Friday, November 22, 2013

The beginning of [GWF 2013/2014]




Alhamdulillah, selesai sudah majlis sulung atau program pembukaan batch 3rd year Tanta University bagi sesi 2013/2014. Ekcelli Glow with Flow tu yang program wajib untuk tiap batch. Program tentang perkongsian tips dari senior-senior yang cemerlang.
Untuk tahun ni, kami AJK pelaksana gabung kan sekali dengan program batch iaitu, mesyuarat, muhasabah, sesi penganugerahan dan Jamuan Batch. Semua nya lah. Yela, memandangkan tahun lepas tak berkesempatan nak buat. Banyak masalah teknikal dan keadaan genting semasa yang memang takdapat nak dielakkan. Maka, Alhamdulillah dapat dilaksanakan jua pada sesi kali ni. Tambahan pula, ahli batch yang makin matang semua nya. Jadi, banyak lah penambahbaikan dari segi pelaksanaan dan kelancaran program tu sendiri. Awwww, rasa puas dan seronok untuk program hari ni *senyumlebar*
Habis satu tanggungjawab.
Akan datang pula tanggungjawab yang lain. Wallahu'alam.

Dengan tekad yang kuat, tahun ni nak kurangkan sikit penglibatan dalam politik. EH? Sebegitu sekali ya. 
Lagipun, Atuk dah pesan JANGAN lah join politikus ni. Pergi sana belajar je. Balik, berkhidmat untuk masyarakat. 
*waktu kena ceramah ni, kepala mengangguk kelu. Padahal hati rasa nak membidas itu ini. Degil! Huhu. Tapi, hati sabar sebab iA kita sendiri faham apa yang kita buat.*
Okay Atuk. Nadia hanya mampu kurangkan sahaja. Tak boleh nak kata tidak untuk tidak libatkan diri dalam hal-hal yang berkaitan. Sebab Nadia punya prinsip juga. Punya matlamat yang harus dicapai. Hehe. In shaaAllah cuba kurangkan dan fokus studi lebih sikit kali ni. Tapi, tak bermakna akan letakkan tanggungjawab dan amanah tu sebagai nombor dua. Ouh, tidak tidak. Akan seimbang kan kedua nya. In shaaAllah Nadia cuba. 
Mohon semua doakan supaya diberikan ketabahan yang lebih untuk harungi tahun tiga yang mencabar ni.

Nak dijadikan cerita.
Dicalonkan sebagai Penolong Ketua Batch sesi 13/14. Ouchhh. Tak pernah mintak pun =,=
Mula-mula tu memang tak setuju lah jugak. Punya alasan tersendiri iA. Dan hampir nak tarik diri je. Tapi, errrrr. Tak sampai hati sebab pencalonan ni kira macam suara ramai batch. Mungkin mereka percaya kita mampu. Walau kita rasa banyak je kelemahan diri yang ada, rasa tak mampu semua. Tapi, kepercayaan yang diberikan tu sukar untuk dikhianati. Gituuuu~ Ahah.
Maka, bermula lah kempen 'JANGAN UNDI SAYA' yang dikuatkuasakan di FB, dan wasep kelas. Tekad sungguh dah ni. Ouh ya, memandangkan saya dah pun memegang jawatan sebagai KETUA Group C [lagi sekali dan sebagai salah satu alasan untuk taknak jadi PKB]. Jadi, inilah masa nya menggunakan mandat kuasa yang ada di tangan saya. HAHA *evil laugh* 
Main kotor lah awak ni. Tak baik tau rasuah. Huhu.

1st time.
Nasib lah suruh bagi moto je. Kalau suruh senaraikan manifesto. Ahah! Memang mengarut apa entah.

Alhamdulillah. Terima kasih Allah. 
Terima kasih sebab beri peluang kepada diri sendiri untuk memperbetulkan apa yang kurang ekcelli. 
Terima kasih kerana telah beri apa yang saya nak. 
Dan in shaaAllah ini yang terbaik untuk semua. 
In shaaAllah, tahun ni masih lagi memegang jawatan ketua group SAHAJA.
Terharu giler giler, sebab semua orang sporting. Eheh. In shaaAllah mungkin ada sebab lain mengapa saya tak diundi. Dan kata mereka sebab itu rahsia dan undi itu juga rahsia. Ok fine. HAHA. No such hard feelings lah in shaaAllah. Big hugs n kisses for those who are really understanding me. Eceh.
Agak-agak ada tak orang yang segembira macam saya sebab tak diundi? :p

Tahniah awak. Takziah awak.
Selamat menjalankan tugas dan amanah yang diberikan sebaiknya. In shaaALLAH itu ada lah kepercayaan yang diberikan oleh ahli batch keseluruhan nya untuk kalian. 
Kita semua satu. Jom Avicenna jom! Bergerak seiringin berpimpingan tangan. Tarik kawan yang agak-agak macam nak terjelepok tu. Gituuuu~


Hiasan pentas utama.
Bersama AJK Pelaksana Glow With Flow
*Dah kenapa bloated face tu?*

Berbalik kepada perkongsian daripada senior-senior yang ada.

Mereka sangat haybat ekcelli. Sampai rasa terkedu dan tak sempat nak jot down point tips-tips penting yang mereka kongsikan. Harap nya, melekat terus kt minda dan hati lah pasni. Hehe.

Tapi, boleh highlight kan pada beberapa perkara lah.



3rd year.
Subjek baru. Buku baru. Suasana baru.
Ya, menjadi budak tahun tiga memang mencabar.
Subjek makin mencabar.
Pesanan senior.
-Set mind. Jangan terlalu memikirkan yang tahun tiga ni susah dan susah. Tak susah ekcelli, cuma banyakkkkkk je. Ok, tukar kotak minda ya.
- Kena cepat adapt. Cari cara study yang efektif
-Jangan study last minute!! Mula dari sekarang
-Datang ke kelas [keberkatan]
-Walau sibuk mana pun, sila bayar semula masa yang ada untuk STUDI
-Pelihara hubungan dengan Allah, selalu contact ibu bapa, jaga hubungan dengan orang yang dekat dengan kita.


Antara Batchmate yang sememangnya kiutcomelhaybatsporting. Muahhh Muahhh.



Di pengakhiran majlis, ditayangkan pula video kenangan batch.
Okay yang ni tragis. 
Sebak.
*but no lacrimation. It's more hurt actually*
I hate the feelings or atmosphere there at that time.
Suasana jadi suram untuk seketika. Ya, aku benci pada pertemuan. Sebab akhirnya, pasti berlaku jua perpisahan :'(
Banyak kenangan. Banyak pengalaman. Banyak pengajaran. Banyak sangat masam manis pahit bersama.
Walau yang patah akan tumbuh hilang berganti tapi, mungkin tak sama. Ahah.
In shaaAllah walau di mana sahaja kalian berada. Tetapkanlah hati, teguhkanlah matlamat. Letakkan Allah dan Rasul atas segala perkara, sebelum sesuatu perkara. Saling mendoakan rakan yang lain. Doakan kami di Mesir ni. Doakan.
Moga ketemu lagi kalian di lain masa. 

xoxo




No comments: