TAHUN BARU, DUIT SYILING BARU!!!
Akhirnya, Bank Negara Malaysia(BNM) bakal menggantikan design lama duit syiling yang telah berusia hampir 20 tahun tu. Teruja tak, nak tahu macam mana bentuk dia.
Yang pasti, masih lagi berbentuk bulat dan bukan petak atau segi tiga. Tapi, dalam keadaan yang lebih kecil dan ringan sedikit...
Yang pasti, masih lagi berbentuk bulat dan bukan petak atau segi tiga. Tapi, dalam keadaan yang lebih kecil dan ringan sedikit...
Jom usha gambar-gambar bawah ni.
Gambar perbandingan antara syiling lama & baru |
Gambar duit syiling baru depan belakang |
Kalau anda ingin mengetahui apakah motif ataupun maksud bagi ciri-ciri unik yang ada pada syiling baru ni. Silalah ke sini.
Boleh tahan lah jugak kan. Nampak lebih unik dan membuatkan aku tak sabar nak pegang duit syiling baru tu. huhu.. cantik kan, syiling baru ni?!!
Duit syiling 50 sen & 20 sen berubah kepada warna keemas-emasan lah! Wow, smart plak. hehe.. Agak-agak bila lah dapat pegang yang nyata punya ni.
Aku nak buat koleksi la..
Ceh! Semangat je. Benda baru memang lah batak. Nanti dah lama-lama, pandang sebelah mata pun taknak. Maksudnya, takde lah nak koleksi sgt pun. Cuma menyedari kegunaan nya shj. Bukan untuk perhatian semata-mata. Hehe..
"Siri baharu ini akan berada dalam edaran bersama-sama dengan siri yang sedia ada. Siri yang sedia ada akan dikeluarkan daripada edaran secara beransur-ansur."
“Vendor yang mengendalikan mesin wang tunai akan diberikan tempoh enam bulan untuk mengubah suai mesin bagi memudahkan penggunaan duit syiling baharu ini,” kata Gabenor BNM Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz)
Info lanjut di Sini .
Ha! Selagi masih ada ni, lebih baik simpan lah mana-mana duit syiling tu. Takut nanti kalau dah lupus, tak dapat lah cucu cicit kita nak tgok syiling lama ni secara 'live'. Kalau nak tgok pun, kena pergi muzium je..Itupun, dalam kaca. Tak boleh pegang. Hehe..
Tetiba teringat pasal syiling Rm1 yg kaler emas dulu tu.. Rugi sbb tak simpan satu buat kenangan. Dan jugak duit kertas RM2. Kenangan tuh!
Itupun, kalau anda sanggup simpan nilai wang ringgit tu tanpa digunakan.
Yang hanyalah untuk kenangan semata-mata. Ada org berpendapat, lebih baik kita guna je.. Daripada simpan. Buang masa kau je! Haha..
Ikut kehendak masing-masing lah..
ok, syiling baru.
Aku nantikan kehadiran dikau.. Hehe...
No comments:
Post a Comment