Wednesday, August 3, 2011

Hobi Baru: Jom menjahit!


SALAM RAMADHAN


Hei kamu! Jom kongsi hobi baru. 
Aku dah teruja nak citer pasal benda ni. 
Seronok weh, buat benda alah ni. Tetiba aku dah jatuh hati kt kraftangan yang berasaskan kain felt ni...
Sesiapa yang tak tahu dan baru je dgr pasal kain felt ni, pergilah kedai jahitan berhampiran dan tanya apa itu kain felt. Hehe.. Kalau tak pun, google je~
Senang je nak pastikan betul ke tak . Kalau kain tu berbulu-bulu. Ha! betul lah jenis kain felt..
Kt tempat aku ni,
Jenis yang nipis berharga RM1.70
Jenis yang tebal berharga RM2.00
Bersaiz A4
Yang sedap digunakan mestilah yg 2 hinggit tu, tapi kain yang ni agak senang berbulu. Tapi, cantik tau kualiti dia. Kalau yang nipis tu pulak, lambat berbulu.. 
Aku pelik gak, kenapa yg lambat berbulu & dan nipis ni lagi murah daripada kain felt yang jenis tebal dan cepat berbulu.
Lepas tu, akak kedai tu cakap. Ikut ketebalan. Bukan bulu dia... Errkkk?? Hehe...


Kt bawah ni ada contoh. Antara koleksi awal kain felt yang aku ada...






Love Keychain



My first trial in this kind of sewing.
Bila dah siap tu kan, aku agak melompat-lompat jugak lah. Tunjuk kt semua orang. 
*Teruja macam budak-budak.. Ok, abaikan.
Yang ni, aku bagi mak aku dulu. Orang pertama yang guna hasil tangan aku sendiri.. Ececeyyy.. Hehe..
Lepas tu, adik aku plak dah tempah satu.
Okeh, aku dah mula sibuk lepas ni.. Sebab nak siapkan tempahan-tempahan mereka..
*Bajet lagi.. Haha...



Dompet


 Antara cebisan-cebisan kain felt yang sudah di jahit dan dihias. 
Untuk diletakkan pada dompet yang plain itu. Yang semurah RM10 dan setelah setahun diabaikan.. 
Aku buat benda ni tak lama pun. Dalam 4-5 jam je. Sekejap je kan. 
Aku sangat ralit jahit benda ni. Untunglah sebab adik-adik takde nak kacau. Dorg semua tgh syok layan TV. Hehe.. :)




 Inilah hasilnya!!! ALhamdulillah, puas hati dengan hasil tangan sendiri kan. nampak sangat berharga dan komersial gitu..
Dan, nak tahu.. Saya berjaya buat semua orang jeles. 
Dan jugak. Ada yang sudah tempah nak buat macam ni.. Hehe..

Macam mana kau tetiba jadi pandai menjahit ni???
mesti korg nak tanya macam tu kan? Haha. 
Semalas-malas aku ni pun, takdelah jahil sangat dalam bab-bab menjahit. Sekurang-kurangnya pernah lah jugak pegang jarum & benang sebelum ni.

Lagi satu, aku ni kan suka meng'Google'... Jadi, aku belajar dari situ jugak lah.
Dan, tak salah pun untuk mencuba sesuatu yang baru kan..
Jangan takut untuk buat kesalahan. Sekurang-kurangnya, kita ada peluang untuk ubah mana-mana yang tak cantik dan kurang sempurna....



Macam mana pulak tetiba je kau nak buat & rajin nak menjahit???
Mula-mula aku terasa nak buat benda ni bilamana aku terpandang kt dalam majalah MIDI mak aku. Aku agak tertarik pada segmen kraf dalam tu. 
Kt situ ada tunjukkan cara buat keychain 'love' yang merupakan kraf pertama aku kt atas tu. Hehe..
Waktu tu, aku sangat-sangat teruja.
Mak aku pun sokong je hobi baru aku ni. Aku nak itu ini. Dia layan je. Hehe.




Button/Brooch


A- keychain Domo-Kun
B,C- Bunga bulat
D- Bunga teratai

Ha! kalau yang button ni plak aku tgok contoh kt kedai jahit tuh, lepas tu aku tanya akak tu cmne nak buat. Akak tu sangat pemurah la... Dia pun terangkan itu ini kt aku. 
Rasa tak puas hati, sbb contoh yang dia buat tu sgt cantik.. Kemudian, aku pun cuba buat sendiri.
Dan, akhirnya. Terhasil lah seperti yang kt atas tuh.. Saiz dia sebesar 50 sen je. 
Comel kan?? Hehe.. 
Boleh lah tayang waktu raya nanti.. winkwink... =p




Menarik tak???
Tolong cakap ya. Saya dah separuh mati teruja ni. Haha..





8 comments:

Amirah Aisyah said...

Wahhhh, kita mmg sgt minat benda2 cmni. taktau pulak boleh wt sendiri!
kita selalu wat cross stitch :)

Unknown said...

ala weh comel gila. jom buat bisnes ngan aku. HAHAHAH

athirhunn said...

macam best je domokun tuuu.

NadiaSarwani said...

@Amirah Aisyah
hehe.. best mekcah wt jahit2 ni.. jom lah join the club! :)
err, cross stitch tu apa??

NadiaSarwani said...

@bunbun
jom2!bleh je kalau nak, takde hal punya lah.. hehe..

NadiaSarwani said...

@athirhunn
nak satu ke hanis??
meh jadi pelanggan tetap~ hehe..

Amirah Aisyah said...

cross stich yg wat gambar tp guna jahitan cross.

NadiaSarwani said...

ouh.. Cm yg sulam tu eh.. Kraftgn yg tu pun agak menarik kot.. tp, agak rumit skit lah.. Kena bnyk brsabar.. Hehe...