Monday, September 14, 2015

Pengalaman Elektif Posting


Alhamdulillah, diberi kesempatan dan peluang untuk melengkapkan sesi elektif posting di Hospital Teluk Intan selama 3 minggu. Oyeahhh. Kali ni rasa selamat sikit sebab Qila sudi menjadi kawan dan sama-sama melayan kerenah memasing sepanjang elektif posting ni. Gitu haha.

Kebanyakan doktor HO, MO, atau (Medical Assistant) MA sekalipun bila jumpa kami. Rata-rata akan tanya soalan yang sama;
- Dah tahun berapa? Daripada mana?

Normal lah tu, pastu soalan tu boleh lah dijawab dengan rasa yakin.

Tapi, kalau dapat soalan gini, kami pun err err jugak lah. Tak salah kan doktor tu pun, sebab biasa lah perasaan ingin tahu gitu. Eheh.
- Datang sini, nak belajar/ tahu pasal apa je?
- Ada assignment daripada universiti ke untuk datang buat attachment?
- Buat attachment ni wajib ke, atau pilihan sukati sendiri?

Untuk pencerahan, pelajar Perubatan di Mesir buat masa ni TIADA lagi sistem di mana keperluan untuk buat elektif posting di hospital sewaktu cuti, seperti sesetengah pelajar kolej perubatan swasta mahupun awam dalam negara atau luar negara (hari tu pernah terserempak dengan pelajar daripada Jordan), yang sememangnya diwajibkan untuk membuat sesi elektif posting ini bagi memenuhi kriteria tambahan silibus pembelajaran seiring dengan kehendak pihak universiti.
Maka, dengan inisiatif yang diberikan oleh pihak KKM ini, kami memilih untuk mengambil inisiatif dan risiko sendiri untuk ber'attachment' di hospital yang berkenaan.

Taksemua orang tahu fakta ni rasa nya.

Sebab tu kadang, semua pun jangka yang kami sekurangnya tahu 'semua' atau sikit. Hakikatnya, kami memang takberapa nak tahu semua. Dan disebabkan itu lah, kami terkadang menanyakan soalan yang agak kureng dan tak sepatutnya ditanya.

Maka, sepatutnya elektif posting ini adalah salah satu wadah yang kami pilih untuk menambah sesuatu yang sememangnya kami kurang iaitu daripada aspek prosedur atau praktikal. Itu lah kelemahan kami dan sangat mengharapkan 'attachment' lah waktu nya untuk sesi pembelajaran tambahan, walaupun jujurnya taktahu sangat nak belajar apa.
Tapi kami terima je semua ilmu yang diberikan. InshaAllah. Sekurangnya bila dengan adanya pendedahan awal ni, waktu houseman nanti takdelah terkial sangat.

Rasanya, ada je sharing kt FB atau blog tentang apa je antara kemahiran asas seorang HO tu perlu ada. Jadi, kalau kau 1st time nak buat attachment dan taktahu nak mintak doktor ajarkan apa, ambil lah benda tu sebagai 'guideline'. Rajinkan sikit buat 'research'. Asyik nak kena suap je. Bila nak 'improve' ?

Lain-lain perkara yang rasa nak tahu tu, tanya je ke doktor. Terus tanya! Jangan simpan. Walaupun rasa macam *bodohnya lah soalan aku tu*. Sekurangnya kalau kena marah, atau jelingmati ke, atau tak dilayan ke, kau masih lagi student. No harm apa pun. Nak kena sekarang, atau nanti bila dah HO. Jadi, kau pilih?

Eheh. Belum masuk sangat lagi ni cerita aku, dah separuh page haha.

Okay, sekadar pencerahan.
Kami telah memilih Jabatan Trauma dan Kecemasan (A&E department) dan Jabatan Perubatan Awam (Internal Medicine).
Jadi, unit Latihan dan Sumber Manusia HTI telah susun separuh minggu pertama di A&E, kemudian separuh minggu kedua kami ikut morning round di wad 3B. Tapi, walaupun dah masuk minggu yg ward round tu, kami masih je lagi sukati bertandang ke A&E. Sampaikan doktor-doktor situ yang nampak ktorg dok tanya, 'lamanya korg attachment?', 'Eh, tak habis lagi ke?'...
Hmm, taksabar lettew nak halau ktorg eh haha.

Best jugak lah bila kau dapat buat 2 posting ni sekali bila attachment.
Sebab nya, contoh lah petang tu korg dok jumpa pesakit ni kt yellow zone. Clerk history dia semua. Pastu esok nya jumpa dia lagi kt dalam wad. Pastu, tengok pulak intensive management pesakit tu cemana.
InshaaAllah dari situ lah kau akan belajar macam mana doktor sebenar, rawat pesakit ikut keadaan. Sebab cara kt kecemasan, lain dengan medical.

Kalau korg bebetul join A&E ni kan, sepatutnya kena datang awal pagi pukul 7 gitu pastu join jela meeting kakitangan perubatan bersama 'Boss besar'. Haha. Ktorg main redah je join pagi-pagi punya meeting tu, padahal bukan nya tahu apa sangat pun. Bukan nya terlibat sangat pun. Menjadi pendengar setia je.
Tebal muka tu, takyah cakap sangatlah. Bajet je muka tu ada tulis, 'kami baru student ni, banyak lagi perlu belajar', dan jangan tanya apa-apa kepada kami lol. Cuak pun ada lah jugak, kalau kena soal apa2 dgn (Head of Department) HOD dan kami hanya akan blur.
Namun, kami berjaya juga 'melepasi' detik-detik itu dengan jayanya haha. So, thats why I told you, no harm inshaaAllah =p

Ouh ya, seperti yang semua sedia maklum, waktu HO akan ada 4 posting wajib dan 2 posting pilihan, menjadikan keseluruhan 6 posting. Dan semua nya bergantung dengan hospital tu jugak cemana.
Dan, HOD ada menyarankan supaya sebelum buat posting A&E, paling tidak pun kena settle posting ortho, dan medical. *ada lagi rasanya, apa entah. Tak ingat dah* Dan kalau boleh Emergency ni adalah last posting HO tu. Sebab dia cakap kau akan banyak belajar dalam medical posting, jadi takde masalah dah kt emergency. Gitu.

Dan jugak untuk setiap hari Rabu tu, HO kt A&E akan buat presentation or CME depan semua MA dan HO yang lain, sambil disemak dan diperhati oleh HOD.

Pastu, untuk tiap hari jumaat akan ada jugak ceramah ilmiah kesihatan dan terbuka kepada semua kakitangan hospital daripada pelbagai jabatan. Eheh. Waktu ni pun kami sukati je redah. Acah-acah feeling like one of the hospital staffs. Ceh.

Gigih si Qila ni study. Aku je yang dok mengada, mengantuk lah. Manja sangat eheh


Sepanjang 'attachment' dengan jabatan kecemasan ni, kena lah tahu serba sedikit cemana sistem dia.

→Contoh: Tentang bunyi siren.
Satu kali= Ada orang panggil nak guna khidmat Ambulans
Dua kali= Ada pesakit datang untuk masuk ke Zon Kuning
Tiga kali= Ada pesakit akan dibawa ke Zon Merah
Empat kali= Kecemasan berlaku dalam hospital

Kalau berkaitan dengan kad pesakit pulak, setakat ni di HTI ada 2 kaler. Merah/pink dan hijau.
Kad merah/pink merujuk kepada kes trauma, seperti kemalangan, atau jatuh, dsb.
Kad hijau pulak merujuk kepada kes selain trauma. Seperti demam denggi, atau asthma, atau sakit kronik macam darah tinggi ke, dsb.


Kenapa pelajar disyorkan untuk buat elektif posting di 2 jabatan ini?
Saya boleh bagi jawapan, ya memang sangat digalakkan sebab nya sangat banyak benda praktikal yang kita boleh belajar. Kami sempat diberi peluang untuk belajar baca ECG, praktikal pasang mesin ECG, kira Respiratory rate (RR), basic suture, dan lain-lain.
Kalau doktor yang baik hati sikit tu, dia tahu kita nak belajar sesuatu. Dia akan pandai ambil peluang untuk bertanya soalan kepada kita. Dan waktu tu lah otak ligat berfikir korek ilmu entah mana tersembunyi. Paling tak pun, waktu tu lah baru tersedar kena tambah lagi usaha untuk penuhkan ilmu di dada, malah boleh tahu nak gunapakai ilmu cemana. Sebab selalu hafal fakta medik tu untuk lulus exam je. Eheh.

Hmm, tu je kot eh benda nak kongsi. Nak tahu lebih lanjut. Sila rajinkan diri guna pakcik gugel. Mana lah tahu terjumpa pengalaman yang dikongsi oleh orang lain pula.

Alah bisa tegal biasa. Moga dengan pendedahan awal gini, dapat lah serba sedikit membantu mana-mana pihak.
InshaaAllah masa dan usaha kita akan menentukan segala nya. Allah dah ada perancangan terbaik untuk kita.
Apa pun, jangan pernah putus asa dan bersabarlah dalam menimba ilmu Tuhan :')


Wallahu'alam.

Wednesday, September 9, 2015

Dah dapat apa je?

' Kau dapat apa je hari ni?'

Pergh, ayat dalam menusuk hati rasa nak lari 100 meter. Ahah, over pulak reaksi haha. Ni kalau aku lah.

Minggu pertama elektif posting tu, akan ada seorang MO ni dia akan tanya ktorg soalan ni.
Sebelum tu lagi dia ada perkenalkan diri, tanya itu ini kt ktorg dan opsss, dia graduate daripada Alex, Mesir. Sempat jugak lah belajar cemana nak 'interpret' bacaan ECG, amik darah patient, dll. Jadi, apa lagi ktorg ni pun dok lah cuba nak melekat dengan dia. Sebab nampak okay, cool je nak layan ktorg. Haha.

Ada sekali tu, ada lah satu kes tu.
Taktahu lah kalau soalan aku tu macam entah apa-apa sangat kot.
Dia tak terus jawab soalan aku tu, malah apa respons dia adalah,
'Okay, balik ni pi baca hypertensive emergencies. Baca, jangan tak baca. Nanti cerita kt aku'
Dan keesokan hari nya, terserempak dengan dia lagi, 'Dah baca hypertensive emergency?'
Dengan muka blur *dalam hati cakap, ingatkan dia dah lupa*, takut-takut nak jawab ya sebab nanti kena bentang kt dia, atau nak jawab tidak, macam serba salah pulak. Eheh.
Pastu, tetiba dia terus je balas, 'Haa, tak baca lah tu.'
Gulp. Haha teruslah kantoi. Jujurnya, baca dan selak gitu je. Tapi taktahu nak apply cemana dan kaitan dengan patient tempoh hari.
Dan, lepas tu dah terus tak nampak-nampak dah MO ni ke mana.

'Apa je kau dah dapat hari ni?'

Jadi nya, sepanjang buat elektif posting ni. Ktorg pun guna lah ayat keramat ni untuk terus kental dalam menghadapi hari-hari attachment kami. Supaya setiap hari, ktorg kena usaha jugak untuk belajar benda baru.

Sekurang-kurang nya, dalam keadaan kita sendiri pun macam takde target kukuh nak belajar apa je sepanjang attachment ni. Mungkin salah diri sendiri jugak kot tak letak apa-apa target. Cuma nya, kami hanya 'random' lah dengan harapan dapat belajar sesuatu.
Jadi, pengajaran nya kt sini ialah kena pandai merancang. Its easy to plan, but the reality is also hard to face.
Sebab nya, orang berjaya akan bina jalan, tapi orang gagal akan sentiasa mencipta ribuan alasan.

Bila kau buat elektif posting dan alami sendiri, baru kau tahu cemana rasa dia. Ahah.
Tak seindah rupa seperti yang dikhabarkan. Dengan nak redah mintak doktor ajar sesuatu dalam keadaan dia tengah sibuk attend patient. Kang asyik layan kau je. Pesakit terabai kang, susah pulak. Tapi, bergantung jugak pada situasi dan doktor tu cemana. Kena pandai selit dan beranimati. Sebab ada pengalaman tu, nampak sendiri ada pelajar dok tanya, pastu doktor tu pi herdik ke dia. Kesian dan scary pulak.

Ouh ya, kenapa dalam cerita kali ni kadang ada membahasakan 'ktorg'. Ekcelli, sebab sesi kali ni saya ditemani oleh kawan sekelas daripada Mesir jugak yeay.

Hmm, dah macam taktahu nak cerita cemana sebab ketandusan idea nak susun ayat cemana urghhh haha.

Anyway, bila ktorg ada tanya ke salah seorang HO kt ED tu mana MO 'hypertensive emergencies' tu 'hilang'. Rupanya, posting dia dah habis kt situ. Sekarang dia posting kt bahagian 'Quality' (?) Alamak, tak tanya pulak tu part apa hehe. Ingatkan sengaja tak datang kerja dah. Pelik ktorg. Kbai.

Okay maaf ya, rasa nak teruskan cerita kt post baru lepas ni.