Showing posts with label ingat mati. Show all posts
Showing posts with label ingat mati. Show all posts

Thursday, January 12, 2012

To-Boost-Iman LIST



Alhamdulillah3x! Dah masuk minggu kedua pun, bulan Januari tahun baru Masihi ni. Uit, lama sangat dah kan tak update blog ni. Krikkk,krikkk,krikkk, penuh bunyi cengkerik je kt blog ni.. Hehe...
Seperti biasa lah, selain dari sibuk yang sangat-sangat tu kan (konon)... Juga dengan malas(plus)takde idea(plus)internet lembap(plus)blablabla. Tak perlu nak hurai panjang-panjang kot. 

Errr, aku bukan nak kongsi pasal azam tahun baru ke apa kt sini. Cuma perkongsian sedikit tentang antara amalan yang boleh kita semua laksanakan dalam usaha untuk mendekatkan diri kepada Allah. Dalam erti kata lain, aku bukan nya nak bagi cara untuk jadi ustaz/ustaZah, tapi aku rasa ini adalah antara amalan yang ringan yang kita semua boleh cuba untuk buat. 
Maklumlah, setiap tahun baru tuh.... Yang paling pasti, ialah umur yang makin meningkat. Macam aku ni, dah ganti angka depan dari 1 kpd 2. There is no more 'teen' after this. Hehe.. Okay, abaikan....
Jadi, takkan lah nak selamanya berada di takuk yang lama dan biasa-biasa je kan. Kena lah jugak luar biasa. Sebab usia yang meningkat, mati pun dah dekat. 
InsyaAllah, ikhlaskan hati agar segala yang dilakukan rasa senang dan bukannya bebanan. =)


  1. Solat pada awal waktu
  2. Baca Qur'an sekurang-kurangnya 50-100 ayat setiap hari 
  3. Tadabbur Qur'an (tahu, faham, hayati dan amalkan maksud ayat, bukan sekadar baca je)
  4. Qiamullail (paling kurang seminggu sekali)
  5. Datang ke majlis Ilmu
  6. Dengar tazkirah/ ikuti usrah dan sebolehnya juga beri perkongsian ilmu agama
  7. Tolong orang lain walaupun seremeh mana perkara tersebut
  8. Sentiasa berfikiran positif dan berprasangka baik
  9. Baca Ma'thurat, pagi dan petang
  10. Selalu ingat MATI! Setiap masa dan sentiasa




Haaaa, amacam? InsyaAllah boleh je kan! Tepuk dada, tanya iman. Kalau nak, buat. Kalau rasa taknak, errrrrrr...... Sila lembutkan hati tu dulu kot. 
Sedangkan Allah dah 'cakap' dalam Qur'an bahawa;


“Dan manusia tidak akan mendapat kecuali apa yang telah dia usahakan. 

Dan segala yang diusahakan akan diperlihatkan dan kemudian dia mendapat keputusan dan balasan yang setimpal dengan apa yang telah dikerjakan” 
Surah An-Najm; 39-41


Jadi, tak rugi pun kalau kita guna masa 24 jam yang Allah kurniakan tu. Dengan meluangkan masa yang khas untuk Allah kan.. Lagi-lagi yang Qiamullail tu. Tak suruh pun buat setiap malam tapi seminggu sekali je. Lagi afdhal, buat hari Khamis malam Jumaat. Heeee... =)
Jom! Aku nak ajak diri aku sendiri dan rakan-rakan yang baca entry sederhana aku ni. Aku pun masih dalam proses mendidik rohani untuk buat semua tuh. InsyaAllah, istiqamah!









Haaa, aku ada teringat pasal 'hikayat' ni ketika Kelas Sirah yang lepas,
sengaja nak kongsi dengan semua. Sebagai pedoman untuk kawan-kawan...




Jika Allah hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang, ia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun...
Jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang, 
ia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun...

Pada Hari Akhirat, Allah ambil manusia yang paling derita dalam dunia ini...
lalu dia dicelupkan masuk ke dalam Syurga, kemudian dia dikeluarkan
kemudian dia ditanya...
"Wahai fulan adakah kau pernah rasa derita dalam hidup?"
lalu dia berkata ...
"Tak! aku tak pernah derita pun dalam hidup ini."
Hanya kerana masuk sekelip mata di dalam Syurga, manusia lupa segala cerita derita dalam hidupnya...
Allah ambil manusia yang paling nikmat dalam dunia ini..
lalu dia dicelupkan masuk ke dalam Neraka, kemudian dia dikeluarkan
kemudian dia ditanya...
"Pernahkah kau merasai nikmat dalam hidup ini?"
lalu dia berkata ...
"Tak! aku tak pernah ada nikmat pun dalam hidup ini."
Hanya dengan satu celupan sahaja ke dalam Neraka, manusia lupa segala kisah nikmat dalam hidupnya...







Wallahu'alam.....




Friday, April 30, 2010

.sUraT cInta uNtuK hAti.



SaLaM......

Surat ini kutujukan untuk hatiku dan
hati sahabat-sahabat tercintaku yang
kerap kali terisi oleh cinta selain
dariNya, yang mudah sekali terlena
oleh indahnya dunia, yang terkadang

melakukan segalanya bukan keranaNya,
lalu di ruang hatinya
yang kelam merasa senang jika dilihat
dan dipuji orang, entah di mana
keikhlasannya. Maka saat merasakan
kekecewaan dan kelelahan kerana

perkara yang dilakukan tidak
sepenuhnya berlandaskan keikhlasan,
padahal Allah tidak pernah menanyakan
hasil. Dia akan melihat kesungguhan
dalam berproses.

Surat ini kutujukan pula untuk jiwaku
serta jiwa sahabat-sahabat tercintaku
yang mulai lelah menapaki jalanNya
ketika seringkali mengeluh, merasa
dibebani bahkan terpaksa untuk

menjalankan tugas yang sangat mulia.
Padahal tiada kesakitan, kelelahan
serta kepayahan yang dirasakan oleh
seorang hamba melainkan Allah akan
mengampuni dosa-dosanya.

Surat ini kutujukan untuk ruh-ku dan
ruh sahabat-sahabat tercintaku yang
mulai terkikis oleh dunia yang menipu,
serta membiarkan fitrahnya tertutup
oleh maksiat yang dinikmati, lalu di
manakah kejujuran diletakkan? Dan kini
terabailah sudah nurani yang bersih,
saat ibadah hanyalah sebagai rutin
belaka, saat jasmani dan fikiran
disibukkan oleh dunia, saat wajah
menampakkan kebahagiaan yang penuh
kepalsuan. Cuba lihat disana! Hatimu
menangis dan meranakah?

Surat ini kutujukan untuk diriku dan
diri sahabat-sahabat tercintaku yang
sombong, yang terkadang bangga pada
dirinya sendiri. Sungguh tiada satupun
yang membuat kita lebih di hadapanNya

selain ketakwaan. Padahal kita
menyedari bahawa tiap-tiap jiwa akan
merasakan mati, namun kita masih
bergulat terus dengan kefanaan.

Surat ini kutujukan untuk hatiku dan
hati sahabat-sahabat tercintaku yang
mulai mati, saat tiada getar ketika
asma Allah disebut, saat tiada sesal
ketika kebaikan berlalu begitu sahaja,
saat tiada rasa takut padaNya ketika
maksiat dilakukan, dan tiada merasa
berdosa ketika menzalimi diri sendiri
dan orang lain.

Akhirnya surat ini kutujukan untuk
jiwa yang masih memiliki cahaya
meskipun sedikit, jangan biarkan
cahaya itu padam. Maka terus kumpulkan
cahaya itu hingga ia dapat menerangi
wajah-wajah di sekeliling, memberikan

keindahan Islam yang sesungguhnya
hanya dengan kekuatan dariNya "
Ya..Allah yang maha membolak-balikkan
hati, tetapkan hati ini pada agamaMU,
pada taat kepadaMu dan dakwah di
jalanMu "

Wallahualam bisshawab

Semoga dapat membangkitkan iman yang
sedang mati atau jalan di tempat,
berdiam diri tanpa ada sesuatu
amalanpun yang dapat dikerjakan.

Kembalikan semangat itu sahabat-
sahabat tercintaku.. ... Ada Allah dan
orang-orang beriman yang selalu
menemani di kala hati "lelah".





-paste dr bl0g 0rg lain.... hehehe..
harap maaf wahai empunya p0st...
sma2 kita hayati... -

Wednesday, April 28, 2010

::teKa teKi tnTg mAti::

SaLaM....


Cuba jawab satu teka teki yg bgini bunyinya;



"0rg yg mmbuatnya tdk mahu memakai. 0rg yg membelinya pun tdk mahu memakai. anehnya, 0rg yg memakainya tdk sedar yg dia memakainya. Apakah bnda e2?!?!?!? "




alarh, msti k0rg akn ckp.. senang jew jwpn dye....
adik ak 5 ta0n p0n tau jwb... huhuhu...
ap yg aku cuba nk jelaskan kn cni ialah tntg huraian @ ulasan dye...
Fikir2kn r pe dye....



k2....
jwpn dye- Kain Kafan!



Ramai 0rg yg hnya ingin mnjadi 'pmbuat' atau 'pmbelinya' (wlupun tdk sume brkesempatan brbuat demikian). Realitinya, semua yg psti 'berkesempatan' mnjadi 'pemakainya' seolah-olah tdk ingin memakainya..........



Benarlah spt kata Imam Ghazali,
"Aku hairan melihat org ketawa padahal mngkin kain kafannya sdg disediakan........ "





HIDUPKAN HATI DGN MENGINGAT MATI..........