Tuesday, September 25, 2012

Tentang statistik final exam kami~

Naik bulu roma bila baca pasal statistik bawah ni~

*statistic exam first year batch 2011/2012

Out of 200+- first year student,
117 menduduki repeat exam

Result repeat exam:
14 org naik tahun tanpa carry.
29 org repeat first year.
71 org carry paper. 





Allah... Errrr, aku terkedu weh. Sedih. Terkilan. 
Aku tahu Allah sedang uji rakan-rakan yang terlibat. 
Namun, aku turut berasa syukur kepada mereka yang naik tahun, tanpa carry paper. Alhamdulillah, sangat-sangat bersyukur! 
You know what? Aku dah terasa... Macam mana weh, kalau yang naik tahun tapi ada carry paper tu. Allah~ Ni pun, kuliah 2nd year yang baru start dan tak sampai seminggu pun lagi. Dah terasa macam banyak nya nak kena belajar dan kena ingat dah ni. Memang dah takde masa nak main-main lagi. Kalau lah aku antara orang yang carry paper tuh. Aku tak tahu lah. Tak dapat bayangkan macam mana. Subjek 2nd year macam ni, subjek 1st year plak macam tu. Amboi, dugaan study. Mencabar kot. Aku doa supaya mereka kuat! Dan aku pun kena kuat, sebab subjek-subjek 2nd year ni makin mencabar. 
Awwwww~ Cuak nya....






Bukan niat nak perlekehkan diri sesiapa atau pun nak jadi orang yang berfikiran sempit. 
Tapi, kadang-kadang perasaan macam tu muncul dan tak salah biarkan ia keluar. 
TAPI! Jangan dan jangan (!!!) layan perkara-perkara negatif macam tu. 
Maka, dah jadi tugas kita untuk lawan balik dan cari semangat baru untuk bangun semula, 
serta bina kembali harapan+impian+azam kita supaya dapat berjuang ke medan ini dengan lagak yang macho serta bergaya T___T




Okeh! Fuhhh.. Tarik nafas dalam, hembus laju-laju.. Phewwww~
ulang sampai 3 kali.
Ucap syukur Alhamdulillah. 
Kerana masih diberi peluang untuk meneruskan perjuangan.
Tak kira lah korang tu kena repeat 1st year, atau naik tahun dengan carry paper, mahupun yang naik tahun tanpa paper. 
Apa-apa pun, BELAJAR LAH DARIPADA KESILAPAN LALU.
Pesan kt diri sendiri jugak ni.
Sering kali, terfikir-fikir>>>
apa yang kurang nya usaha aku?
apa yang aku terlepas pandang waktu urusan kehidupan seharian ku waktu lalu?
atau, apa pula kurang nya dengan hubungan sesama Allah mahupun manusia???
Banyak ke yang aku abaikan dulu?
Kena banyak muhasabah diri >.<

Allah tu sentiasa ada bersama kita. Cuma kita je yang sedar atau pun tidak, yang Allah tu sentiasa menanti kita datang kepada-Nya serta memohon pertolongan dan segala pengharapan daripada-Nya.
Baiknya Allah pada kita semua...

Lepas tu, jangan lupa banyakkan usaha! Dah usaha bersungguh-sungguh, DOA banyak-banyak plak.
Tapi, ini tidak. Mintak orang lain doakan itu ini. Tapi, taknak usaha. Hangat-hangat tahi ayam je. Setakat usaha yang bagai melepaskan batuk di tangga. Lepas tu, nak mintak ganjaran berdasarkan usaha yang ciput. Itu ke konsep tawakal yang sebenar? Ouh, tidak... Sila jangan kufur nikmat, okeh?! 
Sila muhasabah diri. Tingkatkan prestasi. 
Dah hidup setahun pun kt Mesir ni. Mana-mana 'amalan' yang tak patut diteruskan tu, sudah-sudah lah. Perlahan-lahan hentikan tabiat lagha tuh. 
Lepas tu, cari kawan yang agak-agak boleh booster kan semangat study korg setiap masa. Tapi, bukan bermaksud kau kena putus kawan dengan kawan lama yang takde semangat study tuh. Haha. Pandai-pandai lah kan nak oter macam mana kehidupan seharian sendiri. Pilihan di tangan masing-masing.

Apa-apa pun nanti, akhirnya... inilah kehidupan kita~
Whatever it is, back then it is YOUR LIFE!!!

Cakap pakai mulut memang lah mudah.
Taip guna jari jemari memanglah senang.
Tapi, yang akan hadapi semua tu. Adalah DIRI KITA sendiri juga. Fikir-fikirkan lah. 

Jangan cipta suasana yang membuatkan kita nak tuding jari kepada orang lain atas segala yang menimpa diri kita. 
Padahal semuanya berpunca daripada diri kita sendiri. Sebab kita ada hak untuk pilih, tolak, terima dan lain-lain lagi (~___~)


Tapi, kita sebagai hamba-Nya kena lah jugak yakin dengan Qadak & Qadar. 
Yakin dengan perancangan yang dah Allah susun untuk kita. 



Erk? entry ni tak berniat pun nak emosi. Hehe. Kasi panas sikit semangat tu. 
Yang lembik tak bermaya tu, sudah-sudah lah. Bayangkan kalau kita berputus asa sekarang, tapi dalam masa yang sama ada orang lain yang terus bangkit serta merta dan dia pula dapat kejayaan yang gemilang tapi kita masih lagi berada dalam suasana yang kelam. 

Sudah lah, jom tutup cerita! ^_^







Ayuh Study!!! 
Dengan semangat yang baru. Fisabilillah~


Ampun & maaf andai ada terkasar bahasa ataupun terguris hati mana-mana pihak. 
Saya tahu, saya pun harus belajar dari kesilapan lalu. Entry ni banyak dipengaruhi daripada kesilapan lama saya jugak. Saya bukan orang yang hebat berkata-kata dan cemerlang orang nya. 
SEKIAN, Wallahu'alam...


Sunday, September 23, 2012

Undilah saya...! Grrrr~


UNDILAH SAYA
NaDya Sarwani
CALON Khusus>>> Rumah Tangga
Berkelayakan dan memiliki sijil Cemerlang memasak, mengemas, membasuh, makan dan minum dengan banyak


Ya Allah! Sumpah gedik habis budak ni. Memang mintak pelempang lah tu. Euwwww, si gedikkkkk~ 
Ish3x...
Ekcelli, tetiba terdetik nak menggedik buat benda macam ni. Haihhh... Takde motif [==."]
Yela, sekarang mahasiswa/mahasiswi sedang gempur menjadikan laman-laman sosial seperti FB, twitter, blogger, instagram dan lain-lain lagi bagi meraih hati para pengundi. Ecewah~ Penuh news feed FB dgn pelbagai poster-poster para peserta.
Aku tabik dengan para bakal pemimpin ni. Serius! sebab bukan senang nak jadi pemimpin. Nak berkempen lagi. Nak fikir manifesto lagi. Haaaa?? Kalau aku, mahu terkedek-kedek. Lagi-lagi kalau bab kena berucap spontan depan-depan khalayak ramai. Amboiiii, mahu terketar-ketar lutut. Tak semua orang ada kelebihan dan kekuatan serta keyakinan seperti mereka. 
Tapi, percayalah bahawa bakat kepemimpinan tu sememangnya ada pada diri masing-masing. Cuma, kita nak asah bakat tu sampai tahap mana. Kan2??? 
Tapi, aku berdoa agar anak-anak muda yang berkecimpung dalam bidang kepimpinan macam ni. Tanamkan sifat 'aku bekerja untuk kebaikan semua orang' Bukan semata nak kan pangkat dan pentingkan diri sendiri je. Bayangkan, memanglah kita terpilih menjadi pemimpin. Tapi, lihat juga orang sekeliling. Mungkin ada yang lenih layak pegang jawatan tu berdasarkan kredibiliti dia. Jangan bekerja ikut nafsu semata. 
Kemudian, tengok lah negara kita sendiri ni. Banyak perkara yang perlu diperbaiki. You-know-what kena diubah. Akhlak, aqidah, dan sedikit sifat ketidakpedulian masyarakat Melayu Islam sekarang ni makin menjadi-jadi. Kita tak seharusnya, memandang hanya pada perkara untuk mengubah keadaan, tetapi sepatutnya kita lebih mengutamakan penambahbaikan sesuatu keadaan itu. Faham ke?
Mencegah lebih baik daripada merawat kan? >.< 
Wallahu'alam. Tetiba nak bersuara plak. Huhu.

Okay, cukup dah la tu. Hehe =)


Haaaa! Video ni sangat menarik untuk tatapan adik-adik Tanta nanti. Amboi, sangat beruntung adik-adik ni sebab ramai akak-akak & abang-abang senior yang dah tak sabar menyambut kedatangan korg. Hehe. 
Kalau aku pun, mesti nak join kot program ni. EHHH?? 

Apa-apa pun, nantikan kedatangan kami. EH???
Bukan lah, kami tunggu kehadiran anda di bumi Tanta yang indah dan permai ini. Ecewah~




Thursday, September 6, 2012

Misi bersama Ahli Bait>Cadangan pembahagian barangan pulang ke Mesir.


Tetiba rasa macam nak kongsi pasal pembahagian barangan yang nak di bawak ke mesir bersama dengan Ahli Bait. 
Berdasarkan pengalaman, kebanyakan benda yang ada kt Malaysia. Takde kt Mesir. Errkkk? Ape lah teruk sangat Mesir tu ya? Hehe. Bukan macam tu maksudnya. Sebenarnya ada sstgh barangan tu ada je terdapat kt Mesir tu, tapi dlm kuantiti yang terhad dan susah nak cari serta kadang kala agak mahal harganya. Yela, gaya pemakanan org Arab dan org Melayu ni lain sikit. Dorg mana ada makan bihun, kuey teow, keropok leko, laksa, karipap, dll. Kalau setakat, pizza, burger, fastfood, KFC, McDonald, spagetti, makaroni, roti, dll tu memang lah banyak. Merata-rata. Hehe.
Tu yang bila ada pembekal mknn cth macam bihun atau kicap ke kan, harga barangan jd up sikit. Tapi, takdelah tinggi sangat pun. Lebih kurang je sebenarnya kalau dah plusminus beza matawang. Hehe.

Kepada adik-adik yang baru nak dtg Mesir dan forever alone tu, eh bukan... (Kejam lah akak ni ==') Maksudnya, yang masih takde ahli bait atau mungkin terasa mcm nak berdikari dulu ke, atau tak dapat contact ahli bait yang takpernah dikenali sebelum ni tu, boleh tgok kt blog bawah ni sebagai rujukan barang-barang asas yang perlu dibawa :)


Dan, entry ni contoh barangan yg akak bawak masa mula-mula datang ke Mesir sebagai forever alone. Hikhik :p



Tapi, bila dah berbait ni, Senang sikit. Takdelah, rasa macam 'semua benda aku je yang kena' >.<
Hurm, lepas dah perah otak (konon) dan bahagi barangan makanan yang agak penting mengikut citarasa lidah Jawa saya ni. Maka, terhasil lah jadual di bawah. Hehe :p


NADIA
Sos tiram: 3 botol
Rempah kari: 5 peket BESAR
Sup Buncut: satu baris(yg mcm kedai tuh)
Kiub tomyam: 5 kotak
Asam keping, kayu manis, rempah ratus
Kiub ikan bilis, daging, ayam, sayur: 10 kotak

*Pecal, Belacan, Bawang goring, Suhun, kerisik, laksa kering 1 bungkus.



Barang yang wajib semua perlu bawak…

-Santan. Kalau boleh bawak 10, tapi paling minimum 5 bungkus ke atas okeh J

-Ikan Bilis: 1kg seorang

-Bihun kering: 3 bungkus. Boleh tak? Ke banyak sangat? Hehe…

-sardin: 2 tin sorg J

-Perencah Nasi goring: minimum sorang bawak 5, bwk lebih pun bagus… apa2 perasa, tak kesah~





*lain2 barang yang dicadangkan
-Keropok ikan
-Maggi tomyam. Yummy2 :p
-nestum
-agar-agar
-serbuk dadih
-barang nak buat kek( esen vanilla, pewarna kek, blueberry filling)



Sape nak bawak perencah brahmin’s tu, sgt digalakkan J
AFIKAH
Kicap: 3 botol
Milo: 2 peket besar
Rempah kurma: 3 peket BESAR
Serbuk cili: 3 peket BESAR
Kiub tomyam: 10 kotak
Kayu manis, Asam keping
Cili kering: 500gram


IZYAN
Sos Cili: 5 peket (cari yg peket tau, bukan botol… Ada kt giant atau tesco)
Serbuk kunyit: 3 peket BESAR
Serbuk cili: 3 peket BESAR
Kiub tomyam: 5 kotak
Lada hitam, lada putih
Udang kering: 500gram (ada ke?)


FATIN Nabilah
Sos Cili: 5 peket (cari yg peket tau, bukan botol… Ada kt giant atau tesco  
Milo: 3 peket besar
Rempah kurma: 3 peket BESAR
Asam jawa: 3 peket BESAR
Cili kering: 500 gram
Kiub ikan bilis, daging, ayam: 5 kotak

Kak AISYAH
Kicap: 3 botol
Milo:2 peket besar
Serbuk kunyit: 3 peket BESAR
Serbuk cili: 3 peket BESAR
Bawang goring
Lada hitam, lada putih

AFIRAH
Sos tiram: 3 botol
Rempah kari: 5 peket BESAR
Sup Buncut: satu baris(yg mcm kedai tuh)
Asam Jawa: 3 peket BESAR
Cili kering: 500 gram
Teh uncang. 1 kotak(100 uncang) cukup dah kot.
Udang kering: 500gram(ada ke?)


*Ikan MAsin, Ikan pekasam, Serunding,


Untuk pengetahuan, ahli-ahli bait saya pun orang Jawa jugak. 
Ahah. Tipu je. Saje je nak bergurau. Waktu buat jadual ni, dah tanya pendapat masing-masing. Alhamdulillah, semua menyetujui.
Nampak macam ringan dan sikit je kan? Tapi, memandangkan beg berat bagasi masing-masing adalah berbeza sebab naik flight yang berasingan dan mungkin nak bajet bawak barangan peribadi yang lain juga, maka sedikit kelonggaran telah diberikan. Ecewah~
1. WAJIB>>>Beli barang yang dah tersenarai untuk anda. Tapi, boleh kurangkan kuantiti yang ingin dibeli. Paling kurang 2 peket/botol/baris

Eh, tu je kot kelonggaran nya. Hehe. 
Yang lain-lain tu, pandai-pandailah sendiri nak oter. Lagipun, dah ada pengalaman hidup bersama serumah. Jadi, masing-masing faham macam mana erti kehidupan kita berumah tangga ni kan. Ececehhh...
Saya dah bagi panduan di sini untuk memudahkan semua. Pilihan di tangan anda.





Sebahagian barangan mknn yang dah masuk dlm beg
Memandangkan, saya antara ahli bait yang dah beli awal sebab balik nun di sana paling awal. Maka, itulah gambaran barangan yang telah dibeli. Jangan risau - ikan bilis, keropok lekor ada je. Hehe.
Tak sangka plak, lepas dah cuba timbang berat-hampir 15kg jugak kot jumlah barang2 ni. Amboi~ Belom lagi campur beg berisi baju. Baru letak baju blouse dan seluar slack je pun, dah jadi 10kg. Apa cer? Hehe. Tapi, takpe lah. Boleh tumpang orang lain. Ehem2...

Tu je kot setakat ni. 
Sila jangan abaikan sikit pun barang makanan asas yang tersenarai. Nanti diri anda akan terasa sangatlah...... d>>>> @_@ <<<
Gitu! Haha... Siyes tak tipu..
Ekcelli, nak cakap sikit kalau-kalau ada yang terlintas macam ni. 
Senarai barangan yang dibawak ni, macam nak buat kenduri je kt sana tu? Bukan sampai mcm tu. Cuma nak simpan sebagai bekalan je. Percayalah, bila dah sampai kt Mesir, semua benda yang ada kt Malaysia kita dok kempunan. Nak itu lah, nak ini lah. Tapi, bila dah ada kt Malaysia macam dah lupa semua benda yang kempunan tu. Hehe. Betul! Alang-alang, bila bawak semua barangan tu, kadar HOMESICK tu takdelah mendadak sangat. Tiap masa asyik fikir rumah je.
Bila peratusan homesick tu kurang, boleh lah kita study dengan tenang. Kan3x??? Hehe :)
Alaaa, banyak songeh plak. Alasan~  Tapi, Kalau korg jenis yang terima je mana yang ada dan jenis yang tak makan banyak. Okay je kot. Boleh lah survive kt Mesir tuh. Lagi satu, boleh amalkan gaya pemakanan yang sihat. Takyah risau pasal makan. Kurus je bila balik Malaysia nanti. Ecewah~


Last but not least...
Don't forget to bring this. Sooooo important.

Plug 2 pin



Tapi, ada je jual kt kedai elektrik sana. Cuma isu kualiti jela. Harga pun 3L.E. Lebih kurang Singgit LimaPuluh Sen gitu. Jadi jangan harap lah ia boleh tahan lama. Hehe.
Melainkan anda seorang yang cermat orangnya ;)