Pertembungan Piala FA 10/11 antara KELANTAN & TERENGGANU malam tadi, memang hebat! Hurm, boleh tahan lah jugak. Walaupun pada mulanya, agak hampeh dan hambar. Tapi, disebabkan aku nak jugak tgok siapa yang menang dan nak tahu adakah Kelantan merupakan pasukan itu. Aku sanggup tunggu hingga perlawanan habis!!! Haha..
Dah la waktu tu aku berada di rumah atuk sebab ada lah kenduri sikit sempena kandungan mak cik yg berusia 6 bulan tuh. Huhu. Ish, atuk aku ni pun. Waktu org nk tgok bola ni lah, dia nk buat kenduri kan. Spoil betul lah! Hehe.. Nasib baik malam tu buat kenduri lepas maghrib dan hidangan makan utk malam tu plak ialah NASI AMBENG versi Melayu yg dijawakan! Haha.. Agak lain sikit drpd sebelum2 ni.. :p
Pinjam gambar dari org. Terjumpa kt google! :) |
Tetiba nk cerita psl nasi Ambeng plak dah. Hehe.. Sopo nang kene wong jowo. Reti po orak, gawe nasi ambeng ki?? Bhahaha.. keluar bahasa jawa lagi.. Ok2, back to the story..
memandangkan mlm tu buat nasi ambeng.. Jadi, pinggan mangkuk yang perlu dibasuh adalah sedikit bilangan nya. Aku nk basuh pinggan?? Ktorg kt sini, klu bab basuh2 ni. Bagi kt lelaki! Hehe.. Maka, aku terlepas! yeayyy, boleh tgok bola dgn aman. Tapi, abah aku usik plak mlm tu.
'Eh, mana ada perempuan tgok bola. Lelaki je boleh. Pergi basuh pinggan lah sana.'
Aku buat tak endah. Anak tak makan saman betul kan.. Hehe. Alaaa, ramai je org lain kt dapur tu boleh tolong basuhkan.. Dipendekkan cerita, bukan abah mahupun adik lelaki aku yg basuh pun.. Tapi, Pak Cik aku yg nk wt kenduri tu yg basuh berdua dgn isteri dia. Huhu.. Kami yg kt depan tv tu memang x bleh tahan dah. Melekat je la kt depan tv tu.. Hehe.. Maaf lah sbb x tolong! :p
Tak semestinya, kalau tgok bola kena sokong salah satu pasukan yg tgh bertanding tu kan. Tapi, secara tersurat nya, aku tak sokong mana-mana pihak pun. Manakala, secara tersirat nya pula aku mcm 'tersokong' terengganu plak dah! Haha..
Yelaaa, tahu kan yg aku ni Selangor fc DIE-HARD fan punya! Haha. Mana x sebal hati kalau pasukan pilihan tak masuk final kan.. Lagi-lagi hari tu separuh akhir dgn Kelantan. Lagi lah dendam kan.. Cewah! Hehe.. Pak Long jgn marah.. Huhu..
Barisan pemain KELANTAN
Barisan pemain TERENGGANU
Bukan nak kata apa lah kan. Dah memang rezeki Terengganu malam tu. Semua bola yg gol adalah waktu-waktu 'last minute' punya. Huhu.. Tu lah penyokong Kelantan, siapa suruh baling mercun ke arah penjaga gol Kelantan. Tak pasal-pasal perlawanan terpaksa dihentikan selama 4 minit lebih dan tambah masa kecederaan lagi. Memang untung lah kau Penyu! Huhu...
Lagi-lagi apabila pemain Kelantan tertanduk bola ke gol sendiri dan membuatkan Terengganu mendapat Gol pertama dan mnjadikan kedua pasukan seri pada 'last minut' tu. Niat dia nak tanduk keluar. Tapi, tersalah target kot! Hehe.. Nasib lah kan.
Aku rasa, hero malam tu adalah penjaga gol Terengganu kot.. Hehe.. Sebab apa eh? Gaya terbang dia yg kiut tu kot! Khairul Fahmi tak boleh lawan gaya Sharbinie Alwi kalau bab2 terbang ni. Haha.
Dengan keputusan penuh malam tu.
TERENGGANU 2-1 KELANTAN
Memang membuatkan aku melompat-lompat lah jugak! Hehe. Sebab yg pasti. Bukan kelantan yg menang. Cewah! mentang-mentang kelantan tu musuh tradisi kau kan. Suka lah tu. :p
Tapi kan, Terengganu yg menang. Kelantan yang cuti. Hehe.. Apa-apa jela. Cukuplah hurai cerita ni. Tak perlu nak seronok dgn pasukan org plak. Huhu.
Dan, aku tabik dgn stamina pemain-pemain bola ni. Main selama 120 minit kot, iaitu lebih kurang 2 jam jgak lah dorg kt padang tu berhempas pulas tenaga dan keringat. Kalau selalu 90 minit je kan. Fuhhh, memang terbaik! kuat dan hebat. Yela, padang tu dah lah besar. Kena lari ke sana sini n kejar bola lagi. Hehe.. Org biasa-biasa memang tak mampu..
Tapi, yang aku tak tabik ialah banyak sangat kad kuning yang dilayangkan malam tu. Kalau tak silap aku, 12 kot.. Woo!! ni main ke pesta kad kuning? Hehe.. Kalau tgok dari segi permainan pun, memang nampak hampeh. Siki-sikit nk bentes kaki org kan. Ganas betul main. Liga Inggeris xde plak main cmtu. Ok je. Ini tidak, org sepak bola. Dia pergi sepak kaki org. Ntah pa per~
Apa-apa pun, tahniah lah terengganu ye.......
No comments:
Post a Comment