Sunday, July 29, 2012

Rumah


Rumah manis rumah. Ouh?
Orang kampung cakap, Home Sweet Home. Heh. Poyo.


Danbo pun eksaited saya dah sampai rumah. tapi, muka tak menggambarkan? eh?


Pada 25Julai 2012. Tepat jam 1.56 petang.
Alhamdulillah, selamat sampai di tanah air dengan selamatnya.
Okeh, nadia! It's time for you to tell the world, you are coming home! Ahah. Perli lettew~
Perasaan ketika berada di Cairo airport, Transit kt Abu Dhabi, dan setibanya di KLIA. Semuanya berlainan. Sebab kuat yg sangat berkaitan ialah result dan jugak err...  Takde errr pun. Dan ofkos lah seghonokkk sebab nak jumpa famili terchenta. HAHA. Gaya penulisan dah banyak dipengaruhi oleh sumber blog yang kerap disinggah. Habes campur-campur bahasa rojak. Adoi~

Dengan perasaan ragu-ragu antara nak balik ke tak, tapi aku yakin dan kuatkan diri. Dan berserah sepenuhnya kepada Allah :)
Buat pertama kali menjadi orang perantauan dari Mesir. 
Aku memilih flight Etihad Air untuk pulang ke Malaysia. Kenapa? Entah. Tak pasti. Mungkin berat bagasi yg banyak. Heeee~

Nampak menarik tiket tuh :) pelangi.

Wow! Best jugaklah naik flight ni :)
Memuaskan. Boleh lah lawan dengan Gulf Air tuh. Pramugari pun cantik dan tough. Tinggi-tinggi kot. Eh? Ada kena mengena ke? Hehe. 
Mula lah nak merapu, taktahu nak bebel ape je.

Apa nama benda ni? tgok muvi kt belakang seat ni. eh?

Ketika di KLIA, disambut penuh girang oleh keluarga. sambil kesat air mata. Terharu. Uhuk2~




Allah, aku selamat sampai. Cabaran lain bermula~
Kuatkan aku. Berilah aku masa bersama orang-orang yang mengingatiMU. >.<











Sunday, July 22, 2012

Tahun ni saya nak puasa penuh sebulan! #EH?



#EH?
Macam mustahil je nak target puasa penuh. Eiii, tak malu! Dah besar panjang pun ponteng puasa lagi. 
Sorok muka cepat! 
Adik-adik kecik yang comel serta nakal tu pun, boleh puasa penuh tau! Huhu. Apa daaa, kalah dengan budak kecik :p

Tutup muka rapat-rapat. Tchhhh~

Sedikit terkilan.
Tatkala ingin merasai suasana puasa pertama di perantauan. Allah bagi 'cuti'. Uhuk-uhuk. Tersedak.
Malu konon. Namun, itulah fakta. Berbicara secara matang. Setiap wanita yang normal akan menghadapi kitaran seperti ini. Cuma lambat, cepat ataupun langsung tak mengalami'nya' ketika bulan puasa. 
Tetiba jeles dengan orang lelaki. EH? Jangan macam tu. 
Allah ada 'cakap',

“Dan janganlah kamu iri hati terhadap limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran).
(Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, 
dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; 
(maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. “
(An-Nisa’:32)


Semuanya kehendak Allah bukan. Segalanya ada hikmah tersendiri. Senyum.

Ops, saya bukan sengaja nak ponteng okay~
Allah izinkan >_<
Lagipun, bukan selamanya ABC. Ketika tempoh itu, Allah bagi peluang untuk kita sediakan makanan untuk orang yang berpuasa. Allah bagi peluang untuk kita buat kuih raya banyak-banyak. (pun boleh) Allah bagi peluang untuk kita lebih bertenaga untuk mengeratkan silaturrahim. Hehe. Cantik bukan pengaturan Allah :)

Rasa sedikit cemburu apabila mendengar cerita rakan-rakan lain yang bersolat terawih di masjid bersama dengan orang Arab. Berbuka puasa. Haih, jeles. 
Takdapat beramal bersama. Aduhai, Allah. Maaf andai permulaan Ramadan ini, kurang menghayati dan tak beramal sepenuhnya seperti orang berpuasa.
Malu dengan Allah.
Eh? Disebabkan kau uzur, takkan tak boleh beramal atau beribadah langsung?
Berbicara secara matang. Tutup perasaan malu k.




Seperti yang kita semua tahu, wanita uzur(haid, nifas) tak boleh buat ibadah-ibadah khusus yang demikian;
- Solat
- Puasa
- Memasuki masjid (terdapat ikhtilaf dikalangan ulama)
- Membaca Al-Qur’an (ada perbezaan pendapat)
- Tawaf




Namun, kita (wanita) sering terlepas pandang dengan ibadah kecil lain yang juga boleh diamalkan seperti;
-Berdoa.
-Berzikir.
- Memberi makan orang yang berpuasa.
-Membaca buku / menambahkan ilmu pengetahuan.
-Istiqamah baca Ma'thurat pagi dan petang. Paling kurang pun, sekali sehari
-baca tafsir al-Quran

Haaa... Buat apa nak bersedih? Kita pun boleh sama-sama buat pahala jugak kan.
Paling senang pun, sediakan makanan untuk orang berpuasa. Dapat pahala seperti orang yang berpuasa jugak. Baiknya Allah kt kita kan :)
Nak buat qiamullail, tapi tak boleh solat? Macam mana tuh?
Apa daaa... Senang je. Bangun jugak pada dua pertiga malam macam biasa, tapi berzikirlah mengingati Allah. Beristighfar. Bertasbih. Tu je.





Jadi, La Tahzan! Jangan bersedih
Lagipun, kita (wanita) uzur tak lama kan. Paling normal pun, 7-8 hari. Lepas tu, dah boleh puasa seperti biasa.
Boleh solat terawih berjemaah dengan rakan, famili, adik-adik, jiran tetangga.




Raikanlah Ramadan dengan penuh kesyukuran.
kerana kita,
seorang wanita.

Allah loves us






Eh? lagi sekali eh? hehe.
Tetiba entry ni cerita pasal uzur plak.
Padahal nak cakap, tak ada benda menarik nak post pasal entry pengalaman puasa di negara orang.
Hurmmm...
Sebab nya, itulah~ ha'ah, sebab yang tula... Masih lagi segan. Ops~
Tapi, mungkin akan ada. Mungkinnn. Angkat bahu. Angkat kening.
Menghitung lagi 2 hari nak mendarat di tanah hari. Hooray!
Dan, debaran penantian result. Hoho






Saturday, July 21, 2012

Lagi coretan dan contengan Kembara Cinta Ilahi #edisi Khas pendakian Gunung Sinai. Hoho


Okeh, nak sambung cite lagi. Hehe. Aku tahu entry yang lepas tu, panjang sangat. Mungkin kebanyakan hanya scroll down tengok gambar, lepas tu dah- close tab! kan.kan.kan? Ahaha... Tapi, kalau ada yang baca words by words. Well done! Terimakasihbanyakbanyak! hehe... 
Jadi, meh baca 'karangan' edisi khas sesi pendakian ke gunung Sinai pula :p



15 Julai 2012(Ahad)

Lepas solat Jamak taqdim Maghrib dan Isyak
Chek out hotel,
makan malam, 
dalam pukul 9.30 malam, kami pun gerak ke Pergunungan Sinai.
Hati tengah melonjak-lonjak. Tapi, badan rasa sangat penat. Tak cukup rehat. Seharian bermain aktiviti lasak. Konon. hehe.
Lebih kurang 1jam setengah perjalanan, sampai ke destinasi. Mata mengantuk. Tak tidur nyenyak dalam bas sebab terbayang-bayang Gunung Sinai. Dah sampai ke? Dah sampai ke? Ahah. Eksaited. 

[credit]


Dalam pukul 12 pagi sampai ke destinasi.
Turun je dari bas. Brrrrr, sejuk lah pulak. Dah la berlagak tak bawak sweater. Hehe. Memang tak sangka sejuk macam tu malam tu.Yela, kalau pagi memang panas terik tak terkata. tak lah sangka sesejuk itu. Dapat bayangkan kalau summer dah sejuk cmtu. Kalau musim sejuk, macam mana lah sejuknya kan. Huhu.


Jadi, antara pesanan untuk mereka yang nak naik ke Sinai ialah;
#1 Sweater
Waktu ni musim panas. Jadi, taklah sejuk yang sangat-sangat. Boleh la tahan sikit-sikit. Angin sepoi-sepoi biasa je. 
 Kalau pergi ketika musim sejuk. Ofkos lah lagi wajib pakai sweater. Sangat sejuk, ok! :)

#2 Lampu suluh
Sangat diperlukan! Jalan gelap dan berbatu-batu. Kita akan mulakan pendakian sebelum subuh lagi. Hehe. Iaitu sebelum matahari terbit. Yela, tujuan lain pendakian Sinai ni selain mengamati sejarah Nabi Musa, ialah nak menghayati keindahan Matahari terbit di sebalik gunung-gunung yang indah itu. Maha Suci Allah~

#3 Air mineral
Bayangkan ketinggian gunung mencecah hampir 1000 kaki. Wow! Tinggi jugak tu. Dehydrated kot kalau takde bekalan air yang mencukupi ;p

#4 makanan atau cokelat
Banyak je R&R di sepanjang perjalanan pendakian. Tapi, seboleh-bolehnya nak jimat masa. Taknak rehat lama-lama. Lagi singkat masa sampai ke puncak lagi bagus. Macam main lumba-lumba je plak. Hehe.
Lagipun, sambil jalan boleh sambil amik sedikit sumber glukose dari coklat tu. Saranan akak-akak :) 

#5 Kekalkan air wudhu
Ops, sedikit mencabar. Tapi, kepada yang yakin. Boleh je kan. Yakin diri. Huuuu~
Antara sebab nya ialah kt puncak tu mungkin takde air. Tak bermaksud takde tandas kt puncak tu. Tapi, guna tisu jela untuk beristinjak. Tapi, kalau nak selamat bawak air mineral lebih sikit. Bajet untuk wudhu kalau terbatal.

#6 kamera
eh? boleh plak. hehe. Tak penting pun. Tapi, untuk menyimpan memori serta kenangan yang indah. Malah, dikelilingi pula oleh alam semulajadi Allah yang wow! Harus ada kamera :p
Pemandangan yang cantik macam tu, susah nak dapat. Lagi-lagi lepas dah berjam-jam penat mendaki. Penat mengharungi jalanan batu-bata itu. Phewww, segalanya terbayar dengan pemandangan yang cantik itu. Maha suci Allah >.<

#7 Lain-lain.
Perlukan stamina yang tinggi. Kaki yang kuat. Jasmani yang hebat. Hehe. Kenapa??? 
Kerana>>>Ini bukan merentas desa. Ini bukan acara berbasikal. Ini bukan juga acara sukaneka. Ini bukan aktiviti jalan-jalan sambil cari makan. BUKAN!
Tapi, ini adalah aktiviti pendakian bukit-bukau ataupun gunung. Yang memakan masa selama 4 jam, itu pun tempoh yang paling lama seseorang itu bagi menyelesaikan aktiviti pendakian hingga ke puncak. Huh! Amaran awal. Kalau rasa lembik dan tak larat, jangan mulakan pendakian pun. 
Eh? semangat ke emosi ni? haha.  Saje je bagi ayat boaster kt korg2 yg nak naik Sinai~




16 Julai 2012(Isnin)

Selepas mendengar taklimat daripada Ustaz Faizal. 
Lebih kurang dalam pukul 12.50 pagi. Kalau tak silap lah... Eh? ke pukul 1pagi. Eh? Dah lupa pukul berapa. Hehe. 
Kami pun, mulakan ekspedisi pendakian. Yahoooo. Bajet perjalanan untuk sampai ke puncak, ialah kurang daripada 4 jam. Here we go!
Padahal, waktu tu. Errr, penatmengantuk tak terkata. Tapi, semangat nabi Musa! Yeay, saya nak  naik jugak! Bukan senang nak dapat peluang macam ni  >.<


Berkesempatan melihat SUNRISE :)
Sungguh indah! Menakjubkan~

Alhamdulillah, selama 3 jam setengah. Aku telah sampai ke puncak Sinai. Hooray! Aku antara orang yang paling lambat sampai. ngaku plak dye :p
Siyes. Pendakian ini sangat mencabar stamina dan fizikal juga mental. 
Sangat penat. Lagi-lagi dengan kekurangan rehat. Aku rasa banyak hilang tenaga kt aktiviti sebelumnya. Sepanjang pendakian tu, semangat kena kuat jugak. Kalau tak, rasa macam nak berhenti waktu tu jugak. Nak give up waktu tu jugak! Allahu. Macam-macam perkara berlegar di fikiran. Nak berhenti ke tak? nak teruskan ke tak? Haihhh, padahal dah separuh jalan. Tapi, itulah... Aku cakap kt diri sendiri. Sikit je lagi ni. 5 minit je lagi. Jangan berhenti sekerat jalan. Hoho. 
Ke, aku sorang je yang rasa macam tu? ntah lah. Mungkin orang lain punya semangat lain sikit dari aku. Tapi, ini serious. Taktahu kenapa aku rasa penat sangat waktu daki tu. Asyik kena tarik je dengan orang lain. Sangat lambat berjalan. Sikit-sikit berhenti rehat, minum air. Hehe.
Tapi, bila lagi sikit nak sampai puncak. Jalan makin berbatu-batu dan curam. Waktu tu lah tetiba aku jadi makin semangat dan jalan makin laju. Orang lain plak yang kerap tercungap-cungap. Eh? Hehe.

Terpana dengan keindahan Alam Allah 


Bila dah sampai ke puncak tu. Rasa lega tak terkata. Bergegas untuk solat subuh. 
Lepas tu, berehat sebentar. Amik udara segar.
Tiba-tiba. Aku rasa sebak. Lepas tengok matahari terbit. Aku terharu~ 
Subhanallah. Aku berada di mana ni? Tetiba terfikir. Aku telah dan sedang berada di puncak gunung Sinai. Tempat di mana Nabi Musa bermunajat kepada Allah. Mengasingkan diri untuk lebih dekat kepada Allah. Subhanallah. 
Kisah nabi Musa yang tercatit dalam Surah Taha itu.
Aku sedang berada di tempat itu. Terharu tak terkata. Allah bagi peluang untuk aku berada di tempat itu. Pendakian yang tinggi dan sangat mencabar. Yang jauh daripada segala punca dunia. Aku juga berasa sedikit tenang si situ. Allah~

Fikiran melayang-layang. 
Hanya Tuhan saje yang tahu apa perasaan waktu tu.

"Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini kpd sebuah gunung, 
pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah 
disebabkan takut kpd Allah
Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat utk manusia agar mereka berfikir" (59:21)

Akhawat yang sangat haybat! Hoho.. Bravo sebab sampai ke puncak jua!

Hurm, kalau perasan lah. Tak banyak gambar personal yang aku snap. Semua banyak gambar orang lain. Sebab nya?  
Satu, mungkin penat!
Dua, terlalu kagum dengan ciptaan Allah.
Tiga, takde mood sebab terasa sangat sebak.
Empat, muka sangat berminyak dan rasa tudung berterabur waktu tu. Segan. Ahaksss, itu gedik :p
Lima, kamera rosak. 
Enam, blablabla. 

Sudah lah.. 
Panjang plak alasan nya. Tapi, siyesly. Tak banyak gambar yang aku snap sepanjang jaulah kali ni. Alasan utama mungkin>>> status kesihatan serta kamera yang rosak membuatkan mood turun naik. Kesihatan eh?Errr, sepanjang jaulah tu demam dah kebah. Cuma selsema dan sakit tekak yang tak baik-baik. Suara jadi garau dan serak. Ala-ala Ella. Hehe. Semua orang dok tegur suara hilang. Woooo, seronok sangat ke sampai suara hilang? opssss...
Alhamdulillah secara keseluruhan nya, aku enjoy! 




Hurm, macam panjang sangat je aku dok potpetpotpet itu ini. 
Nah! kt bawah ini untuk mereka yang suka scroll untuk tengok gambar je >.<
Jari ni pun dah penat menaip...

jalan yang berbatu-batu itu...
setiap langkah mempunyai memori tersendiri. Oyeaahhh! 

Lagi jalan yang berbatu-batu.

Salah satu bangunan yang ada di puncak
Gereja dan jugak Surau. 

Gambar ni nampak epik Padang pasir dan Unta :)

Lebih kurang 2 jam habiskan masa di puncak, tibalah masa untuk pulang. Sebak.
Selamat tinggal Sinai. Ntah bila lagi aku akan naik. Hehe. Fikir dua tiga kali dulu sebelum naik kali yang kedua :p
Nak turun dari puncak, lain plak cabaran nya. Matahari yang terik dah naik atas kepala. Waaaaaaa~ Panas, penat. Adoi...
Tetiba jarak perjalanan nak pulang tu terasa sangatlah jauh. Waktu daki, tak nampak sangat sebab gelap dan cuaca pun sejuk beserta dengan angin sepoi-sepoi bahasa. 
Tapi, bila turun tu. Panas terik dan silau. Cobaan. Hehe.
Namun, terpaksa gagah jua. Kalau tak, tak balik rumah la gamaknya :)

Jalan dan jalan. Redah batu bata. Sambil tadabbur alam. Dikelilingi gunung serta bukit bukau yang memukau. Itulah pengalaman. 
Akhirnya sampai jua ke tempat asal. Ecewah~

Tetap juga. Antara orang yang terakhir turun dari puncak! Hoho :p
Misi Sinai  diselesaikan pada pukul 8.40 pagi. 

Kemudian, lepas bersihkan diri. Naik bas. Rehat.
Sepatutnya ada lagi tempat yang akan dilawati.
Tapi, mata dah berat. Badan sangat penat!
Tak terlayan dah. HAha...
Sempat amik gambar sikit-sikit je. Lepas tu, waktu tu dah tersengguk-sengguk. Adoi~


Antara tempat terakhir yang kami singgah ialah Kawasan Lembu Samiri dan Makam Nabi Soleh A.S
Tak turun pun dari bas pun. Tengok dari jauh je :)

kawasan lembu Musa Samiri

Makam Nabi Harun A.S

ZzzzzZzzZzzzzz
Sepanjang perjalanan yang memakan masa hampir 12 jam itu.
Tidur dan tidur. Penat lah katakan. Tapi, aku tak sepenuh nya tidur. Sempat jugaklah sembang itu ini dengan budak comel kt sebelah tu dan pandang ke langit yang penuh dengan bintang-bintang :) Subhanallah, lagi sekali! aku terpegun. Cantik.
Sebelum sampai ke Tanta, berhenti untuk solat Jamak takhir asar dan zuhur,
makan malam (yummy=sedap. Eceh),
Jamak Taqdim solat maghrib dan Isyak~


Lebih kurang pukul 2.30 pagi keesokan harinya, waktu ketibaan di Tanta.
Penat wooo! tapi, berbaloi. Hehe :)





Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Terima kasih ALLah sebab bagi peluang menikmati jaulah yang haybat ni.
Dan terima kasih sekali lagi khas kepada Ummi MedicMesir. Sebab belanja jaulah kali ni. 
Segala perbelanjaan untuk pengangkutan, tempat penginapan dan makanan. Semua ditanggung oleh Ummi. Jazakillahu Khairan :)

Terima kasih jugak kepada akak-akak dan abang-abang serta mereka yang terlibat secara langsung ataupun tidak. Dalam memastikan program ni berjalan dengan jayanya! 
Hoho.

^_^









Hi sweet stalkers! terima kasih kerana membaca. Heh?! Ada ke??? :p
Jangan tertinggal ENTRY yg lepas tu eh<<<