Wednesday, November 14, 2012

Jom bukak buku baru


Salam Ma'al Hijrah 1434 ^_^




Wallahu'alam. Banyak pengertian hijrah tu dari pelbagai aspek kehidupan tu sendiri. Bergantung pada individu tu lah kan =)
Lagipun, tahun yang bersilih ganti, pertukaran bulan demi bulan, pergerakan masa demi masa... Memang akan berlaku. Tak dapat dinafikan. 

Tak pandai nak berkata-kata. Banyak ngarut je. Hehe.
Ada azam baru ke? Hurm, tak target apa-apa pun. Tapi, InsyaAllah progress diri tu akan berlangsung sedikit demi sedikit. Nak chantek kan yg tang dalam=hati ni dulu. Baru akan ubah yg luar. Doakan saya kuat. Selamanya~
Perjalanan ini masih panjang! >.<
Berliku-liku dan penuh duri~
PerancanganNya lebih Baik :)
Saat hati berkata ” INGIN “, namun ALLAH berkata ” TUNGGU “.
Saat AIR MATA harus menitis, namun ALLAH berkata ” TERSENYUMLAH “.
Saat segalanya terasa ” MEMBOSANKAN “, namun ALLAH berkata ” TERUSLAH MELANGKAH “.
kita merancang, Allah juga merancang... tetapi perancangan Allah lebih baik.. :’)





Sekadar gambar hiasan...
Jadilah seperti budak yg masih lagi bayi. Hari-hari yg dilalui bersih dan suci. Tanpa sebarang dukacita. Tak fikirkan sesuatu hal tu secara melampaui batas nya >.<
Dan yg paling best. Rilex & cool sepanjang masa.
Tiap masa ada je org yg ingin mendampingi nya. Disebabkan kesucian hati yang dimiliki. Wallahu'alam =)




Sunday, November 11, 2012

K.U.A.T





Keputusan dah dibuat!!
Tak tahu apa rasa hati ni bila tahu tentang keputusan tu.
Entah mampu atau tidak untuk menggalas amanah itu.
Ditelan mati emak, diluah mati bapa.
Hanya m'harapkan inilah yang terbaik yang telah Allah tetapkan untuk berbakti.
Bukan mudah untuk berkorban.
Moga pengorbanan ini sedikit sebanyak dapat membantu agamaNYA.
_MogaAllahpimpinjalanyangpanjangini_

-quoted from friend's FB-





Semoga Allah kuatkan. Lebih kuat dari apa yang kita minta Allah kurniakan =)




" Barang siapa meminjamkan kepada Allah dgn pinjaman yg baik,
maka Allah akan mengembalikan nya berlipat ganda untuknya,
dan baginya pahala yg mulia "

[57:11]







Monday, October 29, 2012

EidulAdha tiba lagi [SOUL '12 MMTanta]



Alhamdulillah, dan rasa sangat bertuah dan bersyukur sangat-sangat sebab diberi peluang untuk meraikan Hari Raya Qurban di negara orang untuk kali yang kedua. 
Tipu lah kalau tak rasa homesick langsung pun kan. Tak rindu famili, suasana raya di kampung, masakan mak> rendang, masak lodeh, ketupat, kuih-muih raya bagai tu kan. Sangat tipu. Huhu. 
Walaupun suasana raya di sini agak seronok dan meriah. Tapi, tak sama dengan kemeriahan di Malaysia di samping keluarga tercinta. 
[EH? raya haji kt Malaysia meriah sangat ke? Hurmm, saya bukan org Kelantan. Huhu]
Mungkin macam ni lah kot suasana raya Haji di Kelantan berbanding di negeri sendiri, iaitu Selangor yang disambut dengan suasana sederhana sahaja. Sekadar solat raya di pagi hari, tengok sembelihan lembu. Pastu, dah selesai raya untuk hari tu.
Tapi, kalau kt sini [mesir] kami raikan selama 3 hari berturut-turut. 
Amboi, sakan nya lah kan. Dapat cuti sekolah sebanyak 5 hari. Ambil masa sikit lah untuk luangkan masa dengan berukhuwah. Hari yang berbaki tu, pulun study plak. InsyaAllah =)


Logo SOUL '12 [tema dp AJK raya Haji tahun ni]

Hurm, lagi sekali. Insan terpilih untuk menjadi AJK program raya Haji MedicMesir. Eceh-eceh...
Kalau tahun lepas unit potong daging. Tahun ni, unit peralatan pulak. Haihhhh~ 
Tapi, siyes dapat banyak pengalaman & kenangan yang menarik. Betul lah, kalau kita tolong atau beri sesuatu tu kerana Allah. InsyaAllah, akan mendapat semula sesuatu tu setimpal dengan apa yang kita buat =)
Wallahu'alam. 

Secara keseluruhan, majlis tahun ni memang mantap. Terima kasih kepada semua comittee SOUL '12 MedicMesir Tanta dan sub-unit masing-masing dalam memberikan kerjasama yang penuh bagi memastikan majlis yg 3 hari ni dapat berjalan dengan lancar. Memang superb! Huhu.. Dan jugak kepada semua tetamu dan adik-adik 1st year yang menghadirkan diri untuk memeriahkan majlis.



Copppp... nak share banner program. Bertemakan pelangi. Comel je.
Warna-warni AidilAdha, kata mereka. Hehe...


Yang ni plak, bila dah siap jadi banner. hehe. Sempat lagi nak menyibuk kan =)



Hurm... Jom lah kita menyelusuri hari-hari yang telah berlaku tuh. Malas nak hurai panjang. Letak gambar je la. Hehe =)



Khamis [25.10.'12]

Geng memasak dah mula rewang seawal jam 8 pagi lagi. 



Hari ni semua orang digalakkan berpuasa sempena Hari Arafah. Jadi, majlis utama ialah POTLUCK waktu berbuka puasa. 



Lepas solat maghrib, bertakbir raya beramai-ramai.



Dan sedikit tazkirah raya Qurban yang disampaikan oleh ustaz Mohamed Ghonim, seorang ustaz yang petah berbahasa Melayu dengan loghat Kelantan =)
Cuba search kt youtube. Ada video tazkirah beliau. Hehe...




Jumaat [26.10.'12]

Pagi raya yang hening. Bangun awal, siapkan sarapan pagi.
Malam sebelum raya dah siap-siap rebus ketupat palas. Dan dah blender serta sediakan bahan-bahan nak masak untuk pagi raya ni. Jadi, bangun tido tinggal nak masak je.
Menu orang bujang. Masak lodeh dan sambal goreng ikan bilis&kentang je. Hehe.
Itu pun, main masak campak-campak je. Kali pertama masak lodeh plak tuh. Selalu makan masakan mak je. Haha. Ntah apa rasa nya ^_^ tetap layan~ 

Aktiviti pagi Raya bersama Ahli Bait dan ahli bait-2. Hehe



Takut tak takut. Muka gembira~

Lepas solat raya dan sesi penggambaran dengan si unta- Salamah namanya.
Pergi ziarah umah ukhti-ukhti bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama kami. Muaaahhh~







Sabtu [27.10.'12]

Hari yang paling ditunggu-tunggu. Acara kemuncak program SOUL '12. Iaitu sesi sembelihan.
Tahun ni ada 1 ekor unta dan 3 ekor kambing untuk disembelih. 




Sesi lapah unta> ikhwah bergotong royong~


Ececehhh, muka siyes ke tu dengar briefing psl potong daging. Hehe..


Akak asah pisah ke?

Akak-akak potong daging ^_^

Lepas dah seharian potong daging. 
Malam nya pulak, acara yang dinanti-nanti iaitu jamuan MAKAN. Kriukk-kriukkk, perut dah berbunyi-bunyi. Huhu.

saya sayang ukhti-ukhti saya. Muuahhhh~
Majlis diserikan lagi dengan Walimatul urus S&S.
Kak Syida dan Abang Mat> Ma dan Pa pertama di Tanta. Hehe =)

Hurm.... Majlis penutupan kali ni, kurang berseri dengan ketidakhadiran Ummi MedicMesir. Ada masalah teknikal katanya. Betul lah, kita ni sebaik-baik perancang tapi Allah lah sebaik-baik penentu segalanya... 
Namun, Pak Ngah telah menggantikan tempat beliau bagi merasmikan malam penutupan SOUL '12 MMTanta ^_^

Persembahan silat untuk mempelai


Ahli Bait bersama pengantin baru
Alololooo, comel je~ Hehe...


Gambar kenangan bersama Comitte SOUL '12 (Tanta).
Alhamdulillah, selesai sudah tugas kita =)
JZKK semua atas segala kerjasama, tunjuk ajar dan teguran sepanjang program...



Haihhh, tak reti lah nak buat gaya love kt tangan cmtu.
Pandai buat peace Y(^_^)Y  je. Hehe


Gaya spontan bersama pengantin baru ^_^


Ohoi, nak kata penat. Memang penat.
Nak cakap puas hati. Memang lah puas sebab kita rasa kita dah buat yang terbaik. Dah berikan sepenuh komitmen terhadap program ni agar dapat berikan yang terbaik kepada semua orang jugak.
Tapi, andai ada kelemahan atau kekurangan dari segi pengurusan ataupun sebarang kelakuan yang tak sedap di mata orang lain tu. Kami semua mohon menyusun sepuluh jari tangan dan kaki sekali. Ampun dan maaf yang sangat-sangat andai ada yg terlepas pandang sepanjang program ni.
Kami hanya manusia biasa yang memang tak dapat lari dari kesalahan.
Dan, kami tak mampu nak puaskan hati semua orang mengikut cita-rasa masing-masing.
Harap dapat pertimbangan dari semua pihak. Bukan senang nak uruskan majlis besar macam ni. Tapi, kami dah cuba sedaya upaya mana yg mungkin. Sekian~ >.<
Terima kasih sekali lagi kepada semua. Muaaahhh~

Jazakillah jugak kepada ahli bait. Banyak kali tau terharu dengan korg kali ni. Ecewah! 
Sayang korang semua.

Alhamdulillah jugak, sebab dapat banyak daging unta tahun ni. Yang betul-betul daging lah. Bukan macam tahun lepas dapat bahagian organ dan sampai akhir tahun kot, tak di dimasak organ tu. Huhu.
Jazakillah Auffa =)
Dan lain-lain jugak.
Moga Qurban kita kali ni mendapat nilai nya di sisi Allah. Wallahu'alam.



Nak tambah jap, ouh sedap glerr daging unta masak sambal tuh. Hoho. Siyes tak tipu. Hingga menjilat jari kot :)




Thanx baca. Kbye.
Jom kembali ke kuliah. Study.   
Y[>.<]Y



p/s: betapa besarnya erti nilai JIHAD & PENGORBANAN itu. 
Bagi mereka yang mengerti
InsyaAllah~










Pengalaman waktu 1st year dulu. Hehe.