Orang dah lama update pasal raya. kau plak baru terhegeh-hegeh nak cerita. Haha. Apa benda lah yang kau sibukkan sampai tak sempat nak update!
Errr, aku baru terasa rajin nak tulis lah... Hehe..
Ada lah cerita ni haa, nak kongsi sikit-sikit~
Okeh, jom kita mulakan....
Malam Raya
Aku dah balik kampung, seawal hari sabtu kot. Bayangkan, dah berapa lama duk bermastautin kt umah nenek tuh. Padahal, jarak kampung dengan rumah sedepa je. 15 minit dah sampai kampung.. Memang tak terasa nak terkinja-kinja sambil nyanyi lagu 'Balik Kampung' Sudirman tu pun.. Haha. Adik-adik jela kot, yang teruja setiap masa kalau dapat balik kampung
Pada mulanya, aku masih jangka yang raya akan jatuh pada 1 Okt (Khamis) tuh. Tu yang aku pelik, apsal nak balik awal sangat.. Sabtu kot.. Lepas tu, Mak cakap.
' Kamu tak tahu ke? Kita mungkin akan raya pada Hari Selasa (30 Sept)'
Haaa?? Apsal aku blur n taktahu pasal benda alah tu?? Haha.. Nampak sangat tak mengikuti isu semasa.. Aku pun, layan jela..
Pejam celik, dah malam raya.
Lawak jugak kot malam tu.
Cadangnya nak tunggu pengumuman lah kan. Waktu tu, bukak tv pun dah pukul 8.25 malam. Biasanya, dalam waktu tu dah ada pengumuman.. Tunggu punya tunggu, tak muncul-muncul jugak apa yang ditunggu. Hehe..
Dah nk dekat pukul 9 pun takde jugak.. Masing-masing dah gelabah. Aku relax je.
Adik-adik dah tgh riuh main bunga api kt luar.. Aku sabar je dulu, dah konfem esok raya. Baru aku akan join korg main..
Akhirnya, bukak tv 1.. Ada Takbir.. Peh, memang konfem esok nya raya! Yeaaayyy!!!
Rupa-rupanya, pengumuman tu dah ditayangkan kt TV.. Seawal pukul 8.. Patutlah pun..
Kemudian, dengan sepantas kilatnya... aku keluar rumah.. Main bunga api dengan adik-adik n sepupu.. Haha..
Padahal, mak bising-bising kt dapur suruh tolong dia masak, isi kuih dalam bekas, buat kek.. Ah! Apa aku kisah?? Tak kira, nak main jugak.. Alaaa, kejap je pun.. Dah abis sekotak bunga api besi tu, aku masuk lah rumah... Hehe... :p
Bintang api-api.
Tak dapat bintang di langit pun takpe lah. Bintang bunga api besi pun jadi! Layan je...
Keindahan bunga api besi!
Satu Syawal
Tahun ni, pagi raya aku dan keluarga agak luar biasa.. Hehe..
Apa yang luar biasa nya?? Yela, kalau tahun-tahun sebelum ni. Pagi raya tu, kau akan gerak ke Sepintas. Kampung aku yang lagi satu.. Yang jarak nya pun sedepa jugak tuh.. Hehe.. Kiranya , solat raya kt sana lah kan. Tapi, tahun ni lain sikit..
pagi raya pun, aku masih lagi kt situ.. N bersalam-salam serta bermaaf-maafan kt rumah nenek bendang ni. Suasana hening sini memang lain skit. Hehe..
Lepas sesi bersalaman, Apa lagi.. Sesi bergambar lah pulak kan. Hehe.
Err, gambar famili eh? Ada, tapi kurang cantik lah. Gegar sana sini. Maklumlah, kamera 'mahal' memang sensitif dengan gegaran. Haha. Kena ada yang betul-betul profesional yang guna. Baru cantik! :p
Permata Hati |
Adik Beradik yang gempak sentiasa. Haha. |
Kemudian, baru lah gerak ke Sepintas tuh.. Kt situ lah bermula nya ziarah raya kami, dari satu rumah ke rumah yang lain. Pusing sana sini, dekat 5 buah rumah jugak lah..
Sampai tengah hari...
Tengah hari tu rehat sekejap. Balik umah nenek bendang semula... Penat lah jugak.. Tapi, nak rehat apa je?? Tetamu tak putus-putus datang ke rumah nenek. Nasib lah tak kena buat air.. Sebab ada air oren botol tu. Hehe.. Tinggal masukkan ais je..
Lepas Asar, sambung lagi.
Kali ni trip ke Sungai Air Tawar plak. 4 buah rumah lagi. Peh, macam ni lah gaya nya kalau ramai sedara mara nya. Tak habis-habis..
Lepas Maghrib pula, terus gerak ke rumah Atuk Bongsu tu.
Memang tiap malam 1 Syawal, acara berkumpul antara kaum keluarga sebelah emak / adik beradik nenek aku ni akan berlangsung. Dah jadi acara tahunan pun.
Lepas Isyak, acara pun mula..
Ada tahlil , ceramah nasihat-menasihati, jamuan ringan, bersalam-salaman dengan orang tua..Tu jela acara nya... Potpetpotpet pun.. Tengok jam dah pukul 11.30 malam.. Sampai kt rumah, pukul 12 lebih lah jugak. Peh!! Tiap tahun macam ni lah kami. Hehe.
Jamuan ringan yang sederhana sahaja... |
Dua Syawal
Raya kedua pula, pergi beraya rumah Wak ataupun makcik2 di Sungai leman, Sekinchan dan juga Tanjung Karang..
Kali ni pun, beraya ke rumah-rumah tu.. Sampai pukul 11 malam. Hebat kan?!!
Penat tu tak terkata lah. Mata dah tak tertahan kot. tapi, nak wt cmne. Dah nama pun beraya kan.. Hehe..
di tepi sawah |
Muka masih lagi fresh di awal pagi.
Waktu petang n malam.. Usah cerita lah. Ntah sememeh macam apa je! haha.. :p
Tiga Syawal
Masih lagi bermastautin di rumah nenek bendang tu.. Masuk hari tu, dah 5 hari tinggalkan rumah.. Badan plak lesu tak terkata. Tapi, disebabkan semangat raya lah kan.. Takde lah rasa apa sangat pun. Hehe...
Tapi, tetap rasa macam...
'Nak balik rumah!!! Nak tidur atas katil dalam bilik!!! Nak rehat membongkang depan TV!!!'
haha.. Angan-angan je tu..
Trip beraya ke rumah nenek-nenek pula.. Maklumlah, adik beradik nenek ada 13 orang. Huh, jangan tak caya.. Hehe.. Ada yang dekat Pasir Panjang, Sekinchan, Bagan Terap.. Tu belum kira yang duduk kt Klang lagi.. nasib lah separuh je yang duduk bermastautin kt Sabak Bernam ni..
adik-adik yang suka cari pasal.. Ni lah budak2 nya. Hehe. |
Ada dalam 5 buah rumah jugak lah.. Memandangkan jarak antara rumah tu jauh. Jadi, penat tu dalam perjalanan jela.. Hehe. Jalan punya jalan.. Sampai petang lah jugak.
Sempat lagi nak posing kt buaian ni. Hehe. Eh, bukan senang nak jumpa buaian cmni sekarang tau.. |
Tu pun, terkejar-kejar dengan Majlis perjumpaan Keluarga Sebelah emak/ Adik beradik atuk pula. Dorg pun nak buat jugak! Peh... Agak lari sikit jadual raya kami sekeluarga tahun ni..
Kami sampai ke rumah perjumpaan tu agak lambat.
Takde lah terlepas apa sangat pun.. Cuma sesi bergambar beramai-ramai je yang tak dapat.
Majlis sebegini adalah buat kali pertama berlangsung. Tu yang agak teruja sikit.. Huhu..
Mereka jela.. Aku takde perasaan apa-apa pun. Haha..
Ada Banner lagi tau! Jangan main-main. Hehe |
Keluarga sebelah Hj Badar Antara keluarga yang ciput je. Hehe |
Sebahagian besar Keluarga Arwah Embah Hj Pailan |
Dah macam kenduri plak.. |
Malam nya pula, sesi bergambar dengan para sepupu. Haha.. Mentang-mentanglah cicit kepada tuan tanah gedaung tu kan.. Sesuka hati je buat macam rumah sendiri. Orang lain tgh duk sibuk mengemas dalam rumah, Kami plak sibuk bergambar kt luar rumah! Haha..
Layannnn.....
4 & 5 Syawal
Lepas semalaman dapat tidur di rumah. Peh, sedap je badan. Hehe. Itu pun, pagi nya.. Adik-adik abah nak singgah umah. Sebelum kami bergerak lagi lepas ni kan.
Yela, plan hari raya 4 atau 5 plak.. Selalunya, kami sekeluarga akan berangkat ke Pahang. Pergi rumah Atuk, iaitu ayah kepada abah saya. Huhu.
Penat tak abis weh! Taktahu lah kalau korg punya raya cmne kan.. Aku ni kalau beraya memang tak akan cukup seminggu.
Nak cakap beraya sakan, bukan juga. Tapi, inilah rutin bagi keluarga 'besar' seperti saya.. hehe..
Adik saya ni memang suka kembang hidung. Haha.. Buruk betul perangai |
Singgah sebentar di Hutan Lipur Lentang |
Kt Pahang ni takde beraya sangat. Yela, mana ada saudara mara pun kt sana. Kalau ada pun, pergi beraya rumah jiran atuk tu haaa.. Sejengkal je pun. Tu pun, tinggal sebuah rumah je. Yg lagi sebuah dah pindah. Hehe..
Penat kt jalan jela. Lagi penat, tentulah daddy saya yg drive tu kan.. Tapi, nak buat cmne. Tak kan lah tak dilawat ayah nya yang jauh berbatu-batu tuh.. So far, he is still my daddy's biological father.. Ayat yang sungguh bermakna. Huhu..
Selalunya juga, lepas je balik dari Pahang (tak abis lagi tu raya dia ni!!)... Kami akan singgah ke Klang pula. Tapi, memandangkan dah hari Sabtu. Jadi, daddy putuskan balik umah je. Yela, nak hantar adik laki tu balik asrama lagi. Nak kemas itu ini lagi. Isnin dah nak bukak sekolah kan. Dye tak sekolah lagi takpela. Hehe..
Penat, penat dan penat!!!
Memang betul-betul beraya lah aku ni.
Realitinya, Inilah Jadual Raya bagi keluarga kami.
Keluarga Basar atau nama sebenar Sarwani & Walimah serta anak-anak! Haha.. Nak promote jugak tuh.. :p
No comments:
Post a Comment