Bismillah. Terketar-ketar jari jemari nak mulakan bait-bait taipan di blog sendiri.
Ceh! Poyo nya ayat. Haha. Eh, hey. InshaaAllah I'm back. I'm really back. Eh, macam takperlu je nak bgtau dunia kau nak aktif blog lagi.
Assalamu'alaikum. Salam sejahtera ke atas semua *kenyitmata.Gedik*
Alhamdulillah. Cuti panjang lagi tahun ni. Asalnya mula-mula dapat berita kuliah akan bermula pada 20 September gitu.. Dan, bercadang untuk menukar tarikh pulang awal daripada tarikh tiket asal iaitu 12hb Oktober. Punyalah cuak ye takut nak ponteng kelas, padahal dulu masa nak tetapkan tarikh balik punya lah yakin ya amat. Eksaited bagai nk balik ejip lepas raya haji. Haha.
Tapi, sepertinya Mesir umpama memahami bacaan hati student Malizi yang kebanyakan nya nak balik lepas raya haji walaupun tahu, yelaaa start awal pun. Bebudak taknak balik ikut tarikh kuliah yang telah ditetapkan.
Kementerian Pendidikan Mesir telah menunda tarikh mula pengajian 2 minggu ke hadapan drpd tarikh asal, jadi kira nya SEMUA universiti tempatan di Mesir akan memulakan sesi pengajian bagi sesi 2014/2015 pada 11 Okteober 2014.
Ahah. Yayyy, takyah lah pening fikir urusan nak tukar tarikh tiket bagai. Dah lah, si airlines Qatar kali ni takpernah nya nak angkat talian panggilan nya. Urgh, geram! Sibuk dengan pelanggan kot. Hurm, takpe I mengalah lah. Husnuzhon :p
Well. Cuti kali ni takde spesifik perancangan. Seperti tahun lepas, ada buat attachment tu kan. Dan menguruskan sikit hal keluarga. Padahal kan, kalau kt Ejip sana tu. Macam-macam yang dibayangkan yang nak dilakukan. Ofkos lah nak meronggeng je kerja nya. Haha
Tetttttttt. Bila dah kt rumah. Jiwa dan jasad umpama kena kurung...
Tak berkembang pulak rasa nya bila dok terkuarantin macam ni. Tak pernah lah terfikir jadi sepasif macam ni. Haha.
Mungkin jugak lah, ni jadi penyebab aku aktifkan diri dengan melibatkan diri dalam bermacam aktiviti 'organization' kt ejip. Hakikatnya, memang takreti nak duduk diam. Hati memberontak dalam diam. Alahai~ Tapi, takpandai nak luahkan atau zahirkan dalam keadaan begini.
Eh, macam #luahan pulak.
Okay bukan pun. Haha.
Hmm, cuti ada lagi berbaki sebulan. Nak buat apa ni. Aktiviti yang berfaedah. Yang dilakukan. Di rumah.
.....
.....
Hapdet blog JOM!
.
.
.
Tchhh.. Okay, moga diberikan ilham untuk berbakti kepada keluarga dalam waktu yang singkat ni. Dalam senggang waktu yang mereka ada di depan mata kita.
*takyah nak update blog sangat lah. Pi masak lunch ke, bersenam ke*
Eh, hey. I dah aktip Instagram lah. Dah jadi macam instant blog pulak kt situ :p Patutlah pun belog ni diabaikan. Haha. Lagipun, belog tetap kesayangan, sebab kalau taip pepanjang kt Instag pun kadang orang takbaca sangat. Orang like gambar je. Percayalah~ *macam pernah buat je*
*Berangan* |
Okayyy, nak pi mencari ilham ilahi.
Nak tadabur alam semula jadi.
.....
.....
*Scratch*
Daydreaming again.
No comments:
Post a Comment