Wednesday, August 3, 2011

Hobi Baru: Jom menjahit!


SALAM RAMADHAN


Hei kamu! Jom kongsi hobi baru. 
Aku dah teruja nak citer pasal benda ni. 
Seronok weh, buat benda alah ni. Tetiba aku dah jatuh hati kt kraftangan yang berasaskan kain felt ni...
Sesiapa yang tak tahu dan baru je dgr pasal kain felt ni, pergilah kedai jahitan berhampiran dan tanya apa itu kain felt. Hehe.. Kalau tak pun, google je~
Senang je nak pastikan betul ke tak . Kalau kain tu berbulu-bulu. Ha! betul lah jenis kain felt..
Kt tempat aku ni,
Jenis yang nipis berharga RM1.70
Jenis yang tebal berharga RM2.00
Bersaiz A4
Yang sedap digunakan mestilah yg 2 hinggit tu, tapi kain yang ni agak senang berbulu. Tapi, cantik tau kualiti dia. Kalau yang nipis tu pulak, lambat berbulu.. 
Aku pelik gak, kenapa yg lambat berbulu & dan nipis ni lagi murah daripada kain felt yang jenis tebal dan cepat berbulu.
Lepas tu, akak kedai tu cakap. Ikut ketebalan. Bukan bulu dia... Errkkk?? Hehe...


Kt bawah ni ada contoh. Antara koleksi awal kain felt yang aku ada...






Love Keychain



My first trial in this kind of sewing.
Bila dah siap tu kan, aku agak melompat-lompat jugak lah. Tunjuk kt semua orang. 
*Teruja macam budak-budak.. Ok, abaikan.
Yang ni, aku bagi mak aku dulu. Orang pertama yang guna hasil tangan aku sendiri.. Ececeyyy.. Hehe..
Lepas tu, adik aku plak dah tempah satu.
Okeh, aku dah mula sibuk lepas ni.. Sebab nak siapkan tempahan-tempahan mereka..
*Bajet lagi.. Haha...



Dompet


 Antara cebisan-cebisan kain felt yang sudah di jahit dan dihias. 
Untuk diletakkan pada dompet yang plain itu. Yang semurah RM10 dan setelah setahun diabaikan.. 
Aku buat benda ni tak lama pun. Dalam 4-5 jam je. Sekejap je kan. 
Aku sangat ralit jahit benda ni. Untunglah sebab adik-adik takde nak kacau. Dorg semua tgh syok layan TV. Hehe.. :)




 Inilah hasilnya!!! ALhamdulillah, puas hati dengan hasil tangan sendiri kan. nampak sangat berharga dan komersial gitu..
Dan, nak tahu.. Saya berjaya buat semua orang jeles. 
Dan jugak. Ada yang sudah tempah nak buat macam ni.. Hehe..

Macam mana kau tetiba jadi pandai menjahit ni???
mesti korg nak tanya macam tu kan? Haha. 
Semalas-malas aku ni pun, takdelah jahil sangat dalam bab-bab menjahit. Sekurang-kurangnya pernah lah jugak pegang jarum & benang sebelum ni.

Lagi satu, aku ni kan suka meng'Google'... Jadi, aku belajar dari situ jugak lah.
Dan, tak salah pun untuk mencuba sesuatu yang baru kan..
Jangan takut untuk buat kesalahan. Sekurang-kurangnya, kita ada peluang untuk ubah mana-mana yang tak cantik dan kurang sempurna....



Macam mana pulak tetiba je kau nak buat & rajin nak menjahit???
Mula-mula aku terasa nak buat benda ni bilamana aku terpandang kt dalam majalah MIDI mak aku. Aku agak tertarik pada segmen kraf dalam tu. 
Kt situ ada tunjukkan cara buat keychain 'love' yang merupakan kraf pertama aku kt atas tu. Hehe..
Waktu tu, aku sangat-sangat teruja.
Mak aku pun sokong je hobi baru aku ni. Aku nak itu ini. Dia layan je. Hehe.




Button/Brooch


A- keychain Domo-Kun
B,C- Bunga bulat
D- Bunga teratai

Ha! kalau yang button ni plak aku tgok contoh kt kedai jahit tuh, lepas tu aku tanya akak tu cmne nak buat. Akak tu sangat pemurah la... Dia pun terangkan itu ini kt aku. 
Rasa tak puas hati, sbb contoh yang dia buat tu sgt cantik.. Kemudian, aku pun cuba buat sendiri.
Dan, akhirnya. Terhasil lah seperti yang kt atas tuh.. Saiz dia sebesar 50 sen je. 
Comel kan?? Hehe.. 
Boleh lah tayang waktu raya nanti.. winkwink... =p




Menarik tak???
Tolong cakap ya. Saya dah separuh mati teruja ni. Haha..





Tuesday, August 2, 2011

Wordless Wednesday#1- What Is Wordless Wednesday???

Tajuk entry ni tak boleh blah la. Haha. 
Frankly to say, Actually I don`t know what is 'Wordless Wednesday' about.
Bila bukak je dashboard blogger, lagi-lagi hari rabu... Entry bebudak blogger mesti bertajuk 'Wordless Wednesday'...
K fine! 
Aku ketinggalan. 


Lepas tu kan, dengan perasaan ingin tahu yang sangat membuak nya.
Aku pergi jumpa pak cik Google dan bertanya,

"What is Wordless Wednesday??"

Kemudian pak cik google tunjuk arah ke perpustakaan WikiAnswer.com
yeay!! aku dah tahu. WW ni adalah...

"On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description."




gambar hiasan semata-mata



Ok, dah tahu apa itu WW.
Takdelah rasa pelik sangat pasal wordless wednesday ni. 
Please don't judge me by my post entry..... 
Hahaha...


Jadi, entry ni.. Takdelah 'wordless' sgt kan.. 'wordmore' adalah...




Isu- Kenapa aku gagal ...., sedangkan pointer asasi aku .....?


*****


Kemasukan ke IPTA peringkat Ijzazah dengan kelayakan STPM/Matrikulasi diproses melalui komputer dan bergantung kepada CGPA (pointer) yang sesuai dengan Kursus/program yang dipohon. Walaupun melepasi syarat minimum Kursus/program (biasanya sekitar 2.5/2.7), cut-off sebenar bergantung kepada program/kursus yang dipohon.

Cut-off masing-masing berlainan bergantung kepada DEMAND/PERMINTAAN kursus berkenaan. Oleh kerana terlalu ramai memohon Kursus Perubatan contohnya, kalau anda mempunyai CGPA 3.9 pun tak payah buang masa memohon. Kalau di Universiti Teknologi Malaysia, kursus seperti Kejuruteraan Aeronautik kini mempunyai cut-of sekitar 3.8. Maknanya, kalau setakat dapat 3.5, memang tak akan dapat.

Masalahnya ialah jika seorang pelajar  'ambitious', dia merasa CPA 3.5 sudah cukup baik dan dia meletakkan pilihan PERTAMA kursus yang high demand, maka dia tak dapat.. Seterusnya komputer akan pergi ke KURSUS pilihan kedua yang( walaupun kurang sedikit DEMAND), tetapi telah dipenuhi oleh orang lain yang terlebih dahulu meletakkan PILIHAN PERTAMA mereka di situ, walaupun CPA mereka hanya 3.4 .. begitulah dia akan gagal masuk ke pilihan ketiga dan seterusnya kerana sudah dipenuhi oleh  orang yang meletakkan kursus tersebut sebagai pilihan Pertama. Kesudahannya, dia tak dapat langsung Kursus yang dipilihnya.. atau ditawarkan kursus yang 'dilelong' i.e. tidak diminati orang.

Untuk kemasukan dengan kelayakan Diploma, pemilihan dibuat oleh 'manusia' (bukan komputer) tetapi juga mengikut sistem yang serupa i.e. kursus high demand mempunyai cut-off tinggi. Lagipun, bilangan tempat bagi calon berkelayakan Diploma jauh lebih sedikit berbanding calon matrikulasi/STPM, jadi competition juga tinggi. Ini bermakna, jika anda mempunyai kelayakan Diploma, cut-offnya jauh lebih tinggi bagi kebanyakan kursus.

Oleh itu, ketika kita pilih kursus,  pastikan  ambil kira faktor competition dan demand yang akan menaikkan cut-off berkenaan.

Jika ada yang memerlukan nasihat/maklumat lanjut, sila hubungi saya personally.

Prof. Dr. Omar Yaakob 

Link asal: http://www.facebook.com/notes/omar-yaakob/kenapa-saya-gagal-ke-ipta-walaupun-pointer-matriks-saya-tinggi/2157559413774

[Prof Dr Omar boleh dihubungi melalui facebook beliau http://www.facebook.com/omar.yaakob Beliau adalah Ahli Jawatankuasa Pusat Pertubuhan IKRAM Malaysia]




.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




Ha! sesiapa yang tak puas hati pasal UPU tu. Dah habis baca??? Jadi, nak salahkan siapa skrg ni?? Huhu.. Bagi aku lah kan, sistem tu dah buat kerja dia sebaik yang mungkin. Tapi, mungkin juga kita yang salah atur pilihan bidang masing-masing. Nak yang demand je. Bila dah dapat kos lelong, dok ungkit sana sini. Komen itu ini. Lagipun, dah rezeki tuhan bagi kan. Tolong lah ukur baju di badan sendiri ya...
Maaf kalau bahasa yang digunakan agak kasar di sini.






Macam nak salahkan aku lah tu, sebab terlalu demand walaupun tahu pointer ciput?
Memang pun!! Haha..
Aku nak kongsi ikhtibar daripada kisah aku.
Sebelum isi UPU, pandang diri tu dulu. Muhasabah diri sebelum tidur. Tengok balik pointer.
Dah buat semua tu???
Okeh, boleh isi ikut bidang yang agak-agak layak. Jangan lupa Basmallah & Selawat banyak-banyak.
Apa?? Famili tak setuju.. Nak bidang 'profesional' tu jugak???
Ok, fine lah.. Isi jugak sbg pilihan PERTAMA. Cukup-cukup makan lah jugak kelayakan dia. 
Ada pak cik saudara punya sepupu kt U tu, boleh lah korek-korek kan tempat utk aku. Ada lagi 7 pilihan, semua nya aku letak yg berkaitan dgn kerjaya profesionalisme tu. Sedangkan aku hanya memiliki kelayakan minimum.
Nak bantah pun, aku tak pandai nak hujah. Layan jela.. Huhu...
YA! aku dah jangka, memang tak akan dapat punya kos tuh.
Dan, akhirnya. Aku sudah di'LELONG'.... Harap Maklum lah ya.. 


*****






Meh sini aku nak HIGHLIGHT kan semula mana-mana point yang dia ada bagi ;-
1. Kena pilih bidang yang sesuai dengan POINTER masing-masing seiring dengan DEMAND.
2. Bincang dengan famili sehabis yang mungkin. Jangan terlalu ikut kehendak dorg kalau kau tahu KEMAMPUAN kau tak setinggi itu.
3. Tolong pilih bidang yang betul-betul sesuai dengan POINTER, DEMAND, KEMAMPUAN dan jugak MINAT.
4. Kalau kau rasa bidang yang kau pilih tu, cukup-cukup makan je KELAYAKAN yang ada.
Hentikan je lah. Jangan berangan nak letak sebagai pilihan pertama.
5. Ketepikan minat kalau kau rasa memang tak layak untuk bidang itu. Jangan berlagak besar ya!
Kalau dah kena tendang dari sistem tu, kau juga yang meraung!
6. Kalau kau orang tak buat apa yang dah di'besar'kan kt atas.
Jangan marah kalau dapat kos LeLonG ya!
Haha *Evil Laugh~




Maaf sekali lagi atas penggunaan kau & aku di atas..
Yang dah lepas tu, biarlah ia berlalu. 
Kepada yang sedang berjuang untuk perkara-perkara sebegini. Saya doakan semoga berjaya mendapatkan apa yang dihajati.
Kalau tak dapat jugak lepas dah merayu tu, 
Balik rumah, berkurung dalam bilik, kunci pintu...
Renungkanlah dan berikhtiarlah..
Allah itu Maha Adil dan Lebih Mengetahui..

Wallahua`lam