Friday, August 5, 2011

Cik BunBun buatkan saya doodle lah. Korg ada ke???



Eh, jap.. 
Macam pertama kali je panggil Faherah dengan nama BunBun tu. Sungguh janggal lah plak. Hehe.
Tapi, takpe la. Beliau lebih dikenali sebagai Cik Bunbun Philofobia dalam kalangan Para Blogger. Jadi, kadang-kala dalam blog pun, saya terikut sekali panggil dengan nama tu..
Tapi, percayalah. Dalam alam realiti, setakat ni saya tak pernah panggil beliau dengan nama Bunbun tu. Nama indah lagi murni yang sering saya gunakan ialah Faherah..
Eh, takdelah nama Bunbun tu tak sedap ke apa. Cuma saya tak biasa panggil nama panggilan org sesuka ati je..
*Don't judge me by this statement... :)


Sebagai contoh, ada seorang kawan saya ni.
Nama penuh Nur Amirah bt Ahmad.
Disebabkan kt sekolah tu, ada 5 orang (kalau tak silap lah) bernama amirah jgak. Jadi, semua orang memikirkan apa panggilan yang sesuai untuk membezakan beliau dengan amirah yang lain.
Paling-paling tak pun, nama bapak mesti lain kan. Jadi, permulaan nya. Kami panggil beliau dengan 'amirah ahmad'.. Skema seketika lah kan. Lepas tu, ada sedikit peristiwa yang berlaku.. Beliau dipanggil dengan nama 'Micak' *Okeh, ini takde kena mengena dengan cicak ya!
Pada waktu itu, semua orang mula guna nama 'baru'. Tapi, saya masih kekal dengan nama panjang yang besertakan nama bapak beliau tu. 
Setahun jgak lah saya sorg je yg panggil dia cmtu. Dia pun perasan. Hehe. Lama-lama saya dah terbiasa dengan keadaan sekeliling & guna lah jgak nama comel tu.
Sampai skrg, melekat dah kot. Micak
*wootwoot, rindu nak gedik-gedik dengan budak keding ni. Hehe.. Jangan marah....


Jadi, saya sememangnya perlukan masa untuk guna nama panggilan seseorang tu.
Mengikut peredaran masa dan situasi..
>.<


Ceit, banyak membebel plak.

Jom lah kita tengok hasil doodle yang telah dihasilkan oleh Cik BunBun yang comel ni..






Ha!! Inilah dia karya asli daripada beliau. Sebijik tak macam saya??
Alaaa, takde gambar perbandingan lah. Hehe.
Pura-pura seiras je la, doodle ni dgn saya.. :)

Mula-mula tu saya blogwalking ke blog beliau. Saya sgt tertarik dengan entry ni. Jadi, dengan segera saya wall post fb beliau & request satu doodle.
Macam-macam saya mintak. Nak kaler merah mak ngah lah. Itu lah, ini lah. Hehe. 
Kemudian, dengan berkat kesabaran dan ketelitian beliau. Terhasillah doodle comel itu~

   


Ungu vs Merah
Ya! saya memang suka warna merah. Tapi, tema kaler blog ni xdelah sepenuhnya merah pekat kan. Tak macam blog beliau yang ungu pekat tuh. Cantik sekali. (Setting Blogger kedekut kaler merah. Waaaa!!! ) Alang-alang singgah lah blog beliau eh. Sumpah tak akan rasa bosan kt situ.. :)



 Yang ni plak , saya edit kt Picnik je..Tambah sikit-sikit corak. Tapi, tak ubah mana pun. Tetap sama. 





Disebabkan comel sangat, saya tukar DP fb saya & gunakan doodle ni. Hehe..


Terima kasih ya, Cik BunBun Philofobia yang sporting lagi comel!
Atas penghasilan doodle ini.






Maaf andai ada pihak yang terasa.
Entry ini tidak ada kaitan nya, 
dengan yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.






No comments: