Wednesday, December 7, 2011

Anti-B reaction


Salam ukhuwah

Hari ini, sewaktu physiology practical. Ada ujian darah. Alhamdulillah, banyak benda baru yang aku belajar. Walau dah ada asas semasa di asasi dulu, tapi banyak lagi benda lain yang aku dapat tahu! Seronok belajar pasal komponen darah ni~
Untuk kali yang kedua nya, aku buat ujian darah ni. Kali pertama semestinya praktikal di asasi, dan waktu tu jugak lah kali pertama setelah 18 tahun hidup.. Aku tahu apa jenis darah aku. Haha... Kali yang kedua ni plak, aku dapat tahu apa jenis darah Rh aku. 




Dengan rasa teruja nak jadi 'volunteer' nya, aku pun hulurkan darah... Hehe..
Dan, terhasillah ujian seperti di atas~ 
Kalau tak faham apa yang terjadi kt atas tuh, meh sini nak cerita.. Err, Alhamdulillah.. Aku berdarah B+... Jadi, InsyaAllah aku tergolong dalam mereka yang normal! =)
Hanya boleh terima darah dari O dan B sahaja. 
Dan, apabila bersalin nanti... InsyaAllah takde komplikasi yang teruk akan berlaku.
Haha.. Takde kena mengena kot.. Abaikan~


Lepas tu kan, nak dijadikan cerita.. Heboh plak ura-ura tentang tarikh midterm exam. Ada yang cakap exam lagi 2 minggu... Peh!!! Memang terbaik ah.. 
Aku punya reaksi biasa-biasa je. Sebab macam mustahil kot kalau lagi 2 minggu tuh. Subjek yang dah belajar pun, tak banyak sangat (???????)
Apa-apa jela kan.. Yang penting sekarang studi dan siap sedia je dari awal. Walau apa je yang berlaku secara mendadak nanti, sekurang-kurangnya takdelah nak gelabah sangat kan..
Dan, jugak pokok pangkal nya sekarang... 'Peperiksaan pertengahan tahun' tuh memang dah nak dekat! Tak payah nak asyik main, tidur, makan, berangan, FB!!!
Tulis blog boleh lagi kot.. Hehe... :p

Skeleton learn by itself!!


Macam mana lah nak stop fb, kalau semua maklumat letak dalam fb??
Inisiatif lain takde ke??? Hurmmmm.....






Tuesday, December 6, 2011

Tersentuh di malam hari





Nak update! Tapi, blur dan kekeringan idea nak tulis apa.. Haha.
Seperti biasa juga, tajuk bagi setiap entry akan difikirkan setiap kali dah habis mengarang. Nampak sangat otak tak berapa nak kreatif dan kritis kan?!! Hehe. 
Yang pasti dan paling utama ialah, aku sangat-sangat rindu Malaysia. Rindu Mak Abah, dan adik-adik. Aku rindu kawan-kawan aku jugak... Dan, aku tahu.. Serindu-rindu aku ni pun.. Bukan nya dapat bawak dorg ke sini. Susah nak cari pengganti mereka!

Mungkin salah aku sebab tak pandai nak sesuaikan diri. Aku dah cuba, tapi masih lagi mencari-cari di mana kah jalan supaya aku selesa dengan suasana ukhuwah di sini. Aku pun bukan jenis yang pandai bergaul sangat tapi nak berkawan dengan semua orang. Aku jugak bukan jenis yang memilih jenis kulit, keturunan, bangsa mahupun agama. Semua aku nak kenal. 
Aku rindu korg... Lagi-lagi, kawan-kawan di PASUM!! Dan, yg kt Cairo tu jugak. Nasib lah dia ada, kalau rindu sesiapa je.. Mesti akan call dia. Sekurang-kurangnya ada lah jugak seseorang yang rapat dapat berbual-bual dengan kita kan! =)





Eh!
Apa ni? Tacing tetiba ni apsal? Haha.. Diam ah, Nadia!!!
Sengaja je kan nak emosi malam-malam macam ni~ Haha...
Tak perlu kot nak ulas panjang-panjang. Hanya tuhan saja yang tahu apa yang terlintas di hati dan fikiran! Okay, kadang-kadang tu aku pun segan dengan diri sendiri. Err, macam mana nak huraikan eh. Mungkin segan dengan Allah jgak kot. Subhanallah... Sebab kadang-kadang tuh, perasaan yang remeh-temeh belaka berlegar-legar kt fikiran ni. Hasutan syaitan je semata-mata tu. Benda tu lah yang ragut tumpuan aku, waktu dalam kelas. Haisshhh, waktu study pun.. Astaghfirullah~


"Dia mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi, dan mengetahui apa yang kamu rahasiakan dan apa yang kamu nyatakan. 
Dan Allah Maha Mengetahui segala isi hati." 
(QS. AT-TAGHAABUN:4)





Err, nak ungkit pasal rindu ni kan...
Ada satu lagu ni aku dok main ulang-ulang. Pastu, dah terbayang kenangan dulu-dulu. Fewittt! Hehe...
Itu namanya saje cari pasal. Patutnya, tak payah lah nak wujudkan suasana rindu-merindui camni kan?!! Tapiiiiiii.......... Tak sengaja kot! :p





(amik bahagian korus je, selebih lirik tu kan.. Pandai-pandailah Google sendiri eh!)

Bukankah hati kita telah lama menyatu
Dalam tali kisah persahabatan ilahi
Pegang erat tangan kita terakhir kalinya
Hapus air mata meski kita kan terpisah

Selamat jalan teman
Tetaplah berjuang
Semoga kita bertemu kembali
Kenang masa indah kita
Sebiru hari ini


Tajuk Nasyid : Sebiru Hari Ini
Artis : EdCoustic
Album : Sepotong Episode







Done with today!
Forget the past! =)


Friday, December 2, 2011

Jika Kau...




*Jika kau bakal menjadi seorang DOKTOR kelak ,maka rawatlah hati insan yang kian terpesong jauh daripada Agama tercinta.

*Jika kau bakal menjadi seorang ARKITEK kelak, maka lakarlah sinar Islam yang mampu menyinari kehidupan setiap Muslim.

*Jika kau bakal menjadi seorang JURUTERA kelak, maka binalah satu ukhuwah yang kukuh antara umat Islam itu.
...
*Jika kau bakal menjadi seorang PEGUAM kelak, maka pertahankanlah Islam dimata dunia

*Jika kau bakal menjadi seorang JURUTERBANG kelak, maka pandulah manusia untuk kembali ke jalan yang diredhai-NYA.

*Jika kau bakal menjadi seorang POLIS kelak, maka awasilah umat Islam daripada terus memungkiri Tuhan yang Maha Pencipta.

*Jika kau bakal menjadi seorang PENSYARAH kelak, maka didiklah anak bangsa untuk menjadi Muslim yang berjaya.

*Jika kau bakal menjadi seorang AKAUNTAN kelak, maka sedarkanlah manusia bahawa pahala ALLAH itu lebih mewah daripada segala-galanya.

*Jika kau bakal menjadi seorang GURU kelak, maka bentukkanlah acuan sempurna dalam sanubari anak didik mereka agar kelak menjadi GOLONGAN di atas….