Wednesday, September 28, 2011

Kes kena Buang Negara!



Opsss, tajuk entry kali ni memang kejam! Huhu.. 
Tapi, memang betul lah aku akan 'keluar dari negara'. Membawa hati yang lara. Apa korang tahu?? Haha. 
Emosi plak tak tentu pasal ni. Okay2! Sebenarnya, tujuan entry kali ini adalah nak cerita serba sedikit lah tentang persoalan rakan-rakan terdahulu tu. Malas aku nak cerita kt sorg2.. Kepada sesiapa yang rajin dok usha blog aku ni. Tahu lah asal-usul cerita yang terjadi pada aku.
*krikk,krikk... Bunyi cengkerik. Padahal sunyi sepi je blog ni takde orang singgah. Semua sedang sibuk, sehinggakan takde masa nak menyibuk kt blog aku ni untuk jadi penyibuk! hehe.. :p
Ha! Padan lah muka. Siapa suruh dok rahsia sangat.
Aku bukan sombong. Tapi, malas je nak bukak cerita yang pelbagai tu. Lagi-lagi kena mula dari A sampai ke Z. Memang payah lah aku nak bukak mulut. 





Masa mula-mula keputusan UPU keluar tu kan. Ada lah segelintir rakan yang prihatin ni. Sibuk tanya kt aku.

" Nad, kau dapat sambung mana pasni? "
" Dapat apa UPU?? UM lagi ke? "
" Dapat mana weh? Ce cter... Mana lah tahu tempat kita sama... "




Erkkk?? Hati aku tengah bengkek lagi kot waktu tu.. Siapa yang tanya kt aku tuh. Memang tak dapat jawapan. Aku buat-buat idle je kt FB chat tu. Huhu.. Jahat kan? Inilah salah satu contoh manusia yang taktahu nak bersyukur! Huh! Sepatutnya bersyukur lah kan sebab dapat lah jugak tempat kt IPTA tuh. Fikirkan tentang mereka yang tak dapat tawaran langsung?? Ha? Macam mana tuh? Huhu.
Alhamdulillah, berikut adalah Universiti dan bidang yang aku terima~





Syukur tak terkata. Tapi kan, secara jujurnya lah. Aku pandang sebelah mata je benda tu. Dalam 10 saat je, aku terus out! Dahsyat sungguh. Lepas tu, hati dah sebal je..
Mesti ada yang fikir, aku akan meraung, meratap & menangisi apa yang terjadi kan?!! Eh! Takde lah.. Aku redha je waktu tuh. Tapi, bila tengok riak muka mak abah, tetiba je perut aku jadi kecut. Dalam hati, ' Okay, aku dah hampakan harapan mereka untuk sekalian kalinya~'
Lepas tu, dengan perasaan tenang yang berbolak-balik nya... Aku, mak, & abah bincang itu ini.. Dan tekad dengan keputusan yang kami buat. Bagi mereka yang ingat, keputusan UPU tu keluar hari Jumaat kan. Esoknya, hari Sabtu tuh. Kami sekeluarga terus ke suatu taklimat ni. Yang bakal mencerahkan semula harapan mak abah aku.
Okay! Aku pun dengan rasa tenang mendengar taklimat tuh. At that time, I can see the eyes of my parents are shining!


" Taklimat apa yang kau pergi tu? "





Taklimat yang diadakan oleh suatu agensi persendirian. Yang akan memberi satu khidmat kepada mana-mana pelajar yang berminat untuk menyambung pelajaran dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke negara Timur Tengah iaitu MESIR.
Aku dah lama usha pasal agen ni kt blog dia dari lepas SPM lagi tau! Hehe.. Tapi, waktu tu asyik fikir pasal beban kewangan je. Takde lah aku nak paksa sangat mak abah hantar aku kt situ. Lagi-lagi dapat tawaran pergi UM plak tu. Memang tak layan lah benda ni.
Sekarang, dah nampak peluang ni. Mak abah dah tak fikir panjang sangat. Terus je daftar nama & langsaikan bayaran. ALhamdulillah, segala urusan kewangan dan dokumen berjalan dengan lancar!


Jadi, awal-awal tu lagi. Aku dah ucap selamat tinggal UNIMAS. Takde jodoh lah kita ya. Takde lah aku nak kitak, kamik, bhaaaaa yang pelbagai tu. Lepas ni, Ahlan Wa Sahlan, Syukran, Afwan jela ya! Hehe..


Lepas tu, kan aku senyap je waktu keputusan UPU sampai lah ke hari kemasukan pelajar-pelajar baru IPTA. Waktu tu plak, timbul lagi soalan sebegini,



" Eh, Nad! Kau sambung mana sekarang? "
" Kt UM lagi ke? Amik kos apa? "

Haha. Soalan nya sama je kan. Semua bajet aku masuk UM lagi. Aduhai lah! UM tu taknak aku dah la. Tu yang pi tendang aku jauh-jauh ni ha. Huhu.. Gurau jela. Mungkin rezeki yang tertulis untuk aku, jadi cmni. Terima seadanya. Don't worry, happy go lucky!! 



" Kt Mesir, kau amik Uni apa?? "
" Amik Medik ke? "
" Dengan siapa je? "


Aku pilih Universiti Tanta je. Sebab apa aku pilih Uni ni? Nak amik Alex dah penuh. Nak amik Al-Azhar ada hafazan Quran sikit tu ha.. Takut tak mampu bawak.. Nak amik Zagaziq plak, cm tak pernah dgr je.. Nak amik Ainsham, Uni baru n banyak bebudak JPA kt situ. Errkk?? Sesuka hati je buat alasan sendiri ya! Haha.. Antara salah satu alasan biasa sebab pilih UniTanta ialah kos belanja kehidupan kt situ, Murah je dan terletak di kawasan kampung. Errr, itu lah kot alasan utama aku. Lain-lain alasan, aku taktahu nak tokok tambah apa dah. Hehe.
Dan, aku amik bidang perubatan. Peh! Aku pun rasa macam mimpi weh! Aku akan belajar 'medic' dan tempat nya pula kt MESIR.. Wow?!?!?! I'm like.. Dreaming?! Huuuuuuuu. Takde maknanya lah nak mimpi-mimpi. Ish!
Kalau dengan siapa tu, setakat ni aku memang tak kenal sesiapa pun yang akan jadi classmate, labmate, gossipmate aku kt sana. Hehe. Melainkan 'makwe' selamanya saya tu, ada lah! Tapi, dia dentist kt Al-Azhar. Yang lain-lain tu, mngkin kenal kt FB dan sekolah lama dulu2.. Cuma tak rapat je. Tengok ah nanti cmne kan.. :)




Nah! Usha lah lama-lama logo bakal Uni aku ni.




" Berapa tahun weh? "

6 tahun je. Tak lama pun. InsyaAllah, kalau graduate. Umur aku waktu tu, 25 tahun. Itu pun, kalau segala-galanya berjalan dengan lancar je. Kalau kena repeat ke?? Huuuu.. Tua aku kt situ jela kan. 
Ada pakcik makcik aku dok gurau, 'Huh! Lambatlah bapak kau dapat cucu tu..' ???? Aku dah. Apa benda lah mereka merapik ni? Fikir kahwin je... Apa-apa ntah. Aku ni tak matang lagi kot. Dah nak cakap benda camtu. Hahaha :p






Nampaknya, sampai situ lah dulu kisah aku kena buang negara ni haaa! PADAN MUKA! Dah elok-elok kena buang semenanjung je kot, tetiba naik kes plak. Terus kena buang negara.. Haha..
InsyaAllah, aku dah redha dan terima segala-galanya.

Jadi, nak cakap sikit lah jugak..
Kehidupan kita ni, tak semestinya jadi seperti apa yang kita fikirkan. Perkara yang tak mustahil itu lah kadang-kadang menjadi sangat mustahil untuk berlaku dalam kehidupan kita! Sentiasa pegang pada, ' Manusia hanya mampu merancang sahaja, tetapi ALLAH lah yang menentukan segala-galanya '
Wallahu`alam....








No comments: