Subhanallah pejam celik pejam celik, tetiba dah masuk musim pertengahan tahun. Cepat je masa berlalu. Tanpa disedari masa berlalu begitu pantas meninggalkan kita. Hurm sedar ke tak sedar ke sedar. Midterm makin menghampiri. Eheh. Midyear exam kembali menjelma dan membayangi semua pelajar, khusus pelajar Tahun 3 Batch Avicenna, Universiti Tanta Egypt.
Di tambah pula dengan debaran subjek yang agak 'baru'. Jadi, feeling dia lain sikit kali ni. Cewah.
Repost gambar dari FB. Cubaan kedua rasanya yang ni, dan agak menjadi jugak lah. Fuhhh, olaaa Faraulah Syukulatah! :) |
Gambar strawberi di atas hanya sekadar selingan =p
Pergh, sempat je. Hehe.
Sekilo harga dia waktu sekarang ni, 8LE dan tolak tambah dalam RM4 je kalau ikut matawang Malaysia. Kalau taksilap, akan sampai masa harga strawberi ni akan jadi lagi murah. Huuuu... Nikmat. Alhamdulillah.
Well, macam sebelum-sebelum ni waktu exam midterm ni kena bermujahadah lebih sikit. Musim sejuk. Ahah. Waktu ni lah rasa mengantuk berzaman, lapar memanjang, sejuk yang amat sangat serta malas nak bergerak ke sana ke mari dan untuk melakukan sebarang aktiviti tersangat lah berat. Rasa macam nak sepak diri laju-laju bila lemah macam tu. Haha.
Padahal sedar je, faham je, tahu je...
Dengan usaha yang banyak, in shaaAllah kita akan dapat hasil yang setimpal dengan usaha kita. Kalau usaha sikit, dapat lah hasil daripada sikitnya usaha kita tu.
Namun, natijah nya Allah yang pegang jua. Jangan lah terlalu angkuh nak claim, 'weh, aku dah usaha banyak kot.. Awat masih tak capai target?' Astaghfirullah.
Usaha jela sebanyak mana umpama tiada istilah tawakal tu,
dan tawakal lah sepenuh harapan kepada Allah umpama tiada usaha.
Allah ada sentiasa untuk kita. Apa yang tertulis, semua nya terbaik untuk kita. Senyum.
Wallahu'alam.
Doakan. Doakan. Doakan.
Khas kepada yang baca entry kali ni.
Mohon doakan kami keseluruhan nya agar dipermudahkan.
Semoga segala apa ilmu yang kami hafal, segala ilmu yang telah kami pelajari ini, memberi manfaat di masa akan datang sekali gus untuk menyumbang tenaga kepada ummah kelak.
Bukan sekadar ilmu takat untuk lepas exam sahaja T_T
Wallahu'alam. Syukran jiddan atas doa nya.
Dah naik tahun tiga ni, takdelah nak gelabah sangat bila time exam. Cuma berdebar jela. Nervous tu biasa lah, lagi-lagi bila rasa macam taksedia je. Huhu. Ok, itu bahaya! Kbai.
Latest potluck with gegirlz Convent. Bittaufiq wannagah you ALL. Mohon salah silap sepanjang tempoh pemerintahan >_< |
No comments:
Post a Comment