Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Monday, October 29, 2012

EidulAdha tiba lagi [SOUL '12 MMTanta]



Alhamdulillah, dan rasa sangat bertuah dan bersyukur sangat-sangat sebab diberi peluang untuk meraikan Hari Raya Qurban di negara orang untuk kali yang kedua. 
Tipu lah kalau tak rasa homesick langsung pun kan. Tak rindu famili, suasana raya di kampung, masakan mak> rendang, masak lodeh, ketupat, kuih-muih raya bagai tu kan. Sangat tipu. Huhu. 
Walaupun suasana raya di sini agak seronok dan meriah. Tapi, tak sama dengan kemeriahan di Malaysia di samping keluarga tercinta. 
[EH? raya haji kt Malaysia meriah sangat ke? Hurmm, saya bukan org Kelantan. Huhu]
Mungkin macam ni lah kot suasana raya Haji di Kelantan berbanding di negeri sendiri, iaitu Selangor yang disambut dengan suasana sederhana sahaja. Sekadar solat raya di pagi hari, tengok sembelihan lembu. Pastu, dah selesai raya untuk hari tu.
Tapi, kalau kt sini [mesir] kami raikan selama 3 hari berturut-turut. 
Amboi, sakan nya lah kan. Dapat cuti sekolah sebanyak 5 hari. Ambil masa sikit lah untuk luangkan masa dengan berukhuwah. Hari yang berbaki tu, pulun study plak. InsyaAllah =)


Logo SOUL '12 [tema dp AJK raya Haji tahun ni]

Hurm, lagi sekali. Insan terpilih untuk menjadi AJK program raya Haji MedicMesir. Eceh-eceh...
Kalau tahun lepas unit potong daging. Tahun ni, unit peralatan pulak. Haihhhh~ 
Tapi, siyes dapat banyak pengalaman & kenangan yang menarik. Betul lah, kalau kita tolong atau beri sesuatu tu kerana Allah. InsyaAllah, akan mendapat semula sesuatu tu setimpal dengan apa yang kita buat =)
Wallahu'alam. 

Secara keseluruhan, majlis tahun ni memang mantap. Terima kasih kepada semua comittee SOUL '12 MedicMesir Tanta dan sub-unit masing-masing dalam memberikan kerjasama yang penuh bagi memastikan majlis yg 3 hari ni dapat berjalan dengan lancar. Memang superb! Huhu.. Dan jugak kepada semua tetamu dan adik-adik 1st year yang menghadirkan diri untuk memeriahkan majlis.



Copppp... nak share banner program. Bertemakan pelangi. Comel je.
Warna-warni AidilAdha, kata mereka. Hehe...


Yang ni plak, bila dah siap jadi banner. hehe. Sempat lagi nak menyibuk kan =)



Hurm... Jom lah kita menyelusuri hari-hari yang telah berlaku tuh. Malas nak hurai panjang. Letak gambar je la. Hehe =)



Khamis [25.10.'12]

Geng memasak dah mula rewang seawal jam 8 pagi lagi. 



Hari ni semua orang digalakkan berpuasa sempena Hari Arafah. Jadi, majlis utama ialah POTLUCK waktu berbuka puasa. 



Lepas solat maghrib, bertakbir raya beramai-ramai.



Dan sedikit tazkirah raya Qurban yang disampaikan oleh ustaz Mohamed Ghonim, seorang ustaz yang petah berbahasa Melayu dengan loghat Kelantan =)
Cuba search kt youtube. Ada video tazkirah beliau. Hehe...




Jumaat [26.10.'12]

Pagi raya yang hening. Bangun awal, siapkan sarapan pagi.
Malam sebelum raya dah siap-siap rebus ketupat palas. Dan dah blender serta sediakan bahan-bahan nak masak untuk pagi raya ni. Jadi, bangun tido tinggal nak masak je.
Menu orang bujang. Masak lodeh dan sambal goreng ikan bilis&kentang je. Hehe.
Itu pun, main masak campak-campak je. Kali pertama masak lodeh plak tuh. Selalu makan masakan mak je. Haha. Ntah apa rasa nya ^_^ tetap layan~ 

Aktiviti pagi Raya bersama Ahli Bait dan ahli bait-2. Hehe



Takut tak takut. Muka gembira~

Lepas solat raya dan sesi penggambaran dengan si unta- Salamah namanya.
Pergi ziarah umah ukhti-ukhti bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama kami. Muaaahhh~







Sabtu [27.10.'12]

Hari yang paling ditunggu-tunggu. Acara kemuncak program SOUL '12. Iaitu sesi sembelihan.
Tahun ni ada 1 ekor unta dan 3 ekor kambing untuk disembelih. 




Sesi lapah unta> ikhwah bergotong royong~


Ececehhh, muka siyes ke tu dengar briefing psl potong daging. Hehe..


Akak asah pisah ke?

Akak-akak potong daging ^_^

Lepas dah seharian potong daging. 
Malam nya pulak, acara yang dinanti-nanti iaitu jamuan MAKAN. Kriukk-kriukkk, perut dah berbunyi-bunyi. Huhu.

saya sayang ukhti-ukhti saya. Muuahhhh~
Majlis diserikan lagi dengan Walimatul urus S&S.
Kak Syida dan Abang Mat> Ma dan Pa pertama di Tanta. Hehe =)

Hurm.... Majlis penutupan kali ni, kurang berseri dengan ketidakhadiran Ummi MedicMesir. Ada masalah teknikal katanya. Betul lah, kita ni sebaik-baik perancang tapi Allah lah sebaik-baik penentu segalanya... 
Namun, Pak Ngah telah menggantikan tempat beliau bagi merasmikan malam penutupan SOUL '12 MMTanta ^_^

Persembahan silat untuk mempelai


Ahli Bait bersama pengantin baru
Alololooo, comel je~ Hehe...


Gambar kenangan bersama Comitte SOUL '12 (Tanta).
Alhamdulillah, selesai sudah tugas kita =)
JZKK semua atas segala kerjasama, tunjuk ajar dan teguran sepanjang program...



Haihhh, tak reti lah nak buat gaya love kt tangan cmtu.
Pandai buat peace Y(^_^)Y  je. Hehe


Gaya spontan bersama pengantin baru ^_^


Ohoi, nak kata penat. Memang penat.
Nak cakap puas hati. Memang lah puas sebab kita rasa kita dah buat yang terbaik. Dah berikan sepenuh komitmen terhadap program ni agar dapat berikan yang terbaik kepada semua orang jugak.
Tapi, andai ada kelemahan atau kekurangan dari segi pengurusan ataupun sebarang kelakuan yang tak sedap di mata orang lain tu. Kami semua mohon menyusun sepuluh jari tangan dan kaki sekali. Ampun dan maaf yang sangat-sangat andai ada yg terlepas pandang sepanjang program ni.
Kami hanya manusia biasa yang memang tak dapat lari dari kesalahan.
Dan, kami tak mampu nak puaskan hati semua orang mengikut cita-rasa masing-masing.
Harap dapat pertimbangan dari semua pihak. Bukan senang nak uruskan majlis besar macam ni. Tapi, kami dah cuba sedaya upaya mana yg mungkin. Sekian~ >.<
Terima kasih sekali lagi kepada semua. Muaaahhh~

Jazakillah jugak kepada ahli bait. Banyak kali tau terharu dengan korg kali ni. Ecewah! 
Sayang korang semua.

Alhamdulillah jugak, sebab dapat banyak daging unta tahun ni. Yang betul-betul daging lah. Bukan macam tahun lepas dapat bahagian organ dan sampai akhir tahun kot, tak di dimasak organ tu. Huhu.
Jazakillah Auffa =)
Dan lain-lain jugak.
Moga Qurban kita kali ni mendapat nilai nya di sisi Allah. Wallahu'alam.



Nak tambah jap, ouh sedap glerr daging unta masak sambal tuh. Hoho. Siyes tak tipu. Hingga menjilat jari kot :)




Thanx baca. Kbye.
Jom kembali ke kuliah. Study.   
Y[>.<]Y



p/s: betapa besarnya erti nilai JIHAD & PENGORBANAN itu. 
Bagi mereka yang mengerti
InsyaAllah~










Pengalaman waktu 1st year dulu. Hehe.



Tuesday, November 8, 2011

EidulAdha di negara orang~



Salam AidilAdha buat semua umat muslim di dunia ini~

Alhamdulillah, tahun ni adalah raya haji yg pertama... Aku tak sambut dengan keluarga. Huhu. Sedih ke tak, tu lain cerita. Tipu lah kalau cakap tak sedih langsung kan. Setiap detik, aku teringat kt dorg. Lagi-lagi masakan mak! Rendang ayam, sambal ta'un, kuah kacang, pecal... Brrrrr, terliur sudah. Huhu.
Nak cuba masak kt sini, bahan banyak yg takde plak. Err, adakah semuanya itu alasan semata-mata? Tepuk dada tanya selera! Haha.. :p
Bukannya apa, air tangan mak sendiri mempunyai citarasa yang lain kan. Percayalah, makanan tersedap, terbaik dan terpelihara khasiatnya adalah masakan mak sendiri!! Memang tiada tandingan. Hehe.

Cerita kt atas tu sebagai mukadimah je. Sebenarnya, nak cerita dari hari ke hari tentang sambutan raya Qurban aku di negara orang ni kan. Kt sini, sambut raya haji selama 3 hari lah jugak. Dah macam raya puasa plak? hehe..




5 September 2011
(Sabtu)


Sehari sebelum raya Qurban.
Hari ini, kami semua digalakkan untuk berpuasa. Program hari tu takde apa sangat pun. 
Cuma ada Iftar Jam'ie dan jugak Takbir raya beramai-ramai selepas maghrib.

Makanan untuk berbuka malam tu pula, adalah masakan dari rumah ke rumah. Maksudnya, setiap rumah kena masak... Lepas tu, bwk turun masakan masing-masing untuk dihidangkan kepada yang lain. Makan secara dulang...

Potluck- Tomyam

Rumah ktorg masak tomyam ayam je. Nampak sedap kan. Biasa lah, ada chef hebat kt umah ni. hehe.. :) Menggoda sungguh tomyam tuh. Hisshhhh, kalau tengah puasa... Semua benda nmpak sedap~




Makan di dulang beramai-ramai.
Alhamdulillah, pelbagai jugak lah makanan yang mereka buat.
Ada roti jala, ayam kurma, karipap, sambal goreng. Yummy! Malam tuh, perut menyanyi kekenyangan. Haha. Kalau tak silap, bergedil pun ada jugak kot. Pehhh!! Memang terbaik lah. Jadi, ibu bapa di luar sana. Jangan risau anak-anak di Mesir ni tak cukup makan. Haha. InsyaAllah, makanan kt sini memuaskan hati~!



Yang kt atas ni plak, Nasi Arab yang diberi oleh orang Arab. Tapi, macam bukan nasi arab je. Kalau tak silap, nasi arab tu kan... Beras dye panjang-panjang dan lebih kurang macam nasi beriani. Kan2? Eh, entahlah.. Tapi, yang pasti. Nasi ni bukan orang Malaysia yang masak. memang original orang Arab yang punya! Hehe. Makan waktu supper. Peh, kenyang tak terkata. Alhamdulillah...

Malam tu tidur awal, untuk agenda keesokan harinya.



6 September 2011
(Ahad)

 Hari ni raya! Yeayyy!!Nak pergi solat raya! Yeayyy!! Haha.. Suka sangat lah tu. Secara jujur, ini adalah kali pertama aku solat raya. Fuhhh! Pengakuan berani mati. Kalau kt Malaysia, mana pernah nak solat raya. Dok kt umah, melangut memikirkan masa depan lah konon kan. Aiseh, memang tak patut dicontohi. Huhu.
Itu lah sebab nya, aku makin bertambah teruja sebab ini adalah pengalaman pertama bersolat raya dan dapat merasai suasan raya Haji di Mesir.
Memang sangat banyak perbezaan nya! Sangat-sangat berlainan.

Pertama sekali, mungkin nak cakap pasal tempat kot. Kt Mesir, tempat solat raya Haji ialah di istad ataupun stadium. Bukan kt masjid besar-besaran tu. DI situ, karpet akan dijadikan alas dan solat beramai-ramai di atas alas yang agak berpasir itu.
terperanjat jugak lah, sebab sangat ramai wanita-wanita Arab lain yang bersolat raya. Kalau kt Malaysia, susah lah nak jumpa suasana camni. Selalunya, hanya orang lelaki je kan yang sibuk pergi masjid utk solat raya. Orang perempuan plak sibuk kt dapur atau uruskan hal-hal keluarga. Kalau kt Mesir ni macam tak je. Semua orang turun untuk solat raya. Tak kira, tua atau muda, wanita atau lelaki, mahupun yang ada baby pun sanggup datang. Memang mantap! nampak lah betapa mereka begitu menghargai perayaan Islam ni.

Khutbah dye kan, dalam bahasa Arab. Huhu.. Tak faham pun, tapi sebab hormat. Duduk lah jugak. Pura-pura memahami. Hehe. Sekejap je pun, 15 minit. Tak lama kan. Lepas dah salam-salam, dan bergambar. Ktorg ambil peluang pergi usha pula kawasan persekitaran.


Muka takde ekspresi~
Haha. Blur lah tu.

Berjubah di pagi raya. Cisss, padahal kan. Jubah pinjam je.. Hehe. Tetiba teringin nak pakai. Sendiri punya takde kan. Nasib lah housemate ada lebih. Memang kitorg dah pakat nak pakai jubah waktu solat raya tuh. Comel tak saya? hehe...
*okay, abaikan perkataan gedik tuh! :p



Inilah yang dikatakan kemeriahan sambutan solat raya di Mesir. Ramai kan para jemaah muslimah yang hadir. Aku sangat senang hati melihat suasana sebegini! :)




Antara rakan-rakan tahun pertama yang turut hadir bersolat raya! Kepada ibu bapa sekalian, kami di sini okay je! InsyaAllah. :)


topi raya (?) 

Belon raya (?)
Haaa, apa lagi yang lain eh? Dah usha kan gambar kt atas tu kn? Ada belon dengan topi birthday party. Hehe.. Sangat menarik hati. Kt Malaysia mana ada jumpa suasana belon-belon camtu. Paling tak pun, ada jual kt pasar je kot! Haha.
Comel je sebab ada belon-belon tuh. Pastu, faham-faham lah kalau perempuan kan. Saje nak gedik-gedik.. Pergi lah beli topi-topi tu haa.. :p


Dah macam perempuan sihir yg kt kartun tu tapi versi Muslimah. Hehe.



Sempat jugak bergambar dengan Minah-minah Arab yang comel belaka ni. Hehe. Kan Mesir nak pilihan raya, jadi dorg ni lebih kurang macam tengah buat kempen kot.
*macam adik-beradik tak? Hehe.. Acah jela. Bukan bajet mana pun :p



Tengah jalan-jalan usha itu ini. Terserempak dengan Pensyarah Histology, Dr Khaled dan keluarga. Juga mengambil kesempatan bagi menitip kenangan AidilAdha bersama beliau.




Lepas tuh, dalam perjalan balik.. Sebelum kembali pulang ke Imarah tu, pergi singgah kt kawasan PCT (Perubatan Cawangan Tanta) sebab dorg dah ada sesi sembelihan unta dan kambing juga. Meriah sungguh! Ramai kot orang-orang kt situ. Nampak lah yang sebenarnya... Ramai je orang Malaysia kt daerah Tanta tu. huhu...

bertungkus lumus untuk menumbangkan unta


Pastu kt imarah plak, buat aktiviti bebas jap. Beraya dengan jiran rumah sebelah. Hehe.

Ziarah antara jiran

Kumpul di AC2 untuk makan-makan pula. Kali ni punya makanan pun potluck gak. Rumah ktorg masak spageti. tapi, bukan ktorg lah sangat. Sorg je yg masak. Hehe... Sedap dye masak.


Lepas dah makan-makan tu. Berkumpul dan bergambar lagi! Cepat cari kakak masing-masing kt mana??? hehe. 

Tengah hari ke petang plak, takde buat apa sangat pun. Ada lah study sikit-sikit. Selebihnya, tidur kot. Opsss, kantoi. Hehe.. Biasa ah, mood tgh raya kan.. 
Nak studi pun, fikir unta je~ Haha.

Peh!!! Memg kegemaran... 

Malam nya plak. Berkumpul lagi untuk mendengar sesi forum yang berkaitan dengan raya Qurban ni. Tema yang diketengahkan semestinya korban. 
Ahli panel nya ialah Aiman Latiff dan Izzudin Azaharuddin bersama dengan Aiman Nizar.

Point utama yang aku dapat malam tu ialah;
1. Yakin dengan ketentuan Allah
2. Keberanian dalam menegakkan sesuatu kebenaran
3. Pengorbanan kita terhadap sesuatu
4. Ketabahan dalam menghadapi ujian Allah

Lepas dah habis forum, sesi makan-makan lagi. Alhamdulillah, dapat makan laksa kot. Suka sangat-sangat! Hehe...



7 September 2011
(Isnin)

Yeayyy!! Agenda kemuncak pada Hari Raya yg Ke-2. 
Sembelihan unta dan aktiviti potong daging. 
ehem-ehem, jangan taktahu yang aku pegang AJK Potong daging. Maklumlah, yang busuk-busuk tu semua aku lah kot. Huhu.. 
Jumlah unta yang akan disembelih ialah 3 ekor. Mula-mula, dengarnya hanya 2 ekor unta je. Rupa-rupanya, tambah lagi 1 sebab ada parents yang bermurah hati nak sedekah. Alhamdulillah. :)



Comel kan unta-unta ni.


Okay! Sebelum sembelihan pun, sempat lagi nak bergambar kan? Haha. Sebelum tu jugak, Ummi ada bagi sepatah dua kata amanat kepada anak-anak medicmseir beliau. Supaya mengingati kembali niat serta pengorbanan mereka yang tersayang. Dan juga apa sahaja pengorbanan yang kita lakukan selepas ni biarlah dengan hati yang ikhlas kerana Allah. InsyaAllah~




Sesi penyembelihan yang penuh dengan kontroversi. 
kalau nak tahu, waktu nak sembelih unta yang kedua tu kan. Tali yang ikat leher unta tu putus. Cuak ke tak, itulah kenyataan nya. Semua orang lari mencicit mencari tempat selamat. Termasuk aku sekali lah tuh! Haha... Tapi, nasiblah unta tu tak lari jauh sangat pun. Dia lari kt tempat yang ada kawan dia je. Hehe.


Superhero Tanta a.ka. Abg Mat sedang menjalankan tugas




Berlatang belakang kan, orang yang tengah melapah unta. Sesuka hati je nak menyibuk... Hehe.. :p
Jangan marah~


saya tgh pegang KIDNEY a.k.a buah pinggang unta

Lepas dah abis sesi sembelihan, mestilah sesi lapah dan potong daging plak kan? Peh, kerja aku lah tu. Busy.Busy.Busy. (konon???) Haha...
Waktu tu memang berbau daging jela satu badan. Tapi, okay je. Aku memang suka buat kerja mcm ni. Penat tak terkata kot. Angkat itu ini. Ke hulir ke hilir, Berlari sana sini. Memang terbaik! :)


Bersama daging agihan. Banyak jugak lah. Memang satu hari tu kan, aku bersama dengan daging unta jela. Suka-suka!! Pengalaman kali pertama kan...

Pagi sampai petang tu memang sangat-sangat penat. Tapi, kalau fikir balik... Bukan aku seorang je yang penat. Semua AJK lain pun penat gak. AJK masakan, AJK lapah, sembelihan lagi. Memang semua orang penat waktu tuh. Sangat tak terkata penatnya. Tapi, inilah pengorbanan kan. Sama-sama penat dan bergembira di hari raya. Sumpah lah cakap. Kalau kt Malaysia memang susah nak join aktiviti yang sebegini. Lagi-lagi yang melibatkan remaja-remaja ni. Sukar nak nampak penglibatan bebudak sekarang untuk buat kerja-kerja macam ni. Huhu...


Malam nya plak adalah sesi kemuncak Hari Raya! InsyaAllah, segalanya dah selesai kot. Cuma bab agihan daging jela yang tak selesai sangat. Jadi, aku kena lah ke hulur je hilir lagi... Kalut tak tentu pasal. Ada partner pun, agak susah skit lah. Mungkin sebab perbezaan umur ke? Tak mungkin lah... Haha. Bukan lah, masing-masing sibuk dengan kerja tersendiri (konon je)...



SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA!
dari aku yang berada di perantauan ini.
0.o


Nasi Himpit & Kuah Kacang

Bihun sup tulang
Antara makanan yang dah selamat dalam perut aku malam tu.
Makan yang dimasak, semuanya terbaik! Fuhhh, sedap sangat-sangat. Huhu.



Eh, sebelum nak tutup cerita... Aku nak cerita gak pasal tetamu istimewa Arab malam tu. Hehe. Sangat menarik hati sebab Arab tu kan, sangat pandai berbahasa Kelantan. Sangat fasih weh! Sumpah tak tipu. Dia ada bagitahu yang dia duduk kt Malaysia sejak 1995 lagi. memang patutlah pun, dia fasih kecek kelate! Fuyoo2! Terkesima kot. Hehe... Errr, pesanan dia yang paling menarik perhatian ialah bila dia cakap yang kalau nak menguasai sesuatu bahasa tu kan. Kita takkan dapat bahasa itu selagi kita tak betul-betul mencampuri atau bergaul dengan masyarakat sekeliling. 
Jadinya, kita kena lah cuba berkawan dengan mana-mana orang Arab. Untuk menguasai bahasa mereka. Walaupun pada mulanya agak kekok dan blur.
Okay! saya akan berusaha! InsyaAllah!:)



dengan Dr. Fatin Farhanah

Berjumpa dengan rakan dari Al-Azhar. Yang datang dari Cairo dan sanggup turun ke Tanta. :)

Sebenarnya, hari tu jugak... Kawan-kawan dari Cairo, Alex, Mansoura dan Al-Azhar turun ke Tanta. Kehadiran mereka telah memeriahkan lagi majlis jamuan besar-besaran Raya Qurban. Sebagai tuan rumah (cewah, bajet je takpasal2) sangat berbesar hati dengan kehadiran mereka! 






Kini, berakhirlah sudah tugas aku!


Dan, tamat sampai di sini sahaja lah laporan tentang perayaan Raya korban aku di negara orang.
RINDUUUUUU.............