Tuesday, June 25, 2013

Masa bujang. Hayati, hadapi, nikmati. That's all.





"When you stop trying to find the right man and start becoming the right woman, the


right man will find his way to you. Chill" 


Adikadik

Kengkawan 
or sesape je lah. 
Jangan la dok risau tak berteman or lonely ke ape tu. Someday the right one will come. 

Tok sah la cakap bosan atau jeles tengok orang lain yang macam belangkas ke manemane berdua. Kalau diorang dah kawen, tu bagos la semua diorang buat pun dapat pahala.

Patutnya syukur mase kita semua dok muda dan bujang ni Allah biarkan kita sendiri so that lagi banyak mase nak date dengan Allah. Bebila anytime anywhere tak ya kisah hal orang lain tapi boleh pikir untuk diri sendiri. Muhasabah segala dosa pahala yang pernah kita buat. Segala amal yakin diterima? Segala taubat yakin terampun?

Mase ni la boleh banyakkan puasa sunat tak yah minta izin sesiapa. 

Mase ni la boleh jage diri biasakan sentiasa ade wuduk. 
Mase ni la boleh berjalan dengan kengkawan nak kenal sejarah dunia dan tadabbur alam. 
Memacam boleh buat =)

Allah dah tentukan semuanya sejak di Lauh Mahfuz. Takdir Dia itu yang terbaik. 

Have faith in Him. 
Segalanya Dia tentukan pada masa yang terbaik, dengan orang terbaik, tempat yang terbaik. 

InsyaAllah.





via Amira Shazalyna Razali




Saya suka Coffee&Pasta

*Acah je. Saya lebih suka roti canai, laksa dan teh tarik* takde kena-mengena

Agree with her. So much! 

Suka nak share letak kt blog. Hehe. Sebab tahu takde orang nak baca sangat. Dan, tuan empunya status fb ni pun entah-entah memang tak akan perasan kewujudan reblog ni. Senyum~





Monday, June 24, 2013

Jerebu dan Debu *sesak nafas*



" Maka tunggu lah pada hari ketika langit 
membawa kabut
yang tampak jelas,

Yang meliputi manusia. 
Inilah azab yang pedih.

(Mereke berdoa),
'Ya Tuhan kami, Lenyapkanlah azab itu dari kami.
Sungguh, kami akan beriman "

Surah Ad-Dukhan, Ayat 10-12.

Debu di Mesir.
Jerebu di Malaysia. Ahah!
Pilih lah nak yang mana :p

Astaghfirullah. Ini bukan untuk dijadikan bahan gurauan ya. Tapi, ini adalah tanda peringatan dari Allah untuk semua. Jerebu di Malaysia. Jerebu, jerebu ouh jerebu. Yeah. Isu pencemaran alam sekitar yang menjadi isu hangat tika ini.
Nak cakap nya, lelah nya lah hai dunia ni haaa.. Kalau kt Mesir, sesak dengan debu yang berteraburan. Kalau kt Malaysia sekarang ni pulak, sesak dengan jerebu. Dua-dua merumitkan. Huhu. Dua-dua adalah dari Allah. Yela, kan apa yang ada di langit dan di bumi ni keseluruhannya milik Allah semata. Jadi, senyum. In shaaAllah, kheir lah tu. 
Yang berada di Mesir, kalau dah tahu banyak debu. Kurangkan pergerakan luar rumah bila terjadi nya cuaca yang melibatkan pertebaran debu yang terlampau. Banyakkan minum air.
Yang berada di Malaysia pula, banyakkan doa kt Allah. Supaya diturunkan hujan dan cepatcepat lah IPU jerebu tu turun. Susah nak keluar rumah kot. Pergerakan luar akan menjadi terhad. Kesihatan pun akan terganggu. Aktiviti harian pula terjejas. Hurm. Banyak nya rentetan negatif yang berlaku dari jerebu ni. 

Dari jauh, aku hanya mampu berdoa agar orang di sana tu semua nya dalam keadaan yang baik-baik sahaja. *Dah lupa lah macam mana jerebu tu. Tetiba nak balik Malaysia kejap, 'rasa' jerebu tu. Pastu balik Mesir semula. Ahah! Cari pasal*

Takpe, Allah tarik nikmat udara segar tu sekejap je tu. Sudah-sudahlah. Kembali lah kepada pangkal jalan. Allah sedang bagi peringatan tu.
Jerebu. Dikaitkan juga dengan tanda-tanda kiamat sudah hampir.
Yeah, tak salah pun kalau nak tahu semua tu.
Haaaa, dah sedar pun tentang tu. Pastu, dok taknak gerak pergi buat persediaan untuk hadapi hari kiamat tu kenapa? Tak siap sedia kumpulkan bekalan amalan ahli syurga tu, apehal pulak?
Hurm. 
Muhasabah. Hasabah. Sabah. Bah. *Apakah?*
Hurm.

Namun, secara tak langsung dalam situasi macam ni. Akan wujud nya jenis-jenis manusia seperti yang berikut ;

(coffee&pasta)

1) Camwhore :
Pakai topeng jerebu kemudian up ke instagram,FB,Twitter.
Geng mulut itik mula berasa terancam. 

2) Geng Ustaz Tahyul :
Asap jerebu ialah asap dari neraka. Kemudian semua Melayu angguk percaya dan share, Re Tweet sebanyak mungkin.

3) Geng Peramal Kiamat : Tanda2 awal kiamat,
asap keluar berkepul2 dari perut bumi.

4) Wartawan Wannabe :
Setiap masa akan update pasal jerebu, jerebu, dan jerebu.

5) Geng Lawak Hambar :
Cuba kaitkan jerebu dengan asap rokok.

6) Geng Meroyan :
Tengok jerebu, masuk dalam bilik, salin baju tebal2, snap pic. Caption "sedang bercuti di Kutub Utara"

7) Budak2 Kesihatan :
Jerebu semakin teruk. Jaga kesihatan wahai sahabat.
Banyakkan minum air dan jangan lupa penutup muka

8 ) Geng Romeo :
Cuba manipulasi isu jerebu untuk kelihatan romantik.
Setebal2 asap jerebu, tebal lagi cinta abang pada ayang.

9) Geng Takde Masa Depan : 
Mengharapkan darurat dan sekolah ditutup.

10) Geng Jigsaw Puzzle Pemecah Code Rahsia : 
*JDT - Jerebu Dah Teruk


Lawak? Hurm. 
Sentap? Hurm. 
Perli? Hurm. 
Apa-apa jela yang korg nak rasa.
Yeah, secara tak sedar selalu nya memang akan wujud orang-orang kt atas tu. Semua cerita-fakta-berita akan tersebar berleluasa. Lahir nya pengulas berwibawa yang tak berapa nak rasmi. Masing-masing akan mengeluarkan pendapat tersendiri. Nak kaitkan dengan semua benda. Macam-macam. Itu ini. 
*aku lah tu antara nya. Oucchhhh*
Bukan tak bagus. Banyak lah jugak dapat ilmu baru. Tambahan pula, dapat membina minda. Membuka hati. Tapi, tu lah. Haih.
Bagi aku, benda ni agak muhasabah jugak lah.
Banyak nya keinsafan dalam entry kali ni. Eheh.

Ouh dunia. 
Rumit. 
Sesak.
Lelah.

Huhhhh. Mengeluh panjang.



Tuesday, June 11, 2013

Saya bukan orang ipoh tapi


*Pop* Bunyi nada wasep. Dari seseorang.

Ouh. Mesej dari abah.
Senyum.


'... perikse lum abis lg..
Bzzooommmm...'
Haha. Suka bzzoommm tu sebenarnya. Kreatif :p


Alhamdulillah. Permohonan attachment dah lulus. Eksaited. Tapi, berdebar. 
Tapi, taknak fikir sangat. Tapi, kadang-kadang terlintas di fikiran. Ahah. Mengada~ Utamakan mana yang lebih utama. Suara itu berkata-kata. EH? scary nya...
Hurm. Ekcelli, taktahu pun apa yang terjadi. Sebab, lepas dapat surat pengesahan dari universiti, lepas download link borang attachment terus bagi kt mak baca. Dan, mintak tolong kt dia uruskan. Hehe. Ini bukan amik kesempatan, tapi memudahkan urusan =)
Tahu tahu je, dah lulus. Huhu

Tempat?

In shaaAllah di Hospital Permaisuri Bainun, Ipoh.

Eh? Orang Ipoh ke? Kenapa jauh sangat?

Hurm. Saje nak tukar angin. Jauh perjalanan, banyak pengalaman. Bukan gitu? Hehe. Salah satu sebab lain yang kukuh ialah, aku ada seorang makcik yang bertugas sebagai jururawat kt hospital tu. Jadi, kira senang lah dari segi pengangkutan, tempat tinggal, dll faktor. 

Takde hospital berdekatan dgn rumah ke?

Errrr, ada. Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam. Berlagak taknak buat kt situ. Dengan alasan, takbanyak kes. Eheh. Pilihan lain pula, Hospital Teluk Intan. Hurm, mak yang cadang suruh buat kt situ. Dekat pun, dekat. Pastu, boleh pergi sendiri. Ehem. *kenyitmata.Bayang drive kereta ulang alik ke Teluk Intan* Cambest. Tapi, entah mak yang uruskan tetiba dia dah hantar surat kt makcik tu. Hurm. Terima jela. Mana-mana pun tak kisah. Tapi. Haihhhhh. Duduk jauh dari rumah lagi. Takpe lah. Selagi berada di Malaysia. It's okay, walau berjauhan. Ana redha. Eceh >..< 

Wallahu'alam. Doa bebanyak. Usaha lebih lagidanlagi. 
Supaya balik Malaysia dengan girang.
In shaaAllah dapat laksanakan segala perancangan yang dirancang.
Namun, ingat. Penentu segala nya ialah Allah. Kita hanya mampu merancang je =)

* 2 papers are down! 2 more. 2 more. 2 more papers to go.
Senyumlebar. Tapi, pada masa yang sama. Jiwa raga rasa ketar dengan next paper.
The killer one. ANATOMY! oyeahhh. This time. I will kill you. *buat gaya mata ke mata :p*