Showing posts with label bola. Show all posts
Showing posts with label bola. Show all posts

Tuesday, February 14, 2012

Rindu pada VIVA Selangor saya ini =(


Di kejauhan ini, saya hanya mampu melihat ulang tayang video gol pasukan Selangor di youtube sahaja.. Waaaaaa, saya nak tgok yg LIVE punya untuk merasai kehangatn kejayaan Selangor itu.. Macam lagi best je kalau dapat pergi Stadium Nasional Bukit Jalil tuh!
Urggh, apakah yang aku skema sgt ketika ini? Haha...

Apa pun, aku rindu weh!
Nak tgok bola secara Siaran Langsung.. Sama ada kt TV ataupun kt Stadium. Huhu..
Siapa dapat bagi aku peluang camni? Huh, tak dapat lah nadia oi.... Jangan nak bermimpi di siang hari.
Nah! ini lah antara video ulang tayang yang aku mampu tengok!






Wow!!! memang terbaik Safiq Rahim dengan Bosko... Sangat superb, sebab semuanya jaringan di luar kotak penalti. Boleh lah dikatakan sebegitu. Okay, aku tahu aku jahil dalam bola sepak. Tapi, apa yang aku nampak umpamanya begitulah. Jarak dorang dari gol memang jauh dan cubaan yang sangat tepat serta menarik perhatian! Auuuwwwww~ 
Saya rindu itu semua.... Huhu.

Sudah-sudah lah tuh.
Sekurang-kurangnya dapat tengok sedutan gol tu kan. Takde lah kempunan sangat. Dapat jerit sorang-sorang dalam bilik ni pun jadilah kan. Hehe...



berpelukan lah korg. Hurmmmm.....




Keputusan akhir Selangor vs Kelantan [Liga Super] ialah;
2-1
Yeayyy!! Selangor saya menang! 
Alaaaa, ada banyak lagi perlawanan lain. Kita nantikan apa plak prestasi Selangor lepas ni. Memang aku akan sentiasa mengikuti kot. huhu... =)




Pemain pujaan ku Amri Yahyah forever!
Kapten kegemaran semua dan setia kt Selangor je tau.
Red Giant selamanya. Haha.
Inilah jadinya kalau dah fanatik sangat kan... :p


rajin aku update blog sekarang ni kan..
Whatever lah~
Biochem ouh Biochem. The next paper i'm going to sit. InsyaAllah....







Thursday, July 28, 2011

Tak Kalah la, Seri Je



Dah berakhir sudah perlawanan bagi kelayakan Piala Dunia untuk pasukan Malaysia.
Agregat 6-4 dengan pasukan Singapura.

Huh! Begini lah pengakhiran nya kan.
Aku dah cakap sebelum ni, Menang atau Kalah. Dah tertulis pun. Jangan nak ratap sangat lah. Benda dah berlaku. Hehe.





Aku nak ulas panjang-panjang pasal game tadi pun, macam tak sampai hati je. Lagi-lagi, siapalah aku ni nak cakap lebih pasal bola kan.. Dah la pompuan. Sibuk je hal laki ni.
EH! siapa kata?? ah, aku tak kira nak ulas jugak sikit2.. Haha.. Mula-mula tadi rendah diri lah sgt kan..

Memang tak dinafikan kalau setakat nak sumbat 2 gol lagi tu, kedengaran sangat mustahil dan senang~ Tapi, bila dah berhadapan dengan keadaan sebenar. Jadi lain sudah. hehe..
Yela, Bukan kita je ada strategi nak menang. Pasukan lawan pun ada jugak!
Kalau tak caya, tengok jela game tadi tuh..
Memang dikatakan boleh lah bagi anugerah Pelakon Terbaik kt Pemain Singapura. Lagi-lagi Penjaga gol dia! Hampeh je. 
Aku tak tahu lah nape kau org lembik sgt kali ni kan. Asyik jatuh je. Padahal ada ketika tu, takde lah kena apa-apa pun. Pantang orang tu himpit sikit je, dah jatuh kan. Ntah apa-apa punya perangai lah. Tapi, takpelah. Keeper dia pun dah kena kad kuning kan. Haha.. Padan muka! Nak sangat lengahkan masa. Amik kau! :p

Huh! Malaysia pun sama je. 
Pemain kt bahagian pertahanan masih lagi teruk. Aku bukan nya faham sangat pun pasal bola sepak ni. Tapi, aku takdelah jahil sangat pasal sukan. Kebanyakan sukan yang berkaitan dengan bola memang sangat mementingkan kt bahagian pertahanan. Kalau teruk kt part tuh, tak guna jugak walaupun penyerang yg kita ada main gaya tahap dunia punya~ 
Sangat tak seimbang lah kalau macam tuh. Nasib lah ada Khairul Fahmi Che Mat tu, penjaga gol pujaan ramai. Dia banyak menyelamatkan gawang gol Malaysia daripada dibolosi. Sedih woo tgok dia bertungkus lumus. Betapa kental nya semangat beliau. Dengan pertahanan yang agak hampeh. Hehe..


Yeaayyy! Aku dah puas membebel.. 
Apa-apa pun, dari segi persembahan. Singapura memang layak menang. Yela, kalau macam tu lah Malaysia main untuk perlawanan seterusnya, tak payah lah.. 
Buat malu je. Bagi jela peluang kt Singapura-Pura tu. 
Lagipun, game malam ni. Sumpah aku cakap, corak permainan kita memang huduh dan buruk. Tak best langsung. Kecuali aksi gol Safee Sali jela. Hehe..

Okeh2, aku memang tak layak nak hurai lebih-lebih.
Serah pada mereka yang berkelayakan ya.





Sub-Hero Malaya malam ni.
Ok lah, sbb dpt pecahkan telur daripada takde apa-apa langsung~




TERIMA KEKALAHAN HARI INI UNTUK KEMENANGAN AKAN DATANG... 

Tahniah malaysia untuk perlawanan yg hebat dari anda semua





Keputusan Perlawanan Timbal Balik bagi Kelayakan Piala Dunia 2014
MALAYSIA 1-1 SINGAPURA







Wednesday, July 27, 2011

Go Harimau!!!

Ceh! tetiba nk semangat plak malam-malam buta ni. 
Semua org dah nak mimpi sampai ke bulan.. Kau plak dok berkobar-kobar tak tentu pasal~ 
Huhu.. Biar ah, aku sangat sayang kt Pasukan Terbaik-Terganas-Terbagus aku ni.
Korg kalah ke, menang ke.. Aku tetap sokong.
memang aku akan ikuti perkembangan dorg. Kena kutuk apa pun, main cam hampeh ke.. Aku masih setia tau!! Hehe..
Main betul-betul tau!
Walaupun tak dapat pergi stadium nak tgok secara live, tp takpe lah..
tgok kt TV je pun dah kira ok.. Daripada tak dapat tgok langsung.. Memang tak jadi apa lah kan.. Hehe.. 




Abang Mofasad, saya pinjam gambar eh!
Gambar-gambar abang tu semua nya cantik menarik n de bomb... Huhu.




Aku doa agar Pasukan HARIMAU ni akan mengaum di bukit Jalil nanti.
Jangan biarkan penyokong tegar anda ini meraung eh!!




SEMOGA BERJAYA..
Auuummmmmm!!!




Kalah ke menang. Terima jelah~
Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Dan, beri lagi peluang untuk perbaiki mana yg kurang..
Harap-harap kombinasi Pemain Pertahanan akan mantap esok!!

Wednesday, July 13, 2011

Dijinakkan Arsenal

Huh?! Malam td tertido awal plak! Hehe.
Bajet nak tgok bola lah sgt kan. Last2, bola yg tgok dia! 
Terbangun balik dalam pukul 1 pagi camtu. Memang tak jadi apa dah kan. Tak tahu menahu apa yg terjadi. Tutup lappy, sambung tidur balik.. Hehe. 
Lepas tu, bangun pagi-pagi ni... Rajin plak nak conteng-conteng kt blog~ Pelik sungguh perangai.
Lepas  tu, dok usah fb. Nak tahu apa yg jadi dgn game malam tadi.
Errrr, memang agak kena belasah lah pasukan kebangsaan kan.. Hehe.
Tapi, nak buat macam mana. Banyak lagi kelemahan dan kemahiran yang mereka kena perbaiki. Kalah pun, takpe jela. Sekurang-kurangnya, pengalaman tu. Ingat senang ke dapat main dengan kelab Liga EPL English tu? Hehe.. Bravo!Bravo! :)

Keputusan perlawanan persahabatan
Malaysia 0-4 Arsenal


Siapa yang tak sempat tgok lah kan.. Nah! sedikit sedutan gol-gol malam tadi.. Sobsss3x!! :`(


Meh pergi tonton kt sini~

Agak nampak seperti pemain kita diperkotak-katikkan di situ.. Huhu..
Kesian plak aku tengok penjaga gol Malaysia ni. Bola yg lepas semua nya yang tak diduga. 
Sudah lah. Tumpu 23 Julai nanti jela. Syok sikit! Lawan jangan tak lawan~


Ok, nak bebel pasal tu je kot..
Nak pergi tengok tv jap sebelum gerak pergi kerja~
Daaaaaaa.....









Sunday, June 12, 2011

Yeahhh!! Terengganu menang, Kelantan tak menang! :p







Pertembungan Piala FA 10/11 antara KELANTAN & TERENGGANU malam tadi, memang hebat! Hurm, boleh tahan lah jugak. Walaupun pada mulanya, agak hampeh dan hambar. Tapi, disebabkan aku nak jugak tgok siapa yang menang dan nak tahu adakah Kelantan merupakan pasukan itu. Aku sanggup tunggu hingga perlawanan habis!!! Haha..
Dah la waktu tu aku berada di rumah atuk sebab ada lah kenduri sikit sempena kandungan mak cik yg berusia 6 bulan tuh. Huhu. Ish, atuk aku ni pun. Waktu org nk tgok bola ni lah, dia nk buat kenduri kan. Spoil betul lah! Hehe.. Nasib baik malam tu buat kenduri lepas maghrib dan hidangan makan utk malam tu plak ialah NASI AMBENG versi Melayu yg dijawakan! Haha.. Agak lain sikit drpd sebelum2 ni.. :p



Pinjam gambar dari org. Terjumpa kt google! :)

Tetiba nk cerita psl nasi Ambeng plak dah. Hehe.. Sopo nang kene wong jowo. Reti po orak, gawe nasi ambeng ki?? Bhahaha.. keluar bahasa jawa lagi.. Ok2, back to the story..
memandangkan mlm tu buat nasi ambeng.. Jadi, pinggan mangkuk yang perlu dibasuh adalah sedikit bilangan nya. Aku nk basuh pinggan?? Ktorg kt sini, klu bab basuh2 ni. Bagi kt lelaki! Hehe.. Maka, aku terlepas! yeayyy, boleh tgok bola dgn aman. Tapi, abah aku usik plak mlm tu. 
'Eh, mana ada perempuan tgok bola. Lelaki je boleh. Pergi basuh pinggan lah sana.'

Aku buat tak endah. Anak tak makan saman betul kan.. Hehe. Alaaa, ramai je org lain kt dapur tu boleh tolong basuhkan.. Dipendekkan cerita, bukan abah mahupun adik lelaki aku yg basuh pun.. Tapi, Pak Cik aku yg nk wt kenduri tu yg basuh berdua dgn isteri dia. Huhu.. Kami yg kt depan tv tu memang x bleh tahan dah. Melekat je la kt depan tv tu.. Hehe.. Maaf lah sbb x tolong! :p



Tak semestinya, kalau tgok bola kena sokong salah satu pasukan yg tgh bertanding tu kan. Tapi, secara tersurat nya, aku tak sokong mana-mana pihak pun. Manakala, secara tersirat nya pula aku mcm 'tersokong' terengganu plak dah! Haha.. 
Yelaaa, tahu kan yg aku ni Selangor fc DIE-HARD fan punya! Haha. Mana x sebal hati kalau pasukan pilihan tak masuk final kan.. Lagi-lagi hari tu separuh akhir dgn Kelantan. Lagi lah dendam kan.. Cewah! Hehe.. Pak Long jgn marah.. Huhu..



Barisan pemain KELANTAN




Barisan pemain TERENGGANU



Bukan nak kata apa lah kan. Dah memang rezeki Terengganu malam tu. Semua bola yg gol adalah waktu-waktu 'last minute' punya. Huhu.. Tu lah penyokong Kelantan, siapa suruh baling mercun ke arah penjaga gol Kelantan. Tak pasal-pasal perlawanan terpaksa dihentikan selama 4 minit lebih dan tambah masa kecederaan lagi. Memang untung lah kau Penyu! Huhu...
Lagi-lagi apabila pemain Kelantan tertanduk bola ke gol sendiri dan membuatkan Terengganu mendapat Gol pertama dan mnjadikan kedua pasukan seri pada 'last minut' tu. Niat dia nak tanduk keluar. Tapi, tersalah target kot! Hehe.. Nasib lah kan.
Aku rasa, hero malam tu adalah penjaga gol Terengganu kot.. Hehe.. Sebab apa eh? Gaya terbang dia yg kiut tu kot! Khairul Fahmi tak boleh lawan gaya Sharbinie Alwi kalau bab2 terbang ni. Haha. 

Dengan keputusan penuh malam tu.
TERENGGANU 2-1 KELANTAN
Memang membuatkan aku melompat-lompat lah jugak! Hehe. Sebab yg pasti. Bukan kelantan yg menang. Cewah! mentang-mentang kelantan tu musuh tradisi kau kan. Suka lah tu. :p










Tapi kan, Terengganu yg menang. Kelantan yang cuti. Hehe.. Apa-apa jela. Cukuplah hurai cerita ni. Tak perlu nak seronok dgn pasukan org plak. Huhu.

Dan, aku tabik dgn stamina pemain-pemain bola ni. Main selama 120 minit kot, iaitu lebih kurang 2 jam jgak lah dorg kt padang tu berhempas pulas tenaga dan keringat. Kalau selalu 90 minit je kan. Fuhhh, memang terbaik! kuat dan hebat. Yela, padang tu dah lah besar. Kena lari ke sana sini n kejar bola lagi. Hehe.. Org biasa-biasa memang tak mampu..
Tapi, yang aku tak tabik ialah banyak sangat kad kuning yang dilayangkan malam tu. Kalau tak silap aku, 12 kot.. Woo!! ni main ke pesta kad kuning? Hehe.. Kalau tgok dari segi permainan pun, memang nampak hampeh. Siki-sikit nk bentes kaki org kan. Ganas betul main. Liga Inggeris xde plak main cmtu. Ok je. Ini tidak, org sepak bola. Dia pergi sepak kaki org. Ntah pa per~



Apa-apa pun, tahniah lah terengganu ye.......