cahaya itu hingga ia dapat menerangi
wajah-wajah di sekeliling, memberikan

keindahan Islam yang sesungguhnya
hanya dengan kekuatan dariNya "
Ya..Allah yang maha membolak-balikkan
hati, tetapkan hati ini pada agamaMU,
pada taat kepadaMu dan dakwah di
jalanMu "

Wallahualam bisshawab

Semoga dapat membangkitkan iman yang
sedang mati atau jalan di tempat,
berdiam diri tanpa ada sesuatu
amalanpun yang dapat dikerjakan.

Kembalikan semangat itu sahabat-
sahabat tercintaku.. ... Ada Allah dan
orang-orang beriman yang selalu
menemani di kala hati "lelah".





-paste dr bl0g 0rg lain.... hehehe..
harap maaf wahai empunya p0st...
sma2 kita hayati... -