Thursday, February 2, 2012

Sikit-sikit nak nangis~



Assalamu'alaikum!
Ahlan Wa Sahlan Ya Februari. Bye2 Januari! Hehe... Memang lah kan, berkesempatan untuk update blog sekarang ni hanya setakat sebulan satu entry sahaja. Ish3, malas lah tu. Apa daaa...
Bukan nya apa, aku dah macam malas nak on laptop. Lepas tu, nak fikir idea lagi. Padahal banyak jugak kisah yang aku nak kongsi ni. Entah la~
Lepas tu jugak, sibuk dengan mood MidYear Exam kan. Study kot!!! =p




Nak tahu tak? Nak tahu tak?
Aku tadi kan, touching gilerrr.. Lepas tu kan, apa lagi...  




Huuuuuuuu.... Hujan turun dengan lebatnya! Haha... Tak tertahan kot tadi. Entah lah, rindu sangat-sangat lah tu. Atau pun, masalah apa ntah yang aku sendiri tak faham tiba-tiba muncul. Aku ni memang suka beremosi tak tentu pasal. Perempuan kan. Hati mereka 'fragile' kot, sangat sensitif sebab tu kena jaga dengan sebaiknya. Hehe.. 
Ah! Manja sangat lah plak kan. Lempang nak?!!

Alhamdulillah, untunglah abah dah set up komputer kt rumah tu untuk aku skype dengan mereka. Yeayyy!! Sekurang-kurangnya, memang dapat lah jugak lepaskan rindu ni haaa... Aku ni, takde benda lain pun nak cengeng selain daripada HOMESICK tu. Masuk Februari ni, dah 4 bulan lebih jugak lah aku dok jauh dari malaysia. 
Kalau kt PASUM dulu, walaupun tak setiap minggu balik rumah kan.. Tapi, sekurang-kurangnya mak abah akan datang jumpa aku, lepas tu bawak aku pergi jalan-jalan ke. Jadi, kurang lah sikit kot homesick tu. Walaupun, kadang-kadang tu pun hujan jugak.. Hehe...
Kalau kt Mesir ni, camne?!! Takkan lah sesuka hati nak suruh mak abah tempah tiket lepas tu datang lawat aku kt sini? Apakah?? kalau harga tiket tu seringgit ke, boleh lah kot. haha... :p


Tapi, lepas lama bersedih tu kan... 
(takde lah lama sangat pun, hehe...)
Aku teringat bahawa~





Yang membawa maksud,



Jadi, tak perlu kot nak sedih lama-lama.
Nak homesick selalu.
Beremosi tak tentu pasal secara tiba-tiba kan.
Sebab, segala apa yang berlaku pada diri kita, haruslah kaitkan dengan Allah. Allah kan 'sweet'.. Segala apa yang dia buat kepada hamba-hambaNya. Ada hikmah di sebalik semua tu. Yakin pada Qadak dan Qadar-Nya! =)









Aku tahu, mereka pun rindu aku juga. Ops, perasan lah plak. Hehe...
Jadi, peranan rindu aku di sini... Haruslah dijadikan manfaat yang sebaiknya! Jom tunjukkan bukti rindu itu dengan beri yang terbaik dalam MidYear Exam ni. Yeayyyy~






Saturday, January 21, 2012

Apa lagi Matluhfi kali ni? Isu politik plak?



Apakah yang hebat sangat dengan matluhfi90 kau ni nadia oi? Ek eleh, asyik-asyik mamat ni je yang kau kecohkan. Tak habis-habis. Ish3x.... Haha...
Lantak pi aku lah kan. Aku pun nak gak jadi peminat tegar pemuda ganteng tuh. Euuwwww, tak payah nak gedik sangat lah kan.  Blah la!




Errr, ni haaa. Ada video baru dari beliau pasal politik Malaysia. Urgghhh, memang betul pun apa yang matluhfi tu cakapkan.
Aku tuh kan, kadang-kadang kalau waktu ada mood nak tgok berita. Waktu tu lah macam-macam berita politik yang ntah kadang-kadang tu aku sendiri pun tak faham apo bondo eh yang mereka dok bising itu ini.
Secara zahirnya, aku memang tak faham pun politik ni apa? sebab aku ni kan, budak mentah lagi. Tak perlu kot nak amik tahu. Tapi, segala apa yang berlaku di sekeliling kita ni kan.. Perlu jugak kot kena tahu kan. Kfine, aku memang tak pandai nak buat huraian itu ini.
Aku ni memang jahil pun bab bolitik. Taknak lah ulas panjang. Sat lagi salah cakap, kena 'banned' tak tentu pasal. Tak dapat tajaan plak aku tahun depan nanti... 
Itu baru berita kt tv, plus minus surat khabar, majalah lagi, sekarang ni plak tambah dengan youtube tu haaa.. Pergh, memang situasi 'bangau oh bangau' jela kan. Puak tu kutuk ini, puak ini cakap itu. Apakah????!?!?! Cuma satu je cadangan aku lah kan. 
Apa kata korang yang dok 'bangau oh bangau' tu kan, bersatu di bawah satu kata. Duduk semeja, minum nescafe sama-sama. Lepas tu, bincang apa yang patut dan tak patut. 
Errrr, cadangan je. Lain-lain persoalan tu, aku tak tahu nak ulas apa.. 
Ulang suara, saya masih lagi budak mentah.
Opsss~


Btw, aku suka mesej yang nak disampaikan di pengakhiran video tu!
Oley!!! Hehe...

Ceit, yg ni memang tak boleh tahan. Sempat lagi tuh. Bhaha...





Haaaa, nak kongsi lagi satu video pasal bebudak ni haaa.. Sekarang ni kan, aku perasan. Dah banyak video-video dakwah macam ni kt youtube. One word for you all, GREAT JOB!! I like it.. Hehe. Walaupun, hanya berlatarbelakangkan sawah padi sahaja. Tapi, mesej yang nak disampaikan ada di situ...
Ini best bro!! Ada gak unsur humour mereka.. Hehe.




.
.
.
.
.






Amboi, lama nya kau lepak hari ini kan. Assesment macam lagi seminggu je kan. Padahal lagi 2 hari lah! Sengal apa tak  habis study lagi ni? Amboi, dah hebat sangat lah tu kan. Lempang nak?!!!!
Btw, hari ni kan.. Aku masak Mee Kari! !st trial kot.. Main2 campak je.. Yummy~ Rupa-rupanya, memasak ni takdelah susah mana pun... Hehe. Sekurang-kurangnya, lepas rindu gak pada masakan Malaysia.. Huhu.. Itu pun, selepas bersusah payah cari santan kelapa.. Dan jugak, tanpa pertolongan Housemate tersayang, Afirah serta Fatin tak jadi lah makanan tengah hari kami tuh! Yeay..... 





Sambung study.......................................




Thursday, January 19, 2012

Exam fever! It comes to you again & again~





^
^
^

Aku tertarik plak dengan header kt blog JOM MUMTAZ! MMtanta 2011/2012 tu.. Hehe. Tetiba saje je nak tepek kt blog sendiri.




Alhamdulillah! Yeay, tinggal lagi 3 minggu je lagi nak Mid-Year Exam. Huhu...
Dah buat persiapan sikit-sikit lah jugak ni. Takde lah tak study langsung kan, cuma..... Tak pasti apa je yang aku dah studi??? Bila cuba buat soalan, atau soal jawab dua hala dengan pensyarah dalam kuliah kan, tiba-tiba jadi blur sedunia. Apakah? Apsal macam tak pernah nak belajar apa-apa ni? haha... 
Lawak yang sadis pula. Sudah lah!





Okeh, lepas tu... Jom usha jadual plak. Asalnya, bebudak Team E-Format tu update kt blog dengan ayat yang agak merumitkan mata melihat. Hehe. Gurau je!
Jadi, dengan sifat rajin yang ada. Aku pun susun balik kt dalam jadual. Seringkas yang mampu.. huhu.. 
*Errrr, Maaf kalau ada yang termakan hati. Nak cakap, terima kasih banyak-banyak kepada orang kuat Team E-format yang banyak bersusah payah jumpa pensyarah itu ini, tanya itu ini... Tanpa maklumat anda itu, tiadalah terhasil nya jadual di bawah ni.... hehe








Doakan kami. Doakan kami. Doakan kami.
Agar kuat dan tabah dalam mengharungi ujian dunia akhirat ni. Lagi-lagi, cuaca sekarang yang sememangnya sangat-sangat sejuk dan sangat mencabar.
Waktu ni lah, asyik lapar. Asyik mengantuk. Asyik itu ini lah.. Ish3..... Apa nak jadi ni? huhu...




Akhir kata, 
nak pesan & beri ucapan kepada yang berkaitan




' kemudian, apabila kamu berazam (berusaha)
maka bertawakallah kepada ALLAH '
(3:159)




Let do our best,
then let Allah do the rest!!!