Showing posts with label facebook. Show all posts
Showing posts with label facebook. Show all posts

Saturday, March 24, 2012

Belajar la weh! #edit punya



Salam ukhuwah buat teman-teman yang disayangi sekalian!

Hurm, aku kan tergerak lah nak tulis entry pasal topik nih. Tak tahu kenapa, tapi aku rasa tak puas hati sangat-sangat. Lagi-lagi, dapat ilham dari entry blog  Dr Faizal ni. Topik yang dibawa tak hangat mana pun, cuma tulisan dalam entry tu yang memberi impak besar kepada mana-mana pihak yang membaca. Pergh, aku baca 10 kali pun tersentap berkali-kali. Haha. Aku tak tahulah kan, kalau ada yang tak rasa apa-apa. Kebal kot hati jiwa raga kau, kalau tak terasa! Haishhh~

Nak membebel lah kejap. Boleh tak? kalau tak boleh pun, suka hati lah. Ini belog, aku yang punya. Bukan kau, kau atau kau! Hahaha... :p

Sebelum tu, aku nak cakap yang aku bukan manusia sempurna pun.. Nak komen itu ini dan cakap itu ini semberono je. Tapi, mungkin hanya teguran, nasihat ataupun mungkin sekadar kata-kata kosong??? Entahlah, bergantung pada penilaian masing-masing lah. Ada aku kisah?




Ayat yang paling terkesan dalam entry Study la wei! tu ialah,

Kalau tahun satu nak pergi mesir tu menangis-nangis ahli keluarga di klia nak melepaskan kita pergi berjihad kat Mesir ni. 
Dah sampai sini, lain pulak dibuatnya!! 




Dan jugak!


Ini time belajar, 
sibuk main, 
sibuk berpersatuan, 
sibuk politik sana sini, 
sibuk main game, 
sibuk nak bawa kawan oversea berjalan kat mesir
sibuk pulak nak dirikan rumah tangga
sibuk berfotografi dengan kamera nicon, 
sibuk buat blog ( yang ini, aku agak terasa. Tetiba nak tutup belog! Haha)  dan website bla bla bla bla,
maka focus dah hilang, study pun macam tak study 



Kalau bagi pihak akhawat plak kan, aku rasa nak edit je ayat tu.. Okay, kalau aku kan... nak tambah ayat ni..

Ini waktu untuk study,
ini tidak...
Sibuk nak mencuba resepi baru,
Sibuk nak kongsi resepi,
Sibuk nak berniaga makanan,
Sibuk nak cari Drama Korea terbaru,
Sibuk nak tengok movie itu ini,
Sibuk nak 'anyam ketupat' dan bergosip potpetpotpet...
Sibuk dengan window shopping
Sibuk teruja dengan mamat-mamat hensem, dan blablabla...
Maka, fokus dah hilang... Belajar pun macam tak belajar!!!


Haaa? Terasa tak?! Damn it. Secara jujurnya, aku pun selalu jugak buat perkara-perkara lagha kt atas tu. Tak dinafikan, memang jadi lalai dan leka. Seharian tak buat apa-apa, maksudnya TAK STUDY dan masa terus berlalu begitu sahaja. Lepas tu, dok menyesal sebab membuang masa.
Dalam hal ni, kita nak salahkan siapa? Tepuk dada, tanya lah selera... Whatever~ Tak payah nak pandang kanan, toleh kiri, tengok depan, lihat belakang... Tapi, renunglah diri sendiri tu dulu. Siapa suruh tak bijak dalam menguruskan masa? Haaaa!


" Kita ambil perubatan, bukan perakaunan, bukan business, bukan art, bukan agama
Tak cukup ilmu salah diagnose, salah ubat, salah itu salah ini pesakit mati dalam tangan sendiri. 
Cubalah sedar sikit. Di Malaysia sangat competitive
The more u know the wiser u’ll be. NO boundaries for knowledge. 
Kalau tak cukup ilmu, buat silap, kena marah kat consultant, tak pun disaman patient, jangan salahkan orang lain, salahkan diri sendiri yang belajar macam tahi. "



Pergh, mulut laser you! siapa kt sini yang belajar macam tahi tuh? Aku suka orang mulut laser ni.
Yelah, mana tidaknya. Kadang-kadang aku tak puas hati sangat-sangat kalau orang tu dok sibuk buat itu ini. Padahal takde kaitan pun dengan study. Lepas tu nak salahkan keadaan kalau result exam macam tahi??? Apakah? Tak salah pun nak libatkan diri dalam... Errr, sebagai contoh jadi AJK persatuan ataupun EXCO apa-apa jelah kan, tapi selagi kau tu tak berdaya nak imbangkan masa antara persatuan dan study. Baik takpayah lah. Bukan nak salahkan persatuan ke apa. But, everybody knows their own capacity right? Then, choose the right path which suits to yourself!
(Btw, aku sangat tabik dengan mereka yang cemerlang dan hebat dalam mengimbangi antara study dan hal bukan study! ^^, )
 Macam mana plak dengan orang yang tak join apa-apa pun, tapi asyik duk terperap dalam rumah untuk study. Okay, it's fine. Takpe. Aku tak kisah.
*Kalau betul lah dia study! 
Tapi aku sangat tak puas hati kalau orang tu  dah lah duk senyap-senyap, tengok punya tengok takdelah study apa pun. Tapi, duk melangut dengan benda-benda lagha lah, tidur lah. Haishhh, panassss je...
Lepas tu, result cukup-cukup makan jugak.. Sama taraf dengan orang yang duk sibuk join aktiviti itu ini.
Lepas tu, dapat result exam nak komplen itu ini. Come on lah!
Dalam hal ni, pihak mana yang beruntung??
Tepuk dada, tanyalah iman. Korg dah besar, boleh fikir mana baik dan buruk.

Lagi satu, bab ponteng kuliah ni. Korg tahu tak, yang jam kredit kita belajar tu adalah berbayar? Korg tahu tak 'bayaran' tu apa? Guna duit okay! Bukan guna daun, air liur ataupun percuma je. Tahu kan? Sekarang siapa yang kufur nikmat??? Sebelum tuh, cuba korang baca, artikel Escape The Class ni. Sedar tak apa tanggungjawab kita.
Eh, aku tak kisah lah korang nak ponteng ke apa. Lantak pi korang lah kan? Korang gadaikan duit Mak Bapak korang jugak. Takde kaitan langsung dengan hidup aku. Suka lah kan kalau keberkatan dan kepercayaan mak bapak korang tu hilang dari kehidupan korang? Na'uzubillah.
Pandai-pandailah fikir! Masing-masing dah besar panjang. Membebel panjang pun bukan nya korang nak dengar. Lepas tu, nak bajet GoodGood :p

Itu belum kira yang ponteng kuiz lah, assessment lah, practical lagi. Haishhh, aku pantang betul lah. Hebat sangat ke sampai semua benda kau nak ponteng?????

Aku cakap panjang-panjang kt sini. Bukanlah untuk kutuk atau mengherdik mana-mana pihak pun. Tapi, jugak nak nasihat kepada diri sendiri. Dan, mungkin juga berdasarkan pemerhatian aku selama ni. Aku tak salahkan semua orang. Aku tak kisah pun, kalau lepas kau orang baca entry ni nak cakap kt aku,
'Eleh minah ni, cakap nak bajet goodgood je.. Diri sendiri pun ntah apa-apa'
Eh, so what? Jangan nak sibukkan diri aku. Sibuk pasal diri kau orang tu.

Dalam hal ni, siapa yang tak suka tengok kawan-kawan berjaya. Dah lah belajar sama-sama, satu kuliah, makan sama-sama, tidur sama-sama, stay up together-gether! Lepas tu, dapat MUMTAZ sama-sama. Perghhh! perasaan yang terungkap melalui kata-kata. Mestilah seronok!

Cuba bayangkan kalau ada di antara rakan-rakan kita yang tak sukses dalam study. Macam mana nak raikan kejayaan bersama-sama?? Nanti kita yang berjaya ni Syok Sendiri je. Tak best lah kan...
Itupun, kalau yang betul-betul dah usaha tu, okay itu tak kisah. Mungkin ada lagi perkara yang dia terlepas pandang ketika study. Senang jugak lah nak 'comfort' kan dia tentang kegagalan tuh

Cuba lah kalau kawan korg tu, gagal exam.. Lepas tu korg tahu yang dorg tu jenis yang asyik tidur, asyik berinternet, asyik ponteng kelas, asyik berangan itu ini, asyik teeetttt.. Korg nak redakan masalah kekecewaan dia pun susah kan. Tak kan lah nak ungkit balik dengan berkata-kata,
' Haaa! tu lah kau. Aku suruh study, tapi kau sibuk dengan benda lain. Kan dapat result macam ni~'
Kalau kawan tu dapat terima ayat macam tu. Okay lah! Kalau jenis yang memberontak? Tak pasal-pasal putus kawan. Lagi lah sedih! Ish3x...

Kalau dah tahu diri tu tak pernah nak usaha untuk mendapat yang terbaik. Dan dah berusaha sehabis yang mungkin hingga ke titisan darah yang terakhir pun!
Tak payah lah nak bajet, dan mengharap untuk dapat result yang gempak, yang fullmark tu! Tak payah lah nak... Urggghhhhh~
Lebih baik cakap kt diri sendiri,
' Padan muka kau!!! '



Just do our best. Do what you can, with what you have, right where you are-
result tu kemudian cerita, tu rezeki masing-masing . 
Saya percaya rezeki itu setimpal dengan usaha yang kita berikan kerana saya percaya Allah Maha Adil. 
Ini belajar bagai membuang batuk di tangga, pastu claim tak ada rezeki, berimankah dengan sifat Allah Maha Adil tu?? 




Akhir kata, kita kena berbalik semula kepada diri sendiri. Ingat Allah! Ingat apa janji Allah. Semua perkara yang berlaku ada sebab, ada hikmahnya, dan ada kelebihan dan keburukan nya.
Janganlah nak berserah sangat. Lepas tu, nak salahkan Qadak dan Qadar plak? Nak salahkan Allah sebab tak bagi result terbaik kt 'aku' ??? Astaghfirullah. Come on lah! Cuba hayati ayat ni,

" Dan manusia tidak akan mendapat kecuali apa yang telah dia usahakan. 
Dan segala yang diusahakan akan diperlihatkan dan kemudian dia mendapat keputusan dan balasan yang setimpal dengan apa yang telah dikerjakan"
Surah An-Najm; 39-41






Fuhhh, lega dapat berleter! Sedar tak sedar. Memang panjang aku duk membebel. Errr, maaf banyak-banyak. Sebab aku pun join Dr Faizal tu bermulut laser. Aku tak point kt siapa-siapa pun. Sebab nya lagi, kalau aku tunjuk siapa yang bersalah dalam hal ni umpamanya, padahal ada 4 jari lagi yang menghala kt aku. Maknanya, kalau aku kata orang. Lagi banyak kekurangan tu datang dari aku.
(hayati lagu tema belog ni jugak tau.)
Tapi, tak kisah la kan. Aku tahu siapa diri aku. Aku sedar!
tapi, ANDA sekalian sedar tak siapa diri anda? Hurmmm, lu pikir lah sendiri.
By the way, I'm Sorry! (^^,)





Yummy, Strawberry Mesir yg sangat sedap+manis+lazat dan murah juga!
Gambar hiasan semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang mati! Heeeeee~




Perghhh!! Habislah aku kena banned lepas ni! =p
cuak tak cuak. Haha....








Wednesday, September 28, 2011

Menghitung Hari pula




Eh, aku tak cakap lagi kan. Bila aku nak gerak ke MESIR. Hehe. Payah plak nak kena cerita satu-satu ni. Kepada yang dok tanya itu ini tu..... Tolong lah jenguk blog aku ni haaa. Malas tau nak jawab soalan korg. Lagi-lagi, aku malas gler nak on9 FB guna laptop dah sekarang ni. Segalanya bosan kt situ & buat tambah dosa je! Hendap sana sini kan. Mata ni dah lah tak boleh duduk diam. Asyik menerawang je kt komen-komen orang! hehe.
Kalau on9 pun, guna fon je.. Lepas tu, kalau on9 kt laptop pun sebab nak update blog. Dan, bertambah malas kalau-kalau ada orang tegur kt chat. Rasa-rasanya dah off9. Tetiba 'hidup' plak chat tu kan. Urrgghhh, jgn lah menyibuk sangat.. Haha.. Okay, saya memang membosankan!! :p

Sudah-sudah lah tu ya! berbalik kepada topik asal kita di sini.



' Bila kau akan fly ni Nad? '

Eh, nak fly camne? Kepak takde weh! Hehe. Okay, saya bergurau jap! Errr, InsyaAllah 3 Oktober ni. Jatuh pada hari Isnin plak. Adoyaiii, untunglah kengkawan aku tak dapat nak jenguk. Kurang sikit rasa sedih di hati. Kalau tak, bertambah lah sesi air mata kt sana tu nanti.
Flight aku ni kedua yang terakhir berlepas. Medicmesir buat 7 sesi penerbangan untuk tahun ni. Maknanya, ada yang dah sampai kot kt sana. Peh! cuak kebebehhh ni...

Berikut adalah jadual aktiviti kami kt airport tu.


Kami dikehendaki berkumpul 4 jam sebelum kapalterbang berlepas.






GULF AIR: Berkumpul di Bay K 

0700 pagi : Pelajar daftar nama dan bag pada petugas MedicMesir di KLIA
(Tag bag akan diberikan kepada setiap pelajar)
0800 pagi: Bag disusun di kaunter check in. Urusan ‘check in’ berkumpulan tetapi timbangan bag dibuat
satu persatu.
0900 pagi : Sessi Taklimat keberangkatan kepada ibu bapa dan pelajar
0930 pagi : Acara bebas pelajar bersama keluarga
0955 pagi : Berkumpul semula di hadapan ‘escalator’ untuk masuk ke zon ‘boarding’
( Semua pelajar masuk secara berkumpulan diketuai oleh ketua rombongan)
1055 pagi : Kapalterbang berlepas
1340 ptg : Tiba di Bahrain .(Pengangkutan , Hotel dan Makanan Malam / Sarapan disediakan PERCUMA)
(InsyaAllah, anda akan solat Jamak Takhir , Zohor/Asar setelah masuk di hotel)


Semasa di LapanganTerbang Bahrain, anda HANYA perlu membawa keluar bag ‘Hand Carry’. Bag ‘Check in’ tidak dikeluarkan sehingga sampai ke Cairo. Oleh itu, anda mesti menyediakan satu salinan pakaian yang sepatutnya.


Keesokan harinya
0800 pagi : Bertolak dari Hotel ke Lapangan Terbang Bahrain (pengangkutan disediakan)
1015 pagi : Kapalterbang berlepas ke Cairo
1235 petang: Tiba di Cairo


.
.
.
.
.
.






Maka, menghitung hari, jam, minit, saat dan detik lah aku ni haaa. Nak kata berdebar-debar macam amik result SPM atau PASUM dulu tu. Xde lah. Biasa-biasa je. Don't expect too much kot, if not you'll be cracked!! Haha.


Aku pun tak mintak sangat kawan-kawan aku pergi hantar sampai ke airport. Lagi-lagi hari ISNIN plak tuh. Memang tak dapat lah kan. Ada yang bagi alasan, kelas full lah. Ganggu waktu tidur lah. Takde transport lah. Tapi, nak buat cmne. Kalau aku pun, memang tak kan datang lah kalau kita dah ada komitmen lain yang lebih penting dari dok hantar kawan ke airport semata-mata je! Hehe.. :p
Takpe, aku akan bawak kenangan kita bersama dalam hati ni.
Korang kirimkan doa untuk aku pun, dah cukup tau! Terima kasih banyak-banyak...




Moga-moga segala-galanya, berjalan dengan lancar ketika di airport. InsyaAllah...












Wednesday, September 21, 2011

Interface baru Facebook: Stylo??



Pergh!
Mark Zuckerberg ni memang suka update facebook dia ni kan. Ntah jadi apa je.. Haha..
Waktu pertukararan stail fb chat dulu tu pun, ramai yang komplen itu ini. Ada yang positif & tak kurang jugak yang negatif.. Aku plak, semestinya tak suka! Hehe.. Nampak macam buruk je.. Melekat kt sebelah kanan tu ha! Pastu, cm susah nak tahu mana orang yang on9 dengan yang tidak?? Apa lagi, bila dah tahu cara nak tukar.. Aku pun cepat-cepat buat! Hehe.. 
Lagi satu, ingat tak fb yang dulu-dulu tuh... Aku pun tak suka jugak. Dengan format group yang berubah lagi.. Makin serabut aku tengok.. Semak sana- sini!

Yang baru ni lagi lah.. More complicated n no privacy!!
Privasi kita di fb makin tidak terkawal. Hehe. Terdedah sana sini. Apa sahaja yang kita bualkan atau kongsi... Sama ada komen, atau status, atau gambar. Memang semua orang akan perasan.. Tak caya?!? Usha sendiri INTERFACE FB baru ni.. Hehe.. :p

Bagi aku lah kan...
APa yang lain nya ialah~



1. Notification bar





Kalau anda perasan lah kan, waktu dulu... Notification bar yang biru ni akan hilang apabila kita scroll ke bawah... Lepas tu, bila dah sampai ke bwh sangat lepas dah penat stalk itu ini... Kena lah naik atas balik sebab nak tgok notification... Haha!
Tapi, yang baru ni plak.. Benda tu akan sentiasa melekat ke atas tu je.. Best tak??? Hehe.. Mula-mula tu aku keliru gak.. Tapi, syok plak.. Sebab tak payah nak scroll atas sampai ke atas balik, supaya jumpa bar biru tuh semata-mata nak tgok notification je~ 
Nak pergi profile sendiri pun senang kot. Dan, dye tak guna dah 'Profile'  tuh, tapi 'NAMA FB' sendiri! Hehe.. Part yang ni aku suka!



2. Scroll Box Gerak sendiri



Betul ke nama tuh? Haha.. Ah! Aku redah je sebab benda tu gerak-gerak lah. Macam yang ada kt blog yang traffic bagai tu ha! Agak serabut gak mata aku ni... Sebab mata aku mesti tertarik nak tengok benda tu je. Haha.. Pastu, mula lah nak usha komen n wall post orang. Menyibuk tak tentu pasal! Hehe..
Tapi, nampak menarik lah jugak.. huhu..
Aku ada baca yang benda tu ada kaitan dengan Twitter & Google Plus.. Mungkin dorg punya hal kot nak bersaing itu ini kan.. Aku malas nak amik tahu sangat! Lagi-lagi aku takde akaun si Twitter & Google Plus tu. Haha...
Aku benci part yang ni.. Agak mengganggu privasi lah plak!



4. 'Triangle' for Top News


Fb baru ni plak, ada bahagian-bahagian dye lagi. Perasan tak yang segi tiga 'bold' tuh?? Tanda segi tiga tu ialah status orang tu terpilih dalam senarai Top News!!! Dan kte boleh gak kalau nak mark kt mana-mana post kt News Feed tuh sbg Top News...
Benda-benda ni yang memang serabut!! Cmne aku nak tgok Most recent & Top News tu eh? Tak jumpa lagi lah~ Adoyaiii... Penat lah nanti nak scroll sampai bawah sebab nak usha itu ini! haha.. :p
Macam-macam lah...



5. Left bar




Bahagian yang ni pun aku suka gler!! Sangat menyenangkan aku bila nak pergi ke mana-mana group. Hehe. Dan jugak, kau boleh tgok post/status orang ikut tempat/group/sekolah/saudara mara.. Ikutlah mana yang kau nak. Setting ah sendiri kan! Hehe.. memang baru!!  


Interface baru FB ni memang ada yang serabut dan tak kurang yang best dan menyenangkan! Hehe. Malah, ada juga yang mempengaruhi kawalan privasi seseorang.. 
Tapi kan, kalau taknak hidup korg diintip oleh orang asing. Baik tak perlu ada akaun FB ni langsung ya! Deactivate je! :)



Tapi kan, korg nak tak tukar kepada FB yang LAMA tu semula tak??!! Hehe.. Mesti nak kan?!

Meh singgah blog Luqman Hakim ni..



Aku tak tahu lah bila nak tukar.
Nak layan jap stail baru FB ni jap.. Haha..
esok-esok ke tukar??? 
ke takpayah kot.. tengok lah cmne nanti ya! :)
Korg semua, semoga enjoy jela. Baik ke, buruk ke, huduh ke?? Buatan manusia kan... Kena terima seadanya...







Bingkisan idea dari  Firdaus Life








Tuesday, September 20, 2011

Need You now









Picture perfect memories
Scattered all around the floor
Reaching for the phone 'cause
I can't fight it anymore

And I wonder if I
Ever cross your mind
For me it happens all the time

It's a quarter after one
I'm all alone
And I need you now
Said I wouldn't call
But I've lost all control
And I need you now

And I don't know how
I can do without
I just need you now

Another shot of whiskey
Can't stop looking at the door
Wishing you'd come sweeping
In the way you did before

And I wonder if I
Ever cross your mind
For me it happens all the time

It's a quarter after one
I'm a little drunk
And I need you now
Said I wouldn't call
But I've lost all control
And I need you now

And I don't know how
I can do without
I just need you now

Whoa, whoa
Guess I'd rather hurt
Than feel nothing at all

It's a quarter after one
I'm all alone
And I need you now
And I said I wouldn't call
But I'm a little drunk
And I need you now

And I don't know how
I can do without
I just need you now
I just need you now

Oh baby, I need you now



#Lady Antebellum
















Monday, August 15, 2011

Anda pun boleh berlagak mempunyai Blackberry melalui status facebook




Jom sama-sama join saya 'memiliki' status yang mempunyai 
via BlackBerry



Haha.. Sumpah gedik dan mengada-ngada ya! Aku tahu lah aku tak semampu tu nak ada bb yang betul-betul punya. Hanya mampu buat fake status je pun.. Hehe..
Itupun, semua org dah fuyoo2.. Dan paling tidak pun, ada yang dok minta pin bb lagi.. Aduhai, maaflah. Saya memperdayakan kawan-kawan tersayang ku.. Huhu..
*penangan bb ni memang hebat eh?? 
Yela, dah ada henset mahal-mahal. Buat apa nak simpan dalam poket je. Mestilah kena bagitahu kt orang kan.. Dah la, BlackBerry plak tu.. 
Tangan di dada mata kt atas~ 
Tiada diskriminasi HP kt sini ya! Hehe...



Mula-mula aku nak cari page Android kt fb je. 
Lepas tu kt page tu aku baca komen orang ramai tentang ketiadaan 'via Android' macam sebelum ni. Tapi, tetiba jadi 'via facebook mobile' je. 
Kemudian plak, ada orang post yang dia boleh buat 'via Android' tu..
Cara nya ialah... Melalui application fb yang dia sendiri cipta. Haha.. Macam-macam kan sekarang ni.. Aku pun apa lagi. Pergi lah godek-godek jap.


Yeahhh!! I Found that application.



Inilah dia wall bagi application tu.

Aku pun saje je cuba update status guna application ni. Tapi, aku tak guna via Android. Sebab ternampak lain-lain ICT gadget plak.. Haha.. Tangan dah gatal ni.. 
Huh! BlackBerry~ Aku pun guna yg tu.. Post kt wall. Yeah, it was working lah... Haha.. Evil laugh. Akhirnya, aku sudah 'memiliki' BlackBerry tu.. 
Padahal on9 guna lappy je. 
Nak join jugak ke???
Nah, amik LINK ni





Tak cukup sampai situ je.. Aku ni memang suka main godek-godek.. Jumpa lagi satu aplikasi. Lebih kurang je pun, tapi aku belum cuba main guna yang ni. Korang cuba lah sendiri ya! 
Yang ni plak, singgah kt SINI...
Enjoy...



contoh Wall tersebut



Harap-harap kamu semua terhibur dengan fake status anda nanti.
Anda boleh on9 melalui bb, Android, Ipad, iPhone mahupun iPad.. Hanya dengan menggunakan application di atas.  Haha..



Adakah aku seorang yang ketinggalan, 
sedangkan orang lain dah lama tahu pasal benda ni???