Showing posts with label doa. Show all posts
Showing posts with label doa. Show all posts

Tuesday, January 7, 2014

Kata lain bagi USAHA adalah TAWAKAL





Subhanallah pejam celik pejam celik, tetiba dah masuk musim pertengahan tahun. Cepat je masa berlalu. Tanpa disedari masa berlalu begitu pantas meninggalkan kita. Hurm sedar ke tak sedar ke sedar. Midterm makin menghampiri. Eheh. Midyear exam kembali menjelma dan membayangi semua pelajar, khusus pelajar Tahun 3 Batch Avicenna, Universiti Tanta Egypt. 
Di tambah pula dengan debaran subjek yang agak 'baru'. Jadi, feeling dia lain sikit kali ni. Cewah.


Repost gambar dari FB. Cubaan kedua rasanya yang ni, dan agak menjadi jugak lah. Fuhhh, olaaa Faraulah Syukulatah! :)

Gambar strawberi di atas hanya sekadar selingan =p 
Pergh, sempat je. Hehe. 
Sekilo harga dia waktu sekarang ni, 8LE dan tolak tambah dalam RM4 je kalau ikut matawang Malaysia. Kalau taksilap, akan sampai masa harga strawberi ni akan jadi lagi murah. Huuuu... Nikmat. Alhamdulillah.

Well, macam sebelum-sebelum ni waktu exam midterm ni kena bermujahadah lebih sikit. Musim sejuk. Ahah. Waktu ni lah rasa mengantuk berzaman, lapar memanjang, sejuk yang amat sangat serta malas nak bergerak ke sana ke mari dan untuk melakukan sebarang aktiviti tersangat lah berat. Rasa macam nak sepak diri laju-laju bila lemah macam tu. Haha. 
Padahal sedar je, faham je, tahu je...
Dengan usaha yang banyak, in shaaAllah kita akan dapat hasil yang setimpal dengan usaha kita. Kalau usaha sikit, dapat lah hasil daripada sikitnya usaha kita tu. 
Namun, natijah nya Allah yang pegang jua. Jangan lah terlalu angkuh nak claim, 'weh, aku dah usaha banyak kot.. Awat masih tak capai target?' Astaghfirullah. 
Usaha jela sebanyak mana umpama tiada istilah tawakal tu, 
dan tawakal lah sepenuh harapan kepada Allah umpama tiada usaha. 
Allah ada sentiasa untuk kita. Apa yang tertulis, semua nya terbaik untuk kita. Senyum.
Wallahu'alam.


Doakan. Doakan. Doakan. 
Khas kepada yang baca entry kali ni. 
Mohon doakan kami keseluruhan nya agar dipermudahkan. 
Semoga segala apa ilmu yang kami hafal, segala ilmu yang telah kami pelajari ini, memberi manfaat di masa akan datang sekali gus untuk menyumbang tenaga kepada ummah kelak.
Bukan sekadar ilmu takat untuk lepas exam sahaja T_T
Wallahu'alam. Syukran jiddan atas doa nya. 
Dah naik tahun tiga ni, takdelah nak gelabah sangat bila time exam. Cuma berdebar jela. Nervous tu biasa lah, lagi-lagi bila rasa macam taksedia je. Huhu. Ok, itu bahaya! Kbai.


Latest potluck with gegirlz Convent.
Bittaufiq wannagah you ALL. Mohon salah silap sepanjang tempoh pemerintahan >_<











Wednesday, April 11, 2012

Pelangi kita adalah berbeza-beza =)



Salam Haybat buat kalian yang hebat! =)
Siapakah? Hehe. Anda lah! Anda orang yang hebat sebab masih lagi teruskan perjuangan dan terus menerus berjihad di atas muka bumi Allah yang penuh dengan pancaroba ini. *Ceh, ayat nak sastera je


Sedar tak sedar kan, tiba-tiba dah nak musim final Exam. Cuak tak cuak, berdebar sepanjang masa. Gelisah tak tentu arah. Waktu ni lah selalunya, macam-macam perasaan atau perangai pelik-pelik muncul. 
Adoi, waktu ni lah nak layan itu ini. Emosi tak stabil lah. Errr, percayalah semua tu turut dipengaruhi oleh nafsu dan juga syaitan supaya kita ni lalai dan jauh daripada mengingati Allah~
Yela, biasa kan dengar cerita histeria atau dirasuk syaitan berlaku kepada mereka yang mengalami tekanan emosi? Jadi, janganlah terlalu mengikut perasaan. 
Kenalilah diri, dan atasi dengan segera ketidakseimbangan emosi anda itu. 






Errr, sebenarnya saya terkesan dengan entry akak AyuHamiza ni. Sebab nya ialah saya rasa rendah diri pula tetiba. 

"Ruginya jika mereka yang menyinggah ke laman ini, tidak mendapat apa-apa pengajaran daripada apa yang saya coretkan. 
Tidak mahu membuang minit-minit berharga dalam hidup mereka dengan membaca random rantings jiwa ini."

Kan??? Hati kecil ini tersentuh dan terfikir buat seketika. Apakah blog aku ini memberi sebarang input yang bermanfaat kepada pembaca ataupun sekadar tangkap muat sahaja yang hanya sekadar untuk bercerita kisah seharian semata-mata...
Ha! aiyokkk... Sia-sia je perbuatan kau selama ni Nadia. Huhu~

Tapi, itu lah kan. Saya bukan orang yang dilahirkan untuk pandai menulis. Mempunyai idea yang melimpah ruah untuk bercerita kembali tentang sesuatu peristiwa menarik yang boleh dikongsi kepada pembaca sekaligus memberi pengetahuan serta kesedaran tentang kehidupan. Saya tak berapa nak pandai. Saya bukan puitis orangnya. Dan tak pandai nak buat ayat bunga-bunga sangat.

Jadi, di sini. Saya sedar. Pelangi kita adalah berbeza-beza. Warna kita adalah berlainan. Tak semua orang mempunyai keistimewaan yang sama. Dan, Kadang-kala tu pelangi yang kita lihat. Ada yang samar, ada yang pekat, ada yang jelas dan ada juga yang macam tak berapa nak nampak... =)
Itulah adanya kepelbagaian dalam kehidupan kan! 
Kalau ada orang tu pandai menulis, ada orang lain pandai menyanyi, ada orang tu memang pandai memasak, ada pula orang tu pandai berkata-kata. Dan mungkin ada orang tu, mahir dalam segala benda. Tapi, percayalah... Kelebihan  masing-masing itu lah yang menjadikan dunia ini sangat indah dan menarik untuk diterokai bersama.
Kenapa berkata sebegitu rupa nya???
Dalam Al-Quran Allah dah cakap:


"Wahai manusia! Sungguh, kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian kami jadikan kamu berbangsa bangsa dan bersuku-suku
AGAR KAMU SALING MENGENAL. 
Sungguh, yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang bertaqwa. 
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Teliti."
(Al Hujurat:13)



Ha! Seronok tak dengan kepelbagaian ni. Jadi, tak perlu lah kan kita nak rasa rendah diri dengan kelebihan orang lain. Tapi, jadikan ia sebagai kekuatan ataupun pengajaran diri. Dan jangan lah pula nak banding-bandingkan diri dengan orang lain. Tak perlu lah kot. Allah dah ciptakan diri seseorang manusia itu, ada kelebihan tersendiri. Jadi, berbahagialah! Hehe... =)
Dan, percaya tak kalau saya cakap sesuatu kelebihan itu... Kalau dipraktikkan atau dilatih setiap hari, InsyaAllah kita juga akan memiliki kelebihan itu. NAMUN, semua nya bergantung kepada kehendak Allah SWT juga. 

Apa benda celoteh panjang-panjang ni?
Sebenarnya nak cakap aku jeles dengan blog orang lain yang hebat gler penulisan dia. Mesti rasa nak selalu singgah blog dia. Sebab nya mestilah pengisian yang dia nak cuba sampaikan tuh. Sampai ke hati. Hehe. Saya ni dah la tak berapa nak hebat menulis. Kadang-kadang tu rasa nak 'serah diri' je. Hurm, tapi.... TAKNAK! Saya nak jugak teruskan. InsyaAllah, saya yakin dengan diri saya. Cewah!! Hehe.

Lagi satu, mood tengah dalam STEP Haybat lagi ni. 

Kalau nak usha intipati program tuh. Boleh lah usha blog akak-akak haybat ni.





Antara kenangan yang terpalit di hati =)

Ikhwah : 260 Akhawat : 832
Ramai sangat kan para toyyibin dan toyyibat ni.. Subhanallah~




Reunion KUSESS 0509 di STep 12.. Hehe...
Akhawat Tanta yang tersayang~



InsyaAllah, jom jadi 5 Stars Medical Students! 
Seperti yang disarankan oleh Dr Har dan Dr Hafidzah~



Antara sedutan perkongsian ilmu tempoh hari. Jikaberkesempatan, rajin-rajinlah tengok dan dengar ya! InsyaAllah bermanfaat. Lain-lain part, boleh lah lihat pada jaringan video yang selanjutnya~






Thursday, August 25, 2011

25th Ramadhan: Doa Mendapat Pasangan baik & zuriat penyejuk mata




رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَجِنَا وَذُرِّيَّـتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا


 لِلْمُتَّقِينَ إِمَاماً





‎”Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami 

dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), 

dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang yang bertaqwa.” 

(Surah Al-Furqan 25;74)











Friday, May 21, 2010

.:MaJlis keSyuKuran keCiL2an:.


SaLam......

aiseyh... abah memg ska wt plan laz min... huhu..
mlm sbl0m knduri.. bru dye rsa nk wt knduri...
leyh plak ckp cmni...
"eh, xnk wt knduri pew2 kew?!!?"
dlm ati.. smpena pew?!?!? sbb aku nk g msuk U t?!?
terus trg ckp, tba2 rsa cm sedih+terharu...
n ati berkata2... x payah k0o0ott...
UM jew p0n... huhuhu..
tp, bla dye dh beria2 bncang dgn mak...
s0, k0npem... mjlis ni akan brlangs0ng gak....
tp, abah kata wt kecil2an... juz pnggil jiran n
sedara yg dkat2 jew...
n mknn plak tempah katering... nsib knal dgn 0rg 2...
s0, xde r susah sgt nk deal dgn dye... hehe..
kit0rg juz msk nasi n mak plak cdg nk wt dadih...
2 jew...
n air p0n sendirian berhad punyer!!! air sarsi..hehe..
lpas abiz mjlis.. kurg skit k0t krja...
leyh rehat scepat mngkin!! :D

ketika mjlis brlangsung...
aku cm sebak n terharu... huhuhu...
x psti apsal aku rsa t0uching sgt?!?!?
UM jew weyh... klu nk.. tiap mnggu leyh blik...
hehehe.. :p
jiran2 rmai r yg dtg...
sedara p0n leyh tahan...
tp, xdew r meriah mne...juz keriuhan gndut2 2...
uishh, memg x leyh di bwk mjlis t0l bdak2 nieyh!!!
time abiz jew mjlis....
aku dpt r skit cenderahati n d0a dr tetamu2 yg hadir...
insyaAllah, aku akan bwk cita2 ku ini hngga ke langit...
gaya cm aku nieyh..
satu2nyer harapan taman 2 plak!!!
ad0o0oyaaii, seriuz segan klu x wt bt0l2 n
bwk blik kputusan yg tr0k!!! huhuhu..
jd, aku kna realisasikan harapan sume 0rg e2...
terutama skali...
ibu n bapa ku!!! :D



huish... adakah gurauan e2 akan mmpengaruhi ku?!?!
ntah... n0 k0men...
aku xde perasaan pew2 p0n....
n aku jgak psti.. yg dye p0n xde rsa ape2!!!
gurauan n g0sip semata2... hehehe... :P
jmpa k0 kt sna t..... p0yo.... :p