*****
Kemasukan ke IPTA peringkat Ijzazah dengan kelayakan STPM/Matrikulasi diproses melalui komputer dan bergantung kepada CGPA (pointer) yang sesuai dengan Kursus/program yang dipohon. Walaupun melepasi syarat minimum Kursus/program (biasanya sekitar 2.5/2.7), cut-off sebenar bergantung kepada program/kursus yang dipohon.
Cut-off masing-masing berlainan bergantung kepada DEMAND/PERMINTAAN kursus berkenaan. Oleh kerana terlalu ramai memohon Kursus Perubatan contohnya, kalau anda mempunyai CGPA 3.9 pun tak payah buang masa memohon. Kalau di Universiti Teknologi Malaysia, kursus seperti Kejuruteraan Aeronautik kini mempunyai cut-of sekitar 3.8. Maknanya, kalau setakat dapat 3.5, memang tak akan dapat.
Masalahnya ialah jika seorang pelajar 'ambitious', dia merasa CPA 3.5 sudah cukup baik dan dia meletakkan pilihan PERTAMA kursus yang high demand, maka dia tak dapat.. Seterusnya komputer akan pergi ke KURSUS pilihan kedua yang( walaupun kurang sedikit DEMAND), tetapi telah dipenuhi oleh orang lain yang terlebih dahulu meletakkan PILIHAN PERTAMA mereka di situ, walaupun CPA mereka hanya 3.4 .. begitulah dia akan gagal masuk ke pilihan ketiga dan seterusnya kerana sudah dipenuhi oleh orang yang meletakkan kursus tersebut sebagai pilihan Pertama. Kesudahannya, dia tak dapat langsung Kursus yang dipilihnya.. atau ditawarkan kursus yang 'dilelong' i.e. tidak diminati orang.
Untuk kemasukan dengan kelayakan Diploma, pemilihan dibuat oleh 'manusia' (bukan komputer) tetapi juga mengikut sistem yang serupa i.e. kursus high demand mempunyai cut-off tinggi. Lagipun, bilangan tempat bagi calon berkelayakan Diploma jauh lebih sedikit berbanding calon matrikulasi/STPM, jadi competition juga tinggi. Ini bermakna, jika anda mempunyai kelayakan Diploma, cut-offnya jauh lebih tinggi bagi kebanyakan kursus.
Oleh itu, ketika kita pilih kursus, pastikan ambil kira faktor competition dan demand yang akan menaikkan cut-off berkenaan.
Jika ada yang memerlukan nasihat/maklumat lanjut, sila hubungi saya personally.
Prof. Dr. Omar Yaakob
Link asal: http://www.facebook.com/notes/omar-yaakob/kenapa-saya-gagal-ke-ipta-walaupun-pointer-matriks-saya-tinggi/2157559413774
[Prof Dr Omar boleh dihubungi melalui facebook beliau http://www.facebook.com/omar.yaakob Beliau adalah Ahli Jawatankuasa Pusat Pertubuhan IKRAM Malaysia]
Sumber: Pertubuhan IKRAM Malaysia
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ha! sesiapa yang tak puas hati pasal UPU tu. Dah habis baca??? Jadi, nak salahkan siapa skrg ni?? Huhu.. Bagi aku lah kan, sistem tu dah buat kerja dia sebaik yang mungkin. Tapi, mungkin juga kita yang salah atur pilihan bidang masing-masing. Nak yang demand je. Bila dah dapat kos lelong, dok ungkit sana sini. Komen itu ini. Lagipun, dah rezeki tuhan bagi kan. Tolong lah ukur baju di badan sendiri ya...
Macam nak salahkan aku lah tu, sebab terlalu demand walaupun tahu pointer ciput?
Memang pun!! Haha..
Aku nak kongsi ikhtibar daripada kisah aku.
Sebelum isi UPU, pandang diri tu dulu. Muhasabah diri sebelum tidur. Tengok balik pointer.
Dah buat semua tu???
Okeh, boleh isi ikut bidang yang agak-agak layak. Jangan lupa Basmallah & Selawat banyak-banyak.
Apa?? Famili tak setuju.. Nak bidang 'profesional' tu jugak???
Ok, fine lah.. Isi jugak sbg pilihan PERTAMA. Cukup-cukup makan lah jugak kelayakan dia.
Ada pak cik saudara punya sepupu kt U tu, boleh lah korek-korek kan tempat utk aku. Ada lagi 7 pilihan, semua nya aku letak yg berkaitan dgn kerjaya profesionalisme tu. Sedangkan aku hanya memiliki kelayakan minimum.
Nak bantah pun, aku tak pandai nak hujah. Layan jela.. Huhu...
YA! aku dah jangka, memang tak akan dapat punya kos tuh.
YA! aku dah jangka, memang tak akan dapat punya kos tuh.
Dan, akhirnya. Aku sudah di'LELONG'.... Harap Maklum lah ya..
*****
Meh sini aku nak HIGHLIGHT kan semula mana-mana point yang dia ada bagi ;-
1. Kena pilih bidang yang sesuai dengan POINTER masing-masing seiring dengan DEMAND.
2. Bincang dengan famili sehabis yang mungkin. Jangan terlalu ikut kehendak dorg kalau kau tahu KEMAMPUAN kau tak setinggi itu.
3. Tolong pilih bidang yang betul-betul sesuai dengan POINTER, DEMAND, KEMAMPUAN dan jugak MINAT.
4. Kalau kau rasa bidang yang kau pilih tu, cukup-cukup makan je KELAYAKAN yang ada.
Hentikan je lah. Jangan berangan nak letak sebagai pilihan pertama.
Hentikan je lah. Jangan berangan nak letak sebagai pilihan pertama.
5. Ketepikan minat kalau kau rasa memang tak layak untuk bidang itu. Jangan berlagak besar ya!
Kalau dah kena tendang dari sistem tu, kau juga yang meraung!
6. Kalau kau orang tak buat apa yang dah di'besar'kan kt atas.
Jangan marah kalau dapat kos LeLonG ya!
Haha *Evil Laugh~
Haha *Evil Laugh~
Maaf sekali lagi atas penggunaan kau & aku di atas..
Yang dah lepas tu, biarlah ia berlalu.
Kepada yang sedang berjuang untuk perkara-perkara sebegini. Saya doakan semoga berjaya mendapatkan apa yang dihajati.
Kalau tak dapat jugak lepas dah merayu tu,
Balik rumah, berkurung dalam bilik, kunci pintu...
Renungkanlah dan berikhtiarlah..
Allah itu Maha Adil dan Lebih Mengetahui..
Wallahua`lam
2 comments:
salam.....time pemilihn course diijnkn,diorng brdsrkn pointer or gred setiap subjek...cth: klu kos yg kta mntk tu dia nk bio B tp kita dpt bio C wlupun CGPA yg dia bg tu kita dah pass...mohon pencerahan..tq
w'salam.. ouh, awakk.. Kte tak sure lah yg tuh. Tapi, klu x silap dye akan amik yg CGPA tu dulu... Walaupun spm kurg memuaskan. in shaaAllah CGPA yg tinggi akan mengatasi c atau b spm tuh ;)
Wallahu'alam.
Post a Comment