Sunday, January 5, 2014

Le Dumyat, Egypt 1.0


Jumaat lalu, 3 Jan 2014.
Dumyat, Egypt 1.0
Escapism. Pelarian yang bermakna. Eheh.


Kerang melimpah ruah di pinggir pantai. 


Alhamdulillah. Hajat nak kutipkerang di Pantai Dumyat akhirnya kesampaian jua. Hehe. Tahun-tahun lepas ada je plan nak pergi, dan kerapkali je bila waktu plan nak pergi tu. Dengar cerita, kerang dah takde T_T Hajat yang tertangguh. 
Jadi, tahun ni, dengan respons yang laju, terus je setuju nak pergi. Walaupun macam taksedar je diri exam midterm makin menghampiri. Namun apakan daya huhu. Dengan izin Allah, diizinkan jua untuk berukhuwah sambil menikmati alam semula jadi, ciptaan Allah yang indah itu.




Rasa tersangat lah geram dan eksaited yang amat sangat bila tengok kerang yang berteraburan di tepi pantai tu. Yang besar-besar gedabak, bergerak-gerak dengan cangkerang nya itu. Fuhhh, rasa nak kaut guna lori je. Eheh. Over pulak :p

Rasa seronok dan aman jela ber 'aktiviti' kt situ. Tak sesak. Tak ramai org Arab jugak. Erm, mungkin org Arab taktahu kerang tu boleh makan ekcelli, dan mungkin jugak dorg makan je tapi taktahu nak makan macam mana je kerang tu, nak masak apa semua. Kalau orang kita, boleh lah masak sambal kerang ke, rendang kerang ke, sambal taun ke~ Pergh, terliuq dah ni... Hehe.

Suka gambar ni. Stylo! 

Punyalah jaga taknak kasi basah. Sejuk weh sejukkkk


Ini lah geng saya. The part of le Family >..<

Selalu nya kerang-kerang ni banyak bila hujung bulan 12 hingga pengakhiran bulan Januari. Kalau taksilap lah. Jadi, rancanglah waktu percutian kalian sebaiknya. Mengikut pengalaman tahun sebelum ni, bila nak pergi dalam awal bulan Februari tu (musim winterbreak-cuti sekolah), kerang tu macam dah berkurang dan makin takde. Wallahu'alam. 
Pantai Dumyat adalah salah satu tempat peranginan yang seronok untuk dilawati. Pemandangan yang aman damai, angin sepoi-sepoi bahasa. Tak ramai orang. Tak sesak sangat, dan angin kt situ sejuk (ofkos lah, sebab datang waktu winter haihhh) Boleh buat BBQ, makanmakan, sukaneka, atau aktiviti sukan kekeluargaan ke. Menarik jela. 
Kalau naik tremco dari Tanta, setakat ni pergi balik 350LE. Jarak perjalanan memakan masa lebih kurang 2 jam setengah macam tu jugak lah. Mahal sikit mungkin tempat yang dituju adalah kawasan pelancongan. Eceh. Dan ekcelli, dekat dah Dumyat ni dengan Ras'el Bahr, yang dikatakan pemandangan kt sana lagi chantek (tapi takde kerang kt situ). Tapi, taksempat nak pergi huhu. Tu lah, ralit sangat kutipkerang. 

Okay, short update for the story.
Saya takde instag nak share banyak gambar kt situ. Saya takde twitter untuk tweet tiap kali 15 minit. Dan saya segan nak post banyak gambar kt FB sebab macam nak mencari publisiti pulak. Jadi, post kt blog jela. Syok sendiri. Eheh. Saya kan penyegan orang nya. Okay, ada orang bajet goodgood :p

Wallahu'alam. Nikmat Allah yang mana satukah kamu mahu dusta kan?
Selamat study kalian. 
Midterm is just around the corner.
Salam bye =)







No comments: