Thursday, April 5, 2012

Jom jadi seperti PELANGI



" To achieve SUCCESS, we need to work in a group...
Like the RAINBOW, they are so beautiful because those colours decided to stay together "
- Dr. Harlina Halizah Hj Siraj



Indah kan ciptaan Allah yang satu ni. Siapa yang benci pada pelangi? Atau dalam erti kata lain, siapa yang tak suka kepada kecantikan ataupun keharmonian perhiasaan itu?
Hurm, kalau ada lah golongan yang tak suka pelangi ni kan, tak tahu lah cek nak kata apa lagi. Korek bijik mata tu sikit. Bagi jelas dan nampak... :p

Berbalik kepada topik kita.
LET US BE LIKE A RAINBOW!!!
kenapa pelangi? Ada je benda lain. Kenapa tak hujan? Kenapa tak Matahari? Kenapa tak air? 
Hurmmm, sebabnya simple je. Melalui warna-warna di pelangi tuh. Kita boleh lihat ada nya kesepakatan, ataupun kesatuan mereka dalam memastikan pelangi tu jadi pelangi.
Faham tak apa yang cuba dimaksudkan di sini? Hehe...
Yela, kita semua tahu pelangi ada 7 warna. Jadi, ketujuh-tujuh warna tu haruslah bersama-sama.. Dalam erti kata lain, mereka haruslah bersepakat untuk menyokong antara satu sama lain atau memastikan kehadiran lain-lain ahli dalam kelompok kumpulan mereka. Supaya menjadi pelangi!
Hebat kan! Bayangkan lah, kalau warna biru takde. Hurm, tak jadi pelangi kan? Begitulah metafora nya di sini.

Macam kita-kita juga!
Kalau nak buat sesuatu tu, lebih baik dan afdhal nya kalau bergerak dalam satu kumpulan. Baru lah ada variasi. Macam-macam idea lain yang boleh kita dapat. Dan pelbagai pendapat serta pandangan yang mungkin lebih bermanfaat. =)





Adoi.....
Panjang pulak berceloteh. Sebenarnya, tengah teruja nak pergi ni (esok-7 APRIL)....



Eksaited! Eksaited! Hehe.. Sesuka hati je tukar perkataan excited tu guna ejaan Melayu. :p 
Maaflah, terasa mcm teruja sangat. 
Hurm, kalau nak tahu. Dua-dua penceramah kt atas ni. Memang lah sangat hebat! Peramah, pemurah ilmu, sangat berpengalaman, dan yang paling best.... Sifat keibuan mereka sangat lah kuat. Selesa je sembang dengan mereka. ALhamdulillah, ada rezeki jumpa dengan mereka sebentar sebelum mereka gerak ke Cairo tempoh hari. Sempat jugak berbual itu ini. 

Ya Allah, rasa jauh lagi je kalau nak jadi hebat seperti mereka ni. InsyaAllah, let's work towards it! =)




Monday, April 2, 2012

30032012 #The day I've loss 'teen'



Skype famili




















Alhamdulillah, itulah hari bila mana Allah lanjutkan usia aku di dunia ni.
Alhamdulillah, dah genap 20 tahun pun. Rasa macam sekejap je, tetiba dah besar! Rasa macam banyak perkara yang aku tak terokai lagi di dunia ni.

Orang kata, meningkatnya usia kita, makin dekat lah kita dengan mati itu. Tapi, hakikatnya. Mati boleh berlaku bila-bila sahaja. Muda atau tua, tak kira usia pun. Kerana semua orang tahu, ajal dan maut itu terletak di tangan Tuhan. Wallahua'lam~


Terima kasih Mak dan Abah, atas segalanya. Buat sambutan awal dengan kembar tak sama tahun. Hehe. Untuk pengetahuan, aku kongsi tarikh dengan satu-satunya adik lelaki aku tuh.

Syukran ya Ukhti!! Ahli Bait (Izyan, Afirah, Wawa, Afikah, Kak Aisyah) + Kak Nadea Jamil sebab buat surprise. Memang tak jangka pun. Ada nasi kerabu lagi. Yummy, sedap~ 
Maaflah tak boleh nak tacing. Sebab terlalu gembira... Hehe
Yang ucapan dalam kad tu. Ehem2.... Hehe. Tergelak sorg2 je bila baca~

Terima kasih kt korg! 
Awin, Auffa, Qyla, Atirah dan Nik
sebab teman jalan-jalan dan makan-makan. Dan bagi kek! Dan  jugak jadikan petang yang indah buat saya!

Syukran juga kepada 'Bulatan Gembira' saya.
Kak Atiqah Hanifah, Filzah (kembar saya juga!), dan Jannah.
Sedap kek yang akak buat tuh... =)

Terima kasih juga kepada mereka yang ada wish kt FB, mesej, Whatsapp, dll teknologi yg ada. Dan mungkin juga secara lisan. InsyaAllah, akan ku titipkan kata-kata ucapan anda itu di sudut hati. Hurmmmmm~

Lagi apa eh? 
Hurm, Syukran juga kepada Ukhti-ukhti MM yang jamakkan befday Nedy, Filzah dan saya juga tempoh hari. 
Terima kasih juga atas hadiah-hadiah yang diberi!




Akhir kata, Syukran Ya Allah. 
InsyaAllah, kami mohon agar Kau tautkan hati-hati kami ini untuk sentiasa teguh dan kukuh dalam menghadapi jalan jihad menuju Syurga-Mu.
Kekalkan lah ukhuwah kami ini, sampai bila-bila. Amiiinnnn~
Dan, InsyaAllah. Genggam MUMTAZ bersama-sama....













Wednesday, March 28, 2012

JOM! Special gift from Malaysia



Yeayyy! Alhamdulillah. Terlebih 'eksaited' plak kan. Suka betul nak teruja... 
Yela, mana tidaknya. Dapat benda percuma. Siapa yang tak suka. Siapa yang nak tolak. Hehe. 
Takdelah 'hadiah istimewa' sangat pun. Tapi aku agak teruja dan menghargai pemberian ini... =)
Terima kasih Ummi MedicMesir. Sebab bagi edisi sulung ni secara percuma!

Di kala berada di rantau orang ini, begitu payah dan susah nya untuk mendapatkan sebarang benda-benda yang ada di tanah air.
Contoh kita kt sini ialah,
Majalah JOM! yang kini telah terbit di pasaran Malaysia. (Tahniah buat pihak penerbitan!) Juga telah mampu aku miliki di Mesir ni. Percuma plak tuh... Jeles tak? Hehe.. :p

Apa kecoh-kecoh ni? majalah biasa je pun. 
Majalah 'biasa' je? Hei, don't judge the book by its cover okay?!

Wait a minute!!! Let's discover it's cover first... 
Korg mesti jatuh cinta punya! =)


Errr, yang warna biru ni. Aku tak pasti edisi yang mana. Tapi, nampak macam yang dijual kt Malaysia. JOM! dapatkan senaskhah...




Yang edisi warna hijau ni lah yang aku dapat! Teruja gler...
Sebab nya! Mestilah, dalam keadaan Mesir yang agak kurg dalam pelbagai perkara ni. Tetiba datangnya majalah atau bahan bacaan Islamik macam ni di sini. Huhu... Suka.Suka. Suka!!!

Kalau nak tahu, majalah JOM! ni turut dipasarkan secara antarabangsa. Kalau kt Semenanjung Malaysia, dijual dgn harga RM6. Kalau kt Mesir ni plak, boleh dapat dengan harga 25 L.E. Heeeee~
Turut terdapat di negara Korea, Jepun, India, Singapura, New Zealand, Jordan, China, dll. Jadi, boleh lah kot korang hubungii pihak yang berkaitan untuk menempah edisi 1 ni. Tak kira lah anda tidak berada di Malaysia pun. Hehe.. =)

'Content' dia sangat best!
Yang aku mcm terperanjat sikit (takdelah terperanjat pun! :p), majalaj JOM! ni ada ruangan khas untuk blogger Angel Pakai Gucci... Whoaaa, gempak kot.. Hehe.. dari alam maya jadi realiti. Hurmmmm... Mabruk bro! Aku suka gaya penulisan dakwah yang santai di blog beliau. Pergilah singgah jap ke belog beliau tuh... =)






Antara isi kandungan majalah JOM! dalam edisi 1 ni. Menarik tak??? JOM! dapatkan senaskhah.
#Adakah aku teruja seorang diri ni?







Antara tajuk yang diminati ramai. Mungkin?? Hehe.. Kalau bab kahwin, jodoh, Bait Muslim ni laju je eh? Adoi....





Okay lah, cukup lah aku jadi promoter majalah JOM! ni...
Sila lah pergi ke kedai buku yang berdekatan yang ada menjual naskhah JOM!. Sebab cara penyampaian nya sangat santai. 




Rindu majalah SOLUSI~