Showing posts with label Diri. Show all posts
Showing posts with label Diri. Show all posts

Friday, November 29, 2013

Sebulan


Sebulan berlalu.
Empat minggu yang sudah berlaku. 
Akan bermula pula minggu yang baru.
Fuhhhh~




Sebulan sudah berada di tahun tiga.
Ya, memang tak dinafikan. Masih lagi agak terumbang-ambing. Masih mencari rentak kehidupan di tahun tiga. Bebudak cakap, masih lagi 'lost'. Masih tak jumpa jalan yang lurus ke hadapan. Terhuyung-hayang lagi. Ahah. Begitu lah analogi nya. Memang tak dinafikan jugak diri terasa agak lambat untuk mencari momentum kehidupan di tahun tiga ni. Nak seimbang kan gaya hidup yang seimbang lagi stabil, masih lagi tak nampak bayang. Masih lagi kelam kabut.  
*Mungkin tiada perincian perancangan kot? Ok, salah diri sendiri lah ni? Ouchhh, kbai.

Alhamdulillah tahun ni, jadual kuliah mingguan mengambil masa selama 5 hari seminggu. Yang bermaksud, ada 2 hari cuti yang perlu dimanfaatkan sebaiknya. Berbanding dengan tahun lepas yang cuti sehari je, dan agak rasa macam, EH? esok dah start kuliah semula... *nanges* Waktu sehari cuti tu lah nak settle kan macam-macam perkara. Waktu sehari cuti tu lah ada macam-macam yang berlaku. Cuti pun, macam tak cuti je. Eheh. 
Ada pro dan cons jugak lah cuti dua hari atau sehari je seminggu. Huhu. Harap dapat manfaatkan sebaiknya.

Sebulan berlalu. 
Menghadiri kelas-kelas subjek baru. Dengan suasana sekeliling baru. Hurm, boleh tahan. Boleh tahan mencabar lah jugak. Sedikit kaget. Huhu. Otak mengambil masa yang agak lama untuk berjinak-jinak dengan kenalan baru dia ;)
Pharmacology
 Microbiology
Parasite
dan Pathology
. Ouh hai, selamat berkenalan 4 kawan baru sesi tahun tiga *kenyitmata* 
Moga kita ada keserasian yang kuat hingga akhirnya ya. Harap sangat saya dan awak-awak 'kenalan baru' ni sentiasa berganding bahu mencapai kejayaan bersama. Sila beri komitmen yang tinggi kepada saya k. Eh? Hehe. 

Suka gambar ni. It's kind of nostalgic ekcelli.
Whiteboard + chalk <3 td="">

Sebulan sudah berada di Mesir, jauh dari keluarga.
Fuhhh, memang tak sedar cepat je masa berlalu. Sebulan adalah masa yang agak lama untuk berjauhan. Rasa macam boleh je lah, bawa diri jauh-jauh ni. Tapi, kekadang tu entah lah. 
Haihhh. Lemah sungguh. Dah nak masuk tahun ketiga pun, lembik lagi. Haihhh. Tapi, macam dalam entry sebelum ni. Hati keras membatu. Ekcelli tak dapat nak nanges mana pun. Dah kebal kot. Cuma kekadang tu, dok bukak laptop termenung tengok gambar famili  lama-lama tu. Biasa jela buat. Huh. Rinduuuuu~
In shaaAllah, walau jauh di mata namun dekat di hati. Moga titipkan doa yang berpanjangan, mohon Allah jaga mereka untuk kita ;) Hurm hurm hurm... Macam nak balik sekejap malam ni, nak peluk cium semua orang. *ok, memang jarak Mesir dan Malaysia ni sejengkal je. Eheh *

Walaupun baru 4 minggu sudah berlalu. Terasa macam dah banyak benda berlaku. Macam dah duduk lama 5 bulan macam tu dah kt Tonto ni. Sebab dah buat macam-macam.
Belajar dalam kuliah pun macam dah nak habis buku volume 1 tu.
Nak cakap nya, banyaaakkkk dah ni nak kena 'catch up' studi nya. Tapi, masih tak sedar diri. Oucchhh.


In shaaAllah untuk tahun tiga ni akan mengaktifkan study group dengan mereka.


Memperkenalkan ahli GBS kami. 
GBS yang bermaksud 'Geng Budak Studi'. Eceh~ Sila segan.
In shaaAllah moga ahli group ni seiring dengan nama yang diberi. Tentang hasilnya tu, biar Allah yang tentukan. Kerja kita sekarang ialah usaha, usaha, dan usaha! Wallahu'alam.



Done sharing a.k.a mengarut.
Let's walk the talk.
Oyeahhhh!






Saturday, November 23, 2013

Tanpa disedari, menangis itu juga suatu NIKMAT



Allah sedang menegur kita. Lalu di basuhnya hati kita. 
Dan airnya mengalir melalui mata. Jadi lah air mata. 
Moga air mata itu adalah tanda kesedaran.

[quoted from Aku Islam]

Hurm. Tanpa kita sedar, air mata yang mengalir itu juga suatu nikmat. Allah cipta air mata atau tangisan untuk melegakan hati kita.
Jadi, agak menyedihkan lah bila nikmat menangis tu ditarik untuk seketika :'( Na'udzubillah.
Sedih tapi tak boleh menangis. Macam mana tu? Perit. Sakit. Pahit. Untuk telan semua tu.

Hakikatnya, itu lah yang aku sedang lalui sekarang.
Taktahu kenapa dah susah nak nangis. 
Taktahu kenapa suka pendam perasaan.
Taktahu kenapa macam dah lelah tenggelam dengan kesedihan.
Dah lali dengan keperitan.

Kadang terfikir.
Allah dah taknak tegur aku ke? Allah dah tak itu ke? tak ini ke?
Kadang monolog dalaman sampai begitu sekali.
Astaghfirullah. Mohon bersangka baik selalu dengan Allah.
Mungkin ada hikmah di sebalik situasi ini. Yakin dengan Allah.
In shaaAllah ada hikmah! Cari lah hikmah tu. Cari Nadia cari!

Aku bukan nak jadi orang yg 'heartless'.
Bukan takde perasaan. Aku ada banyakkkk perasaan kot. Macam-macam ada.

Mesti tak faham dengan apa yang aku cuba sampaikan

Hurm.
Kadang tuuuuu, macam tak faham dengan diri sendiri.
Kadang muhasabah diri. 
Kadang paksa diri.

Apa yang Allah sedang nak ajar aku ni?
Apa hikmah di sebalik semua ini?
Geram dengan diri sendiri. Kuat sangat ke diri tu? Tabah sangat ke nak hadapi semua tu? 
Allah Allah. Mungkin bukan macam tu. Mungkin diri dah betul betul faham di mana kesedihan yang sebenar-benar nya. Mungkin Allah dalam proses nak tegur diri kita. Tapi berlainan cara nya.
Andai ada badai menimpa, tak mudah untuk hanyut lebur begitu sahaja. Ya, kehidupan ini tidak mudah. Pelbagai dugaan dan pancaroba duniawi. 
Mungkin Allah tarik sementara nikmat menangis ini untuk suatu tangisan yang lebih baik dan bermakna pada masa akan datang. In shaaAllah.
*eh? tetiba sebak dan kelopak mata bertakung. Fragile nya hati... Haaaa, kan dah cakap aku ni orang yg banyak perasaan*


Berbalik pada ayat chenta Allah dalam surah An-Najm, ayat 43 yang berbunyi begini;
" Dan Sesungguhnya Allah lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis. "

Hurm refleksi diri lagi. Urghhh. Banyak nya khilaf diri.
Bila lah rasa nak konsisten ni. Banyak nya lah kejahilan dalam diri. Pfttt pfttt pfttt~

Doa lah banyak-banyak kt Allah. Mintak supaya dikembalikan semula nikmat yang satu ni. Aku sedar je. Manusia ni tak punya apa-apa tanpa Allah. Bila ditarik satu nikmat yang kecil, menangis je pun. Dah mula nak rujuk, mencari di mana Allah. Padahal Allah sentiasa ada untuk kita. Tiap saat. Tiap waktu. Cuma manusia je yang selalu alpa, lupa diri. *okay nak nanges. Tapi, hati keras membatu. Tangisan yang terbantut*
Moga diberikan hati yang baru.
Hati yang lebih fragile untuk Allah. Untuk mudah terima HIDAYAH-Nya khususnya. 
Sakit kan? Bila hati tak dapat rasa apa-apa yang sepatutnya kita rasa.

Tapi kan, macam bahaya je bila terlebih rasa. Sikit-sikit terasa itu. Sensitif sana sini. 
Haihhh, tak boleh jugak. Yang ni lagi parah nak jaga. Hehe.

Jadi, mohon diberikan kesederhanaan dalam berperasaan in shaaAllah. Takut je bila diuji sebegini antara tanda kita makin jauh dengan Allah =( Na'udzubillah. 

Okay, mari menangis hanya kerana Allah.
Moga Allah redha.
Moga diberikan tangisan yang lebih bermakna.

xoxo
Assalamu'alaikum.


Orang yang menangis, tidak selamanya akan terus menangis. 
Bila tepat waktunya, tangisan tersebut Allah Ta’ala akan gantikan dengan rasa bahagia..

Wallahu'alam :)



Monday, October 22, 2012

Saya Pelajar Tahun Dua =.=


Alhamdulillah >.<
Jadi 'budak 2nd year' dah sekarang. Senior kepada adik-adik 1st year. Eceh, konon :p
Bajet senior lah sangat kan? Pengalaman tak banyak mana pun. Cakap arab pun berterabur lagi. hukhuk~ Sila sedar kekurangan diri. Hehe.
Sedar tak sedar dah sebulan lebih jugak lah duk bermastautin di Mesir ni. Dan dalam tempoh tu jugak, ke hulur ke hilir, ke sana ke mari... Dah sebulan rupanya ulang alik ke ghamaah (sila baca: universiti), untuk ke kelas. Dan perasan ataupun tidak, dah banyak subjek kena study dan ulang kaji. Hoho. Perasan ke tidak kak oi? Oucchhhh~




Nak promote jadual kelas.
Hurm, banyak sungguh cabaran jadual kelas tahun ni. Semua benda nak clash lah, itu lah, ini lah. Haihhh, bukan nak mengeluh tapi inilah realiti sistem pengurusan di Mesir. Kurang sistematik. (Ehem2, bukan nak kutuk ke apa. Tapi, itulah realiti) Hehe. Kena banyak bersabar. Takpe, waktu macam ni lah kita dapat belajar pelbagai perkara. Kan?! Lari ke sana, lari ke sini. Jumpa dokter tu, jumpa professor ni. Kalau kena marah dengan dokter tu, dah jadi 'alah bisa, tegal biasa'... Hehe. Sebab, kalau bukan kita sendiri yang gerak kan. Memang tak jalan lah. Kalau dok melangut tunggu jadual tu bertukar sendiri. Huh?! Berterabur semua orang dalam kelas tu. 
Kuliah ntah ke mana, lecturer pun lagi lah.. >.< alih-alih, kena marah balik sebab tak dtg kelas. Padahal?!! Hehe. Apa-apa jela...
Tapi, Alhamdulillah. Setelah mengharungi ribut taufan badai dan bermacam lagi lah... (Hiperbola sungguh...) Semua nya dah selesai. Setakat ni, itulah jadual yang kekal untuk group kitorg. Yg terdiri daripada 38 akhawat dan 2 ikhwah. Hoho. Ktorg dah mcm dlm kelas sekolah perempuan. Seronok. yeayy, girls power. Hehe...




Hurm, pasal buku. Kalau ikutkan, kena bayar yuran dulu baru boleh amik buku. Tapi, ada department yang dah terlepas bagi. Hehe. Sebab coordinator Malaysian Student tu lambat bagi notis kt setiap department. Jadi setakat ni 2 subjek yang tough tu, dah dapat. Lagi dua subjek yang tak kurang tough nya jugak tu, lepas bayar yuran baru boleh amik. Jadi, setakat ni guna buku senior dulu.
Hendak seribu daya, taknak seribu dalih~ Huhu...



Awal tahun ni, sebenarnya takdelah sibuk mana pun. Tapi, yang dok kejar masa ke sana ke mari tu sebenarnya banyak masa MENYIBUK je. Haihhh~ Hehe.
Wallahu'alam. 
InsyaAllah, masa yang aku guna untuk aktiviti selain akademik tu. Moga ada nilai nya di sisi Allah. Banyak tanggungjawab dan amanah yang aku pegang tahun ni. Kalau boleh nak tolak, tapi entah lah. Allah gerak kan hati untuk terima je. Tapi, sebenarnya pada masa yang sama. Aku tahu dan risau kalau-kalau tak dapat nak laksanakan semua nya. Setakat ni, ada je tugas yang tak terlaksana dengan baik nya. Mungkin dari segi pengurusan sendiri ataupun pihak yang satu lagi. Yang tu mungkin akan di perbaiki dari masa ke semasa.
Moga aku dapat mencari sepenuh kekuatan untuk menempuh kehidupan Tahun 2 ni. 
Dengan meletakkan sepenuh pengharapan kepada Allah. 
ALLAH kan ada  ^___^





Aku akui,
 cabaran sebagai pelajar tahun 2 ni adalah berbeza ketika bergelar sebagai pelajar tahun 1. (Ouh, awat ayat skema sgt ni. Ewahhh.... )
Tapi, masih menuju matlamat dan cita-cita yang sama. Untuk mendapat result MUMTAZ=excellent student!


Jap, nak amik balik status yang di update lepas Dismed malam tadi~
-2nd year is not for honeymoon year. 
-Jangan terus berada dlm zon yg selesa, kerana tiap tahun pengajian tu. Mempunyai cabaran yg berbeza.

-Tak pernah dlm dunia ni, bila mana kita makin melangkah ke atas... Cabaran kehidupan tu makin senang. 

- Subjek tahun 1, membantu tahun 2.. Tahun 1+2 bantu ketika tahun 3. Dan seterusnya... Jadi, jangan cepat futur kalau tersungkur di tangga2 tuh. Allah nak bg peluang kpd kita untuk betul2 bersedia. Setiap yg menimpa diri kita mungkin ada hikmahnya. 

Nmpk tak Allah syg kt kita.


-Akhir kata, moga kita diberi kan kekuatan hingga ke akhirnya... Ameeennn~


Tu je yang aku dapat dan terus nukilkan di muka buku. Hehe... InsyaAllah akan terus terpahat di minda dan hati sampai bila-bila. Amboi~ :)
Oucchhh.. Jadi, tekadkan matlamat. Mantapkan usaha dan tawakal.
Belajar dari kesilapan lalu.
Okeh, yang tu semua orang tau. Tapi, tak ramai yang nak istiqamah. Hurm, muhasabah diri! 
Okay, cukup lah tu. Tulis panjang-panjang macam ada orang nak baca. Ish3x...
Perjalanan masih jauh lagi tu~
Kekalkan momentum. 
Jangan terus pecut di permulaan garisan, takut nanti pancit bila dah nak sampai ke garisan penamat. Tapi, maintain dan cool je okeh!
ALL THE BEST. Muaahhh~




Ouh, terasa poyo di situ~
Nak tunjuk tempat baru meja study di rumah baru. Huhu..
Ter'kebetulan' semua lapik meja, drawer, cadar katil, bekas air, manila kad kt dinding tu dll jugak semua kaler PINK. Suka kaler merah, tapi banyak benda yg available kaler pink je. Euwww, extra-feminin plak tetiba. Hehe..


Tutup cerita. JOm lah kiter bukak muka buku yang sebenar-benarnya pula ya.


Friday, June 15, 2012

SENTAPan minda dan logika; kenapa lah tak boleh tgok drama Korea ni? Betul ke haram?



Korea/k-Pop = HARAM? DOSA? LAGHA?
.
.
.




































































































































MUSLIMAH KITA DAN DRAMA KOREA



Ini suatu isu yang bagus untuk ditulis bahkan sebenarnya perlu untuk menyedarkan sahabat-sahabat kita terutama MUSLIMAH yang begitu obses dengan drama Korea. 

Bagi memastikan entri ini ringkas dan tidak terlalu panjang, maka adalah lebih wajar untuk ditulis khusus kepada skop yang dimaksudkan sahaja. Bermakna, bukanlah untuk berbicara tentang hukum menonton filem, melihat pelakon dalam drama dan sebagainya. Skop yang dimaksudkan adalah, fenomena MUSLIMAH kita yang ‘tersampuk’ KEGILAAN menonton drama Korea dan juga meminati para pelakonnya secara berlebihan.
ASAS

Mengapa perlu dibincangkan tentang drama Korea sahaja?
Mengapa tidak dikaitkan sekali filem-filem Melayu, filem-filem Hollywood, Bollywood, sinetron Indoneia, filem-filem aksi dari China dan sebagainya?

Memang benar, ramai juga yang obses atau fanatik dengan filem komedi dari barat, umpamanya filem Big Mama ataupun filem-filem horror umpamanya Saw dan Final Destination. Begitu juga ada yang fanatik dengan filem-filem aksi dari China umpamanya IP Man, Fearless dan sebagainya. Tetapi isu drama Korea menarik perhatian kerana fenomenanya berbeza.

Fenomena ini boleh mengundang ‘demam’ dan demam drama Korea ini agak kronik, sehingga mampu menjadikan ‘pesakit’ itu seakan ANGAU, hilang fokus belajar, suka berangan-angan mat jenin dan paling dahsyat, terlibat dengan PEMBAZIRAN MASA yang sungguh parah. Lebih malang, demam ini kebanyakannya menimpa wanita MUSLIMAH kita termasuklah yang berada di jurusan agama. Justeru dalam isu ini, kiranya eloklah kita perhatikan kepada beberapa perkara :






Tergoda tak? tergoda tak? Hamekawww~ 
apesal comel sangat. Ish3x. Sekadar gambar hiasan je. Tapi, ada kaitan dengan artikel ni. 


1) SYARIAT
Di dalam Al-Quran ada perintah supaya menundukkan pandangan, dengan ertikata lain menjaga pandangan kita daripada melihat kepada yang bukan mahram.
Lelaki didahulukan dalam ayat tersebut, kemudian diikuti dengan wanita.

Memang benar, di sana sini kerapkali larangan memandang ini dititikberatkan kepada lelaki sahaja, sehingga wanita dilupakan.
Lelaki dilarang memandang wanita, tetapi wanita tidak kisah kalau memandang lelaki.
Mungkin, sesetengah berpendapat sifat malu wanita sudah cukup menjadi benteng penghalang.

Tidak kurang juga yang beralasan :

“Lelaki kalau pandang wanita boleh naik syahwat, bahaya.
Tetapi wanita lain, dia tak naik syahwat kalau pandang lelaki..”

Cuba rujuk balik kepada ayat Allah.
Perintah menundukkan pandangan itu dihighlightkan kepada kedua-dua, lelaki dan wanita.
Meskipun suruhan kepada lelaki didahulukan dalam ayat pertama dan untuk wanita dalam ayat kedua, itu tidak bermakna suruhan menundukkan pandangan bagi wanita boleh dipandang enteng.

Ataupun , adakah kita sanggup mengatakan bahawa Allah menyebut suruhan itu secara sia-sia?
Maha Suci Allah dari perbuatan yang sia-sia.
Setiap suruhan dan larangan sesungguhnya terkandung hikmah dan kepentingan yang sangat besar untuk manusia.
Maka, mahu atau tidak, wanita juga perlu mengambil berat soal menjaga pandangan dari kaum adam.
Tidak kiralah di alam nyata mahupun di dalam filem dan drama.




2) KEPERLUAN ATAU KEHENDAK

Menonton filem atau drama bukanlah suatu yang wajib ataupun keperluan kepada manusia.

Dengan makna, kita tidak mati jika tidak menonton filem.
Justeru, memandang aurat bukan mahram di dalam filem atau drama adalah merupakan pilihan kita sendiri dan bukannya suatu yang dipaksakan kepada kita.
Ia berbeza dengan wanita-wanita yang membuka aurat di sekeliling kita.
Kita mungkin akan terlanggar tiang jika mahu mengelak dari memandang wanita yang membuka aurat.
Begitu juga dengan wanita.
Berada di khalayak untuk sesuatu urusan sehingga membuka ruang pandang kepada bukan mahram adalah perkara yang dimaafkan.

Kecuali jika kita sengaja memandang, maka itu jelas haram.
Berbalik kepada drama Korea, tiada siapa yang memaksa anda untuk menonton melainkan anda sendiri.
Jadi anda perlulah sedar bahawa, sebarang kemaksiatan yang berlaku di hadapan anda adalah di bawah tanggungjawab anda sendiri dan anda mempunyai pilihan samada untuk meninggalkan ataupun meneruskan.






3) FANATIK DAN OBSES

Adalah suatu yang malang bagi seorang mukmin, jika ditimpa keobsesan kepada orang kafir dan fasiq yang sedikit pun tidak mendatangkan manfaat kepadanya.

Ini jelas terjadi kepada peminat fanatik drama dan pelakon Korea. Ia berbeza dengan minat dan kekaguman kita terhadap seseorang tokoh. Mereka kita jadikan sebagai idola dan pencetus motivasi.

Ini suatu yang berbeza.

Kegilaan kepada pelakon Korea adalah kegilaan yang terfokus kepada cara dia berlakon, rupa paras, kacak, hensem, comel, romantik, pandai bermadah kata, pandai menyanyi dan sebagainya.
Bahkan ada yang menghabiskan masa meng’google‘ gambar pelakon kegemarannya, mendownload serta menyimpan pula pelbagai klip video lagu Korea yang disukainya.

Kegilaan seperti ini sama sekali tidak mengundang faedah.

Berapa ramai yang menonton drama Korea kerana mahukan moral of the story berbanding yang menonton dan hanyut dengan angan-angan dan perasaan masing-masing. Kesemua ini, jika tidak dikawal akan membawa hati kita kepada berkurangnya rasa cinta dan kasih kepada Allah serta Rasul.
Di waktu kita melihat keelokan rupa paras, ianya tidak kita kembalikan kepada Allah.
Di waktu kita melihat sesuatu kesedihan dan ‘lakonan’ takdir, maka kita tidak kembalikan kepada Allah.
Kita hanya menonton dan mengagumi makhluk-makhluk dalam lakonan tersebut sahaja.





4) LALAI
” Saya risau, ramai kawan-kawan saya yang obses dengan cerita Korea, mereka menjadi sangat lalai..”

Ya. Itulah point nya.

Kelalaian.

Pembaziran masa.

Hilang fokus.

Sebagai contoh, MUSLIMAH yang sebelumnya rajin mengulangkaji pelajaran dan menggunakan masa untuk membaca bahan ilmiah, tetapi setelah ‘tersampuk’ kegilaan kepada drama Korea, jadual hariannya tunggang langgang.

Anehnya, tunggang langgang itu tidak menjadikan dirinya ‘susah’ sebaliknya selesa dan bahagia pula.
Ini kerana dia sudah terbang ke suatu dunia yang penuh dengan warna warni ciptaan manusia.
Suatu perkara yang perlu difahami tentang drama Korea ialah, jalan ceritanya sengaja dibentuk supaya bersambung-sambung dan benar-benar menjadikan perasaan penontonnya terbuai-buai dan ‘nak lagi-nak lagi’.
Suntikan maut inilah yang akhirnya mematikan diri anda yang sebenar.

Di luar, anda menjaga pandangan dari kaum adam.
Kononnya, kerana mahukan pasangan yang soleh suatu hari nanti.

Tetapi di dalam bilik, wajah pelakon Korea itulah yang menjadi teman setia anda sampai ke dalam selimut.
Gambar ditampal di dinding bilik dan di ‘dinding hati’.
Dalam solat terbawa-bawa, dalam mimpi terngigau-ngigau.
Dalam bilik kuliah, hanyut entah ke mana.




5) SIFAT MALU
Inilah yang menjadikan wanita MUSLIMAH sebagai subjek utama.
Mengapa secara luaran, anda malu untuk menyatakan cinta kepada seseorang lelaki kecuali dengan ikatan pernikahan yang sah, tetapi di dalam, anda begitu tidak malu meluahkan rasa ‘cinta’ dan minat anda kepada ‘mamat-mamat’ Korea?

Oh..Hensemnya dia!
Aku jatuh cinta!
Aku suka hero cerita ni.
Sangat caring..romatik..wah..sukanya..sukanya..

Kemudian, apabila ditegur dan dinasihati, jawabnya :

Aku suka je, minat je, bukan betul-betul pun
Alah..biasalah minat, macam lelaki minat siti norhaliza, aku minat mamat Korea. Hakikatnya, itulah simptom yang terhasil daripada pokok permasalahan iaitu terhakisnya sifat malu dari dalam diri. 
Apabila pandangan tidak dijaga, hati akan ditimpa musibah. 
Lantas lahirlah pelbagai alasan mempertahankan diri meskipun hati sendiri tidak beroleh ketenangan.





KESIMPULAN

Lebih cenderung nampaknya agar kita diajak untuk mengambil sikap pertengahan.
Kerana itu usahlah dikatakan haram dan haram semata-mata, tanpa meraikan fitrah dan keperluan insan.

Kalau mahu menonton, tontonlah sekadarnya sahaja.
Sekadar mahu menghilangkan tension.
Sekadar mahu mengalih perhatian.
Sekadar mahu menghilangkan bosan.
Sekadar mahu menghiburkan hati.

Tetapi kalau berhari-hari, berminggu-minggu hanya itu yang dihadap, itu ‘sekadarnya’ kah?

Bukan semua cerita Korea itu bersambung episod, ada juga yang dibuat dalam satu cerita pendek sahaja, tetapi yang terfokus di sini adalah drama Korea yang berjela-jela panjangnya, sehingga anda tidak bisa menonton sekadar setengah atau satu jam.

Itu bukan lagi termasuk dalam kategori harus, bahkan boleh sampai tahap makruh atau haram kepada melibatkan kelalaian hati dan pembaziran masa tanpa keperluan.



Maka berwaspadalah.

Isu ini perlu dijadikan teguran dan ‘kempen’, bukan serangan dan hukuman.
Mereka yang terlibat mungkin tidak sedar dan mungkin juga sedar, tetapi sedang berusaha melawan keobsesan mereka sendiri.

Pesan pada mereka:
Kalau anda tidak dapat menahan hati dengan hanya melihat satu episod
maka jalan terbaik adalah jangan tonton walaupun satu episod.
Mencegah itu, sesungguhnya jauh lebih baik dan selamat.

Sekian



.
.
.


Phewwwww, sangat lah bagus artikel ni untuk dikongsi.
Sebagai peringatan untuk diri sendiri dan akhawat-akhwat yang budiman kt luar sana. Hoho.
Minda dan logika ini agak terasa dan tersentap buat seketika. 
Aku pun layan gak korea ni. Tu yang terasa. Dan memang sangat betul pun apa yg Ustaz tu huraikan. Lagi-lagi memang tepat kena dusshhh kt hati. sebab dia highlight dalam artikel ni, perihal wanita dan korea. Jadi, memang lah dia kutuk perempuan.
Eh, bukan~ dia nasihat dan keluarkan pandangan lah...

Secara konklusi nya, hukum haram dan dosa tu. Takde pun fatwa yang dikeluarkan lagi.
Tapi, sebagai orang Islam... Kita harus sedar mana yang baik atau buruk untuk rohani kita. Untuk didik iman kita. Mana-mana yang tak patut tu, jauhilah! Hindarilah!
Kalau tak setuju pun dengan kata-kata ustaz tu, jangan nak melenting lah kan. Kesedaran setiap orang tu berbeza-beza. Allah tu Maha Adil. 




Thursday, September 29, 2011

TigaPuluhKilogram



Okay! Kali ni mungkin entry terakhir aku sebelum berangkat dan meninggalkan Malaysia. Lepas ni, ntah sempat ataupun tidak aku nak update blog kan. Dah la dengan malas nak on9 FB lagi. Hehe.
Takpe, mesti ada punya khabar berita dari aku. Jadi, tunggu!! :p

Nak kongsi kt sini tentang 'Misi TigaPuluhKilogram'
Apa ke benda tu haaa? berat badan ke apa?? Hehe.

Sebenarnya, misi tersebut ialah berat maksimum beg check in/luggage yang boleh dibawa ke sana. Mula-mula fikir tu kan, banyak jugak barang yang boleh aku bwk. Tapi, sekali dah senarai kan. Peh! Tak muat. Terlebih kg pula. Mana tidaknya, kalau barang-barang satu rumah tu yang diangkut nya. Memang tak muat lah kot!
Kalau pandai susun dan bijak dalam menguruskan barang-barang anda. InsyaAllah, 30 kg tu cukup je. Dan ada lagi satu perkara yang aku kena ambil perhatian ialah, 1 beg tu tak boleh bawa lebih dari 23kg. Jadi, untuk beg check in tu, memang kena bwk 2.
Beg utk hand luggage plak tak boleh lebih drpd 7/8 kg. Lebih kurang lah kot. Berat yang tu, tak termasuk dengan beg laptop & handbag. InsyaAllah la. Kalau dia timbang gak. Mampus lah cmtu. Dekat beg laptop tu la tempat sumbat barang. Mahu lah jugak 8 kg kalau ditimbang. Belum campur dengan handbag lagi. Hish! nazak weh~


Okay! Jom usha apa je barang-barang yang dah aku masukkan.


Pakaian

Baju kurung [5 pasang]
Jubah [1 helai]
Baju basahan [3 helai]
Seluar tidur+basahan [3 helai]
Seluar slack [ 4 helai]
Tshirt lengan panjang [2 helai]
Blouse [3 helai]
kain batik [ 1 helai]
Selimut [ 1 helai]
Telekung [1 pasang]
cadar & sarung bantal katil [1 pasang]
Sweater [1 helai]
Tuala [1 helai]
Stoking [2 pasang yg skin colour, 2 pasang yg kaler2]
Tudung [10 helai, ada selendang sekali]
Yang dalam-dalam punya tu, takpayah sebut kot. Pandai-pandai lah bajet sendiri


Semua pakaian kt atas tu, aku sumbat kt beg beroda ni. Tengok! Dah habis kembung tu. Huhu.. :p
Keseluruhan berat beg tu ialah 20 kg kot. Jangan plak waktu check in makin bertambah? Adoyai, nak kena punggah balik tu yang aku tak rajin.

beg bagasi besar yang sememangnya besar!


Makanan

Perencah nasi goreng [10 peket kecil]
Rempah kari [1 peket besar]
Serbuk kunyit [2 peket kecik]
Serbuk cili [2 peket kecil]
Perencah tomyam [ 2 kotak]
Belacan [1 bekas]
Serbuk santan Giant [8 peket]
Maggi Tomyam [ 2 bungkus]
Nestum [1 bungkus]
Milo segera [2 bungkus]
Teh Boh Uncang [ 2 kotak-100 uncang]
Sos tiram Maggi [1 botol]
Sos cili [2 peket kecil]
Asam jawa [ 2 bungkus]
Daun kari kering [1 peket]
Perencah Tumix pati ayam [ 2 peket]
Lada putih [1 peket]



Barang Elektrik

Seterika
Water heater
Extension wire
Universal adapter






Barang makanan tu, semua aku sumbat kt beg hitam. Berat yang aku timbang setakat ni 12kg kot. Kalau tak silap lah. Itu pun, sumbat water heater sekali dalam tu. Seterika dah letak kt beg pakaian tadi.
Selepas kira-kira itu ini, macam dah lebih 30kg je kan? Errr, tu pun masih lagi nak sumbat itu ini. Ah sudah! memang terpaksa membutakan mata & nafsu je. Hehe.
Kasut-selipar-sandal bawak kt satu beg lain. Jadi hand-carry lah kot.


Kasut
kasut sukan
selipar
sandal
selipar rumah



' Kau guna apa untuk timbang barang-barang tu? '

Alaaa, standard lah. Semua orang guna cara ni. Sebab simple je kan. Hehe. Beli je penimbang berat badan tu haaa. Kt kedai 2 ringgit pun ada kot.


Penimbang universal

Toiletries

Berus gigi
Ubat gigi
Syampu Sunsilk
Pencuci muka Safi
Krim muka Safi
Minyak rambut Safi
Compact powder Shuhrah
Lotion
Sikat
Krim kunyit Tia Amelia
Deodorant stick nivea
Dan barang-barang mekap lain


Lain-lain barang

Bantal busuk ( penting kot kalau anda orang yang seperti saya ni. Susah nak tidur kalau takde benda untuk dipeluk. Jadi, saya tetap berdegil nak sumbat bantal busuk tuh!)
Al-Quran, Al-ma'thurat
Novel Denyut Kasih Medik
Dokumen-dokumen penting
Charger fon, kamera
Contact lens
Beg ke kelas
Dan lain-lain yang agak remeh untuk disebutkan! Hehe.



Alhamdulillah, setakat ni. Takde masalah sangat lah. Lagi-lagi dah tahu siapa housemate. Ada lah jugak kau call & msj dorg. Dan bincang lah skit-sikit kan, apa je lagi barang-barang yang nak di bawa. InsyaAllah, setakat ni cukup je kot. Kami dah sepakat nak bawa barang yang telah dibincangkan bersama! :D



Moga misi TigaPuluhKilogram ni, tidak mendatangkan banyak masalah di airport nanti. Kalau tak, kena lah bayar sikit kot. Kalau tak silap, lebih 1 kg je kena bayar RM90. Aduhai, bnyk lah pula nak pakai duit nya.
Tapi kan.. Untunglah jugak kan aku ni. Setengah barang aku, dah pas kt 'makwe' Al-Azhar tu. Hehe. Dia lah yang tolong aku sumbat & susun barangan tu kt dalam beg. Sekejap je dah selesai.
Kalau takde lah Ana Farhana anak perempuan kepada pakcik Rijalullah tu, ntah apa yang akan jadi.. Terima kasih banyakbanyak!!
opsss, kami bukan seperti itu okay! BFF yang tercinta dan selamanya lah...


Okay lah!! See you next time..
Bye2 MALAYSIA...
0.o







Wednesday, September 28, 2011

Menghitung Hari pula




Eh, aku tak cakap lagi kan. Bila aku nak gerak ke MESIR. Hehe. Payah plak nak kena cerita satu-satu ni. Kepada yang dok tanya itu ini tu..... Tolong lah jenguk blog aku ni haaa. Malas tau nak jawab soalan korg. Lagi-lagi, aku malas gler nak on9 FB guna laptop dah sekarang ni. Segalanya bosan kt situ & buat tambah dosa je! Hendap sana sini kan. Mata ni dah lah tak boleh duduk diam. Asyik menerawang je kt komen-komen orang! hehe.
Kalau on9 pun, guna fon je.. Lepas tu, kalau on9 kt laptop pun sebab nak update blog. Dan, bertambah malas kalau-kalau ada orang tegur kt chat. Rasa-rasanya dah off9. Tetiba 'hidup' plak chat tu kan. Urrgghhh, jgn lah menyibuk sangat.. Haha.. Okay, saya memang membosankan!! :p

Sudah-sudah lah tu ya! berbalik kepada topik asal kita di sini.



' Bila kau akan fly ni Nad? '

Eh, nak fly camne? Kepak takde weh! Hehe. Okay, saya bergurau jap! Errr, InsyaAllah 3 Oktober ni. Jatuh pada hari Isnin plak. Adoyaiii, untunglah kengkawan aku tak dapat nak jenguk. Kurang sikit rasa sedih di hati. Kalau tak, bertambah lah sesi air mata kt sana tu nanti.
Flight aku ni kedua yang terakhir berlepas. Medicmesir buat 7 sesi penerbangan untuk tahun ni. Maknanya, ada yang dah sampai kot kt sana. Peh! cuak kebebehhh ni...

Berikut adalah jadual aktiviti kami kt airport tu.


Kami dikehendaki berkumpul 4 jam sebelum kapalterbang berlepas.






GULF AIR: Berkumpul di Bay K 

0700 pagi : Pelajar daftar nama dan bag pada petugas MedicMesir di KLIA
(Tag bag akan diberikan kepada setiap pelajar)
0800 pagi: Bag disusun di kaunter check in. Urusan ‘check in’ berkumpulan tetapi timbangan bag dibuat
satu persatu.
0900 pagi : Sessi Taklimat keberangkatan kepada ibu bapa dan pelajar
0930 pagi : Acara bebas pelajar bersama keluarga
0955 pagi : Berkumpul semula di hadapan ‘escalator’ untuk masuk ke zon ‘boarding’
( Semua pelajar masuk secara berkumpulan diketuai oleh ketua rombongan)
1055 pagi : Kapalterbang berlepas
1340 ptg : Tiba di Bahrain .(Pengangkutan , Hotel dan Makanan Malam / Sarapan disediakan PERCUMA)
(InsyaAllah, anda akan solat Jamak Takhir , Zohor/Asar setelah masuk di hotel)


Semasa di LapanganTerbang Bahrain, anda HANYA perlu membawa keluar bag ‘Hand Carry’. Bag ‘Check in’ tidak dikeluarkan sehingga sampai ke Cairo. Oleh itu, anda mesti menyediakan satu salinan pakaian yang sepatutnya.


Keesokan harinya
0800 pagi : Bertolak dari Hotel ke Lapangan Terbang Bahrain (pengangkutan disediakan)
1015 pagi : Kapalterbang berlepas ke Cairo
1235 petang: Tiba di Cairo


.
.
.
.
.
.






Maka, menghitung hari, jam, minit, saat dan detik lah aku ni haaa. Nak kata berdebar-debar macam amik result SPM atau PASUM dulu tu. Xde lah. Biasa-biasa je. Don't expect too much kot, if not you'll be cracked!! Haha.


Aku pun tak mintak sangat kawan-kawan aku pergi hantar sampai ke airport. Lagi-lagi hari ISNIN plak tuh. Memang tak dapat lah kan. Ada yang bagi alasan, kelas full lah. Ganggu waktu tidur lah. Takde transport lah. Tapi, nak buat cmne. Kalau aku pun, memang tak kan datang lah kalau kita dah ada komitmen lain yang lebih penting dari dok hantar kawan ke airport semata-mata je! Hehe.. :p
Takpe, aku akan bawak kenangan kita bersama dalam hati ni.
Korang kirimkan doa untuk aku pun, dah cukup tau! Terima kasih banyak-banyak...




Moga-moga segala-galanya, berjalan dengan lancar ketika di airport. InsyaAllah...